Penyanyi senior, Datuk Hattan meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan individu yang tidak bertanggungjawab yang telah menggodam telefon bimbitnya dengan niat untuk melakukan perbuatan jahat.

Berikutan insiden tersebut, Hattan memaklumkan dirinya telah pun membuat sebuah laporan polis sebagai langkah berjaga-jaga agar perkara seperti ini tidak berulang lagi pada masa hadapan.

“Walaupun Saya Miskin, Tak Ada Maknanya Nak Meredah Macam Tu,” – Datuk Hattan Buat Laporan Polis Sebab…

“Walaupun Saya Miskin, Tak Ada Maknanya Nak Meredah Macam Tu,” – Datuk Hattan Buat Laporan Polis Sebab…Katanya lagi, individu berkenaan telah pun menggodam telefon bimbitnya lalu, meminta duit kepada beberapa kenalannya di aplikasi Whatsapp.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hattan (@dato_hattan)

“Assalamualaikum. Apa khabar semua. Saya baru balik daripada balai polis untuk buat laporan mengenai scammers. Telefon saya kena hack.

“Petang tadi nombor telefon kawan saya yang ada gambar dia, kemudian, dia whatsapp saya konon-konon mintak tolong.

IKLAN

“Malam ni, gambar saya pula yang kena. Katanya saya pergi mintak tolong dekat orang kiri kanan depan belakang. Habis semua kawan-kawan saya terima Whatsapp katanya saya minta duit RM200 ke RM300. Itu scam semua tu,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh penganyi lagu Bisa Bonar itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

“Walaupun Saya Miskin, Tak Ada Maknanya Nak Meredah Macam Tu,” – Datuk Hattan Buat Laporan Polis Sebab… “Walaupun Saya Miskin, Tak Ada Maknanya Nak Meredah Macam Tu,” – Datuk Hattan Buat Laporan Polis Sebab…

Dikesempatan itu juga, Hattan turut mengingatkan orang di luar sana supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan taktik penipuan tersebut.

IKLAN

“Apapun, saya dah bagitahu dekat semua kenalan Whatsapp. Itu semua scammer dan perlu berjaga-jaga. Tolonglah hati-hati. Baru-baru ni, seorang isteri anggota polis kena scam sampai berpuluh-puluh ribu. Modus operandinya sama sahaja. Ayatnya juga saya.

“Jadi, kita kena hati-hati. Jangan kita layan perkara-perkara macam ni. Walaupun saya ni miskin, takdanya saya nak pergi merata minta duit orang macam tu,” kongsinya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa risau selain turut menitipkan ucapan terima kasih buat Hattan diatas peringatan tersebut.

IKLAN

“Alahai tok. Thank you sebab share. Semoga dipermudahkan segala urusan.

“Marah benar tu Datuk. Hati-hati ya. Scammers memang berleluasa sekarang ni.

“Aduh, bahaya betul scammer ni. Senang-senang je diorang nak curi duit orang. Orang punyalah payah nak cari duit. Kerja siang malam mencari duit. Apa-apapun terima kasih tok sebab bagitabu. Boleh beringat lepas ni,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

“Walaupun Saya Miskin, Tak Ada Maknanya Nak Meredah Macam Tu,” – Datuk Hattan Buat Laporan Polis Sebab…

Dalam perkembangan lain, Datuk Hattan bakal membuat persembahan di Konsert 25 Tahun Astro yang akan disiarkan disaluran Astro 25 (100) dan Astro Ria (104) pada jam 9 malam ini.

Sumber: Instagram Datuk Hattan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI