Isteri kepada pelakon dan pelawak, Abam Bocey, Nor Hidayah ada menitipkan ucapan sempena memperingati ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-3.

Menurut Hidayah, dia reda dengan pemergian Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar meski pun jauh di sudut hati dia masih memerlukan suaminya itu sentiasa berada di sisi.

“08/12/17 ‐08/12/20 Akan tersemat di ingatan. 10/02/20, PemergianMu mengisi permintaan biarpun dikau masih kuperlukan, Hanya Doa Mampu kuiringkan, kulepaskan dikau pergi, Semoga Tenang Dirimu Di sana, Hariku akan tiba jua nanti,” tulisnya di Instagram.

Menerusi entri tersebut, Hidayah turut memuat naik video kompilasi momen-momen indah ketika bersama arwah Abam.

Dalam pada itu, ibu kepada seorang anak ini turut berjanji akan menggalas tanggungjawab dengan menjaga anak mereka sebahabis baik.

“Alfatihah buat Allahyarham Suamiku Syed Umar Mokhtar, semoga abang tenang di sana ,syurga tempatmu abang.

“Sayang janji akan jaga anak kita Hamzah sebaiknya serta didikkan yang terbaik buatnya,” kongsinya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa semoga arwah Abam ditempatkan dikalangan orang beriman.

Terdahulu, Hidah dan Abam mendirikan rumah tangga pada tanggal 8 Disember 2017 dan telah pun dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

Abam telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 10 Februari akibat demam panas.

Sumber: Instagram Nor Hidayah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI