Sejak akhir-akhir ini, pelakon Bella Dally banyak muat naik foto beserta kapsyen ‘life quote’ di laman Instagramnya.
Kisahnya semalam, Bella ada muat naik entri terbaru bersama kapsyen yang serupa mengenai kehidupan. Namun, tidak diketahui pada siapa agaknya kata-kata tersebut ditujukan.
“Kehidupan adalah keseimbangan antara apa yang yang kita boleh kawal dan sebaliknya. Saya sedang belajar untuk hidup antara berusaha keras atau menyerah diri.
“Mungkin anda tersekat kerana cuba menolak pintu yang tertulis perkataan ‘tarik’,” tulisnya.
Susulan itu, ramai yang memberikan kata-kata semangat buat Bella, malah ada yang memuji ketabahannya menghadapi dugaan dalam kehidupan ini.
Ads
Sebelum ini, Bella dan Nazim Othman mengumumkan penceraian mereka awal ramadan lalu namun punca perpisahan mereka itu tidak diberitahu kerana terlalu peribadi.
Walaupun, ada netizen yang mendoakan pasangan itu kembali bersama namun, nyata tiada tanda-tanda bahawa mereka akan rujuk semula. Malah, kedua-duanya juga kini sudah meneruskan kehidupan masing-masing.
Apa-apapun, MH doakan yang terbaik buat Bella dan semoga dia kekal tabah dalam apa juga dugaan yang menimpanya. Stay strong!
Foto/Instgaram: Bella Dally
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Anzalna Nasir ada berkongsi beberapa video di Instagramnya yang melihatkan dia bersama ibu mertua dan rakan-rakan lain mengadakan doa selamat.
Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan alunan merdu kumpulan marhaban.
“Bukan semua ibu mertua dan menantu mempunyai hubungan yang renggang. Saya sangat bertuah kerana memiliki seorang ibu mertua yg penyanyang dan melayan saya macam anak sendiri..
“Sejak pregnant, kerap sekali ibu mertua buatkan majlis doa selamat for me and my baby. Alhamdulillah.. Semoga Allah permudahkan segalanya. Salam jumaat everyone. Swipe left,” tulisnya.
Penyanyi, Ani Maiyuni atau nama sebenarnya Aishah An-Nur Osman telah berkongsi cerita seterusnya mengimbau kembali kenangan ketika di awal penglibatan dalam karier seni lebih dua dekad lalu.
Menurut Ani, perjalanan karier seni nyanyiannya bermula setelah dia dilamar syarikat rakaman FMC Music untuk menganggotai sebuah kumpulan yang digelar Sugar selepas menyertai pertandingan Bintang HMI pada tahun 1995.
“Saya bermula dengan pertandingan Bintang HMI pada tahun 1995 dan saya antara finalis bersama dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza waktu itu. Selepas habis pertandingan itu, saya dilamar oleh syarikat FMC untuk buat album berkumpulan iatu Sugar.
“Jadi dari situ lah bermulanya karier seni saya sebagai penyanyi,” katanya menerusi program YouTube Media Hiburan, MHLifeStyle baru-baru ini.
Bermula sebagai penyanyi berkumpulan, Ani kemudian mengorak langkah sebagai penyanyi solo irama dangdut selepas kumpulan Sugar yang dianggotai tiga penyanyi wanita itu dibubarkan atas sebab tertentu.
“Cerita dia macam ni, masa saya masih dibawah pengurusan syarikat rakaman FMC, ketika itu saya ni penyanyi kumpulan Sugar. Tapi selepas itu kami berpecah dan antara tiga orang dalam kumpulan Sugar tu hanya saya sahaja yang boleh menyanyi.
“Kebetulan pula waktu itu irama dangdut ni tengah meletup, jadi syarikat rakaman pun bawa saya pergi jumpa penyanyi Iwan untuk uji bakat. Selepas selesai, Iwan pun kata saya boleh menyanyi. Jadi itu lah kisahnya,” katanya lagi.
Dedahnya yang sinonim menerusi lagu Buaya Cinta dan Sedap ini, nama komersialnya, ‘Ani Maiyuni’ tercetus selepas menjalani ujian menyanyi dilakukan.
Menurut bintang berusia 43 tahun ini, nama berkenaan rupanya kombinasi nama arwah nenek dan datuknya.
“Kemudian Iwan dengan arwah ayah duduk berbincang dengan syarikat rakaman bagi cari nama yang sesuai untuk penyanyi dangdut ini. Jadi Iwan pun tanya nama bapa kau apa, saya jawab Osman.
“Lepas tu dia tanya nama mak pula apa saya jawab Fatimah, eh macam tak sesuai pula. Kemudian dia tanya nama nenek apa, saya cakap Ani, nama datuk pula Maiyuni @ Nayuni, jadi dia ambil Ani letak Maiyuni jadilah Ani Maiyuni,” dedahnya.
Jelasnya, hal ini berlaku kerana nama sebernarnya iaitu Aishah An-Nur Osman tidak sesuai untuk diguna pakai oleh penyanyi dangdut pada ketika itu.
“Aishah tu kan nama isteri Nabi, jadi sebaiknya pilih nama lain dan ia dirasakan tidak sesuai untuk letak pada penyanyi dangdut.
“Orang-orang yang nama Aishah tu sesuai nyanyi lagu yang relaks, tengok lah contoh macam penyanyi kak Aishah, bertudung. Kan lebih sesuai kalau tengok.
“Macam saya cakap tadi, kalau letak Aishah An-Nur penyanyi dangdut, memang tidak sesuai dik,” katanya berseloroh.
Ikuti pelbagai lagi kisah menarik yang dikongsikan oleh Ani menerusi pautan video ini;
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Ani Maiyuni
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak awal minggu lalu, isu jalan cerita membabitkan drama popular, 7 Hari Mencintaiku 3 menimbulkan reaksi hangat netizen di media sosial.
Segalanya bermula selepas watak utama, Khuzairi yang dilakonkan oleh Shukri Yahaya memutuskan untuk menjadi pak sanggup kepada Nurul (Wafariena) yang didakwa hamil anak Pak Samad (Kazar), yang juga bapa kandung kepada Khuzairi.
Susulan itu, netizen mula tertanya-tanya adakah situasi tersebut dibenarkan di dalam agama?
Bagi menjawab kekeliruan berkenaan, pendakwah bebas yang juga salah seorang daripada pelakon drama itu, Pencetus Ummah (PU) Azman menjelaskan perkahwinan di antara Nurul dan Khuzairi adalah sah.
“Assalamualaikum. Seandainya Khuzairi menikasi Nurul yang sedang mengandungkan anak luar nikah Pa Samad. Maka, pernikahan tersebut adalah sah di sisi mazhab Syafie berdasarkan dalil surah An-Nisa ayat 24,” katanya.
Perkara tersebut dijelaskan sendiri oleh PU Azman atau lebih mesra disapa Cik Man menerusi sebuah hantaran di aplikasi Tik Tok.
Katanya lagi, meskipun terdapat percanggahan pendapat para ulama, namun penjelasannya itu adalah bersandarkan daripada mazhab Syafie.
“Perkara ini terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan ulama. Saya cuma menjelaskan mengikut Mazhab Syafie sahaja seperti yang dinyatakan dalam surah An-Nisa’ ayat 24,” ujarnya lagi.
Malah, Pu Azman juga dilihat sempat bergurau meminta Khuzairi untuk tidak mengahwini watak Fatin yang dilakonkan oleh Reen Rahim.
“Apa yang penting ialah jangan caras Fatin (Reen Rahim),” selorohnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi pelbagai terhadap penjelasan yang diberikan oleh PU Azman itu.
Sekadar informasi, 7 Hati Mencitaiku 3 merupakan drama yang kini sedang ditayangkan di slot Akasia TV3 pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 6.58 petang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Tik Tok Pu Azman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dikecam kerana dikatakan berkelakuan kurang sopan di sebuah program televisyen baru-baru ini, usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM, menjelaskan tindakannya itu adalah atas permintaan pihak produksi.