“Saya mengharapkan yang terbaik,” itu kata penyanyi Sampai Bila, Misha Omar apabila berkongsi mengenai perkembangan diri dan keluarganya ketika ini. Tambah bintang kelahiran Kelantan itu lagi, anak sulungnya Idris kian membesar dan semakin aktif.
“Idris pun sudah makin membesar dengan baik dan sihat. Alhamdulillah. Kalau ada rezeki (anak), kami terima seadanya rezeki yang Dia nak bagi, insyaAllah.
“Cuma saya selalu berdoa, Ya Allah Ya Tuhanku, kalau andainya mahu diberikan rezeki zuriat untuk hamil lagi, Kau turunkanlah rezeki itu pada waktu yang tepat supaya saya dapat nikmati proses kehamilan itu sebaiknya.
“Malah pada masa sama, saya juga dapat merasai keseronokan bekerja sambil hamil. Doa itulah yang saya sering titipkan,” katanya kepada MH.
Terdahulu, Misha dan suami Firros Ezzwan Rosly diijab kabulkan 2 Mei 2014 di Kota Bharu, Kelantan dan pasangan itu memiliki dua anak angkat iaitu Muhammad Adam Emir, 12, dan Humaira Lateefa, 6 tahun.
Ads
Dalam perkembangan lain, Misha yang bakal terlibat menerusi konsert Soul Sisters bersama Noryn Aziz dan Sarah April depan turut giat membuat persediaan selain menantikan debaran untuk bersaing di Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) untuk lagu Sampai Bila, Februari depan.
“Saya ada juga dengar ura-ura saya kami ada merakamkan lagu baru bersama. Bagaimanapun, ia masih di peringkat perbincangan. Pada masa sama, saya juga ada rancang untuk lancarkan single sendiri juga.
Ads
“InsyaAllah akan ada lebih produk tahun hadapan, kalau tak beranaklah,” selorohnya.
Pelakon, Raja Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad mengesahkan sudah bergelar tunangan kepada jejaka Australia yang hanya mahu dikenali sebagai TWG, dua minggu lalu.
Katanya, dia tidak mahu heboh mengenai kisah pertunangan dengan jejaka asal Perth itu kerana mahu memberi ruang buat diri dan si tunang.
Bagaimanapun, bintang cantik itu tidak menafikan, fasa tunang merupakan suatu fasa yang paling manis, apatah lagi sesi berkenaan sebenarnya dilakukan secara mengejut, tidak dirancang.
“Saya sudah bertunang pada 23 Oktober lalu. Ketika itu saya di Langkawi dan dia ada menyatakan hasrat untuk bertunang. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan saya kini bergelar tunangan orang,” katanya kepada MH sambil menunjukkan cincin tunangnya.
Ditanya perihal detik awal perkenalannya dengan lelaki berusia pertengahan 30-an itu dengan lebih lanjut, Raja Ilya memberitahu hubungan yang dibina tidaklah berlaku dengan pantas.
Sebaliknya, mereka kenal antara satu sama lain secara tak sengaja ketika dia masih berkhidmat sebagai pramugari bersama Air Asia lebih tujuh tahun lalu.
“Jujurnya saya pernah alami fasa kecewa sekitar tahun 2011 lalu mengambil keputusan untuk beralih kepada kerja di awan biru sekejap. Saya kenal tunang pun setahun selepas itu apabila dia menaiki pesawat sama. Saya pula ketika itu sedang bertugas dalam perjalanan ke Bangkok, Thailand.
“Awalnya, saya bersama krew kabin lain memang dah perhatikan dia. Saja suka-suka dengan rakan sekerja. Masa tu pun, saya jugalah yang lakukan safety demo dan ada perasan, dia pandang dan senyum saja.
“Masa mendarat, saya tengah kemas-kemas tempat duduk penumpang lalu terjumpa boarding pass dia. Saya ambil dan tiba-tiba terselit pula nombor telefon dan akaun Facebooknya.
“Masa tu pula saya satu-satunya pramugari, jadi saya fikir ia memang ditujukan untuk sayalah,” katanya seloroh mengimbau memori.
Terdahulu, Ilya ditemui di set penggambaran drama Syurgaku Tak Sempurna 2 di Ombak Kitchen, Shah Alam pada Sabtu. Turut sama di set berkenaan ialah para pelakon lain seperti Haliza Misbun dan Zarina Zainoordin.
Syurgaku Tak Sempurna 2 merupakan kesinambungan kepada kejayaan siri pertamanya yang sebelum ini merekodkan bilangan penonton lebih 4.4 juta ketika bersiaran di Hypp TV tahun lalu.
Drama bersiri sebanyak 30 episod itu bakal bersiaran menerusi saluran sama, Mac tahun hadapan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.