Pengacara dan penyampai radio, Muaz Mohamed akhirnya berkongsi perasaannya selepas genap seminggu pemergian bapa tercinta akibat wabak Covid-19.

Menurut Muaz, meskipun dugaan tersebut agak berat untuk diterima, namun, dia sekeluarga tetap reda dengan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT itu.

“Kehilangan Itu Pedih, Selagi Ada Waktu Hargailah,” – 7 Hari Bapa Pergi… Muaz Mohamed Luah Rasa

Malah, Muaz turut menyifatkan pemergian bapanya itu banyak mengajarnya untuk sentiasa menghargai orang-orang diseliling kita.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MuazMohamed (@heymuazkoolfm)

“Terima kasih atas doa yang diutuskan. Genap seminggu ayah tinggalkan kami. Macam tak percaya, sekejap je waktu berlalu. Kami terima seadanya, Allah lebih sayangkan ayah. Segala urusan dipermudahkan, terima kasih kepada semua yang membantu.

“Kehilangan itu pedih, tapi kehilangan juga mengigatkan kita bahawa dunia ini sementara, selagi ada ruang dan waktu hargai la orang yang kita sayang,” tulisnya.

IKLAN

“Kehilangan Itu Pedih, Selagi Ada Waktu Hargailah,” – 7 Hari Bapa Pergi… Muaz Mohamed Luah Rasa “Kehilangan Itu Pedih, Selagi Ada Waktu Hargailah,” – 7 Hari Bapa Pergi… Muaz Mohamed Luah Rasa

Luahan tersebut dikongsikan oleh penyampai radio, Buletin FM itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Pada masa sama, Muaz turut dilihat ada berkongsi sebuah video berdurasi hampir dua minit yang memaparkan segala memori-memori indah bersama arwah bapanya.

Dikesempatan itu juga, Muaz turut menyeru kepada semua pihak untuk tidak mengambil mudah mengenai wabak Covid-19 yang sedang melanda negara ketika ini.

IKLAN

“Arwah Uda iaitu adik ayah, pergi tahun lepas oleh kerana covid, tahun ini ayah pergi juga sebab yang sama.

“Al fatihah Buat Haji Mohamed Bin Atan & Idris Bin Atan, Moga ditempatkan bersama orang yang beriman. Jaga Diri Semua, Covid is Real!,” katanya lagi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa dukacita selain turut menitipkan doa semoga bapa Muaz ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

IKLAN

“Innalillahiwainnailaihirojiun, salam takziah Muaz. Moga Allah tempatkan almarhum ayahanda dikalangan hambanya yang beriman dan beramal soleh. Stay strong Muaz.

“Stay strong bang. InsyaAllah tempat ayah di syurga tertinggi Allah SWT.

“Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

“Kehilangan Itu Pedih, Selagi Ada Waktu Hargailah,” – 7 Hari Bapa Pergi… Muaz Mohamed Luah Rasa

Terdahulu, bapa kepada Muaz telah pun menghembuskan nafasnya yang terkahir pada tanggal 28 Ogos lalu di Hospital Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.

Sumber: Instagram Muaz Mohamed

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI