Pelakon Mawar Rashid atau nama sebenarnya Wan Mawar Shahputri Wan Rashid berkongsi perkembangan terkini mengenai anak kedua yang dikandungnya.

Jelas Mawar, dia bakal melahirkan permata hatinya itu kurang sebulan daripada sekarang.

Menerusi entri di Instagram, Mawar meluahkan rasa teruja sambil mendedahkan beberapa perkara yang berlaku kepada dirinya sejak sekali lagi disahkan hamil.

“Serious x percaya kurang dari sebulan Mawar akan lahirkan baby. Cepat betul masa berlalu.

“So macam biasa, sebelum Mawar lahirkan baby, Mawar akan pampered myself betul2. Because bila Mawar cantik2, Mawar happy,

“Dan jd lebih bersemangat & happy nak jumpe my baby, seolah2 mcm nak menyambut my baby birthday gitu. Hehehe.

IKLAN

“Yelah, sekali seumur hidup untuk Raden Seriku, so i really want to appreciate moment2 yg diberikan peluang dari Allah S.W.T ni.

“So yeah! My nails dah buff kilat2 macam air kat kuku gituw, loveee sangat thank you @lifeofnails_my And Mawar buat hair treatment jugak.

“And harini nak buat maternity massage & mandi bunga (i just love my smell after I mandi bunga!).

Malah, pemenang Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular (ABPBH33) mengakui mahu melaram sama barangan kemas.

IKLAN

“And kejap lagi nak g gelang Emas to Raden Seri ku.. (mengidam naw kat emas sejak pregnant Raden Seri ni) @radenseriRC.

“Doakan Mawar & baby selamat dan semua dipermudahkan. Dress dari @hijabista.hub, material best gila.

“Sejuk pastu ada xip kat depan. Mudah utk ibu2 yg nk menyusu anak, nak lagi dress camni please @hijabista.hub,” tulis Mawar memberikan kredit.

Dijangka Bersalin Kurang Sebulan Lagi, Mawar Rashid Dedah Mahu Melawa & Mulai Mengidam Barang Kemas

IKLAN

Serentak dengan perkongsian tersebut, rata-rata peminat menitipkan doa agar segala urusan bersalin Mawar dipermudahkan.

Dijangka Bersalin Kurang Sebulan Lagi, Mawar Rashid Dedah Mahu Melawa & Mulai Mengidam Barang Kemas Dijangka Bersalin Kurang Sebulan Lagi, Mawar Rashid Dedah Mahu Melawa & Mulai Mengidam Barang Kemas

Mawar dan suaminya, Raff Yaakob mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 November 2017 dan telah pun dikurniakan seorang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael, yang kini hampir mencecah usia 2 tahun.

Foto: Instagram Mawar Rashid

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI