“Kehidupan Berubah,” – Diam Tak Diam, Dah 15 Tahun Jaclyn Victor Dalam Seni

Share

Mula mencipta namanya menerusi program realiti, Malaysian Idol, Jaclyn A/P Joshua Thanaraj Victor atau lebih dikenali sebagai Jaclyn Victor berbangga akan pencapaiannya kini yang sudah 15 tahun dalam industri seni.

Popular dengan lagu Gemilang, Jac melalui pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang bergelar anak seni.

“15 tahun yang lalu, pelbagai emosi, fizikal, mental dan sudah pastinya ia menjadi sesuatu yang mencabar.  Seorang gadis India yang berasal dari Kepong, mempunyai segala-galanya yang ada dalam hidupnya

.

Kehidupan telah berubah. Ia mengambil beberapa bulan untuk menyedari bahawa ini bukanlah suatu mimpi. Mungkin agak lucu tetapi ia adalah satu kebenaran dan realiti. Seorang gadis India berambut hitam panjang dan senyuman lebar seperti Stitch (watak Disney) dan sudah tentu yang dimaksudkan adalah saya,” tulisnya.

Malah, Jac, 41, mengimbau kembali saat menyertai program realiti hiburan, Malaysian Idol pada 2004 sekali gus dinobatkan sebagai juara dan menewaskan Dina Nadzir.

“Pengalaman sertai program realiti, Malaysian Idol sanagat menakjubkan dan ia adalah satu kemenagan besar dalam hidup saya.

Namun, perkara paling best sekali adalah bertemu dan mengenali rakan-rakan dalam program itu yang telah melalui pelbagai memori bersama ketika itu.

Kami masih berhubung melalui WhatsApp dan berjumpa untuk makan dan minum. Saya sangat sayang mereka seperti keluarga sendiri.

Dah 15 tahun!!!! Pantas sungguh masa berlalu. Saya mempunyai banyak peluang sepanjang karier dan saya sentiasa bersyukur kepada Tuhan. Saya tidak akan jadi seperti ini tanpa Dia.

“Thank you Pappi Thank you to all of you for your love and support, I won’t be where I am without you

either. I mostly love YOU. Honestly,”kongsinya.

Terkenal dengan suaranya yang lantang dan mantap, Jac telah membuktikan kepada orang ramai bahawa dia kini sudah berjaya mengembangkan sayapnya sebagai penyanyi yang hebat. 

 Foto : Instagram Jaclyn Victor

IKLAN