Penyanyi, Lan Solo memaklumkan kedai serbaneka miliknya yang terletak di bandar Puchong, telah dirompak oleh penjenayah.

Menerusi hantaran di Instagram, Lan memohon orang ramai memberi maklumat dan informasi sekiranya ada melihat insiden tersebut berlaku.

Dalam pada itu, bekas vokalis kumpulan Kristal ini  memberitahu akan mengambil tindakan dan membuat laporan polis berkaitan kes berkenaan.

“MINTA BANTUAN WARGA PUCHONG. KEDAI KAMI DIROMPAK

“LELAKI INDIA INI TELAH MEMAKSA STAFF KEDAI SAYA SERAHKAN DUIT SALES.

IKLAN

“JIKA TERJUMPA LELAKI INDIA INI, TOLONG DAPATKAN MAKLUMAT DIRI & KENDERAAN YANG DIGUNAKAN.

“TERIMA KASIH.Report kami menyusul,” tulisnya. Lan turut memuat naik rakaman CCTV yang dipercayai individu yang terlibat.

IKLAN

Gambar

IKLAN

Hantaran yang dimuat naik Lan menerima reaksi pelbagai wargaet yang rata-ratanya meminta Lan untuk terus membuat laporan polis dan tidak kurang yang menyifatkan ia dugaan di dalam mencari rezeki.

Kedai Lan Solo Dirompak, Laporan Polis Menyusul Kedai Lan Solo Dirompak, Laporan Polis Menyusul Kedai Lan Solo Dirompak, Laporan Polis Menyusul

Sekadar infomarsi, kedai serbaneka milik Lan, Solo Borneo Mart menyediakan pelbagai barang jualan daripada Sabah dan Sarawak untuk dijual pasaran Semenanjung Malaysia.

Foto: Instagram Lan Solo

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI