Memuat naik keputusan akhir sewaktu menjalani Asasi Undang-Undang sewaktu di UiTM dengan CGPA 3.95, hos dan pelakon Uyaina Arshad memaklumkan, sekiranya dia tidak menjadi selebriti, pasti kini bergelar peguam.
Walau bagaimanapun jelasnya, apa yang penting seseorang harus ikhlas dengan jalan sahaja kerjaya yang dipilih.
“Once upon a time. Kalau Yana tak jadi tv host & actress, Yana dah jadi lawyer. “Siapa dekat sini yang belajar bidang lain, lepas tu kerja bidang lain? Kita geng! “Yang penting kita suka dengan apa yang kita buat & ikhlas!” tulisnya lagi.
Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob ada berkongsi video pendek yang merakamkan aksinya yang sedang membetulkan bahagian hadapan kasut isteri, Datin Azrene Ahmad yang tercabut.
Dimuat naik menerusi Instagram, video spontan itu diambil ketika keduanya menghadiri satu majlis hiburan baru-baru ini.
Maklum bintang berusia 41 tahun itu lagi, isterinya ada mengadu bahagian hadapan kasutnya sudah tercabut dan terkontang-kanting apabila berjalan.
Azrene bagaimanapun memberitahu dia tidak kisah andai ada yang ternampak.
“Hari itu semasa event, isteri saya @azrene_ahmad mengadu dekat saya bahagian depan kasut dia dah tercabut. Jadi, bila dia berjalan, benda tu terkontang-kanting.
“Dia kata “takpa abang, adik ok, tak malu pun kalau orang nampak”. Tapi, me being me, saya usahakan cari cellophane tape dan tampal.
“Saya kata “Adik tak perlu buka kasut, biar abang yang menyangkung buatkan,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya memuji tindakan Fazley yang dilihat cukup menyayangi si isteri.
Penyanyi, pengacara, pakar motivasi dan cef selebriti ini berkahwin dengan Azrene pada tahun 2006 dan pasangan ini dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.
Foto:
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Persahabatan yang ikhlas dan suci adalah sahabat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebaikan sahabatnya yang lain.
Begitulah hubungan yang terjalin antara kedua-dua bekas penyanyi, Mila Jirin dan Nur Heliza Helmi.
Malah, bekas juara Akademi Fantasia-5 ini berasa kagum melihat perjuangan Heliza yang sentiasa terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan.
“Aku antara yang KAGUM melihat perjuangan beliau didalam misi kemanusiaan… Aku antara berjuta followers beliau yang sering mendoakan agar Allah jaga dan lindungi beliau sepanjang Misi.
“Rasa KAGUM lagi pada bidadari syurga ini, tatkala menerima kiriman doa semasa berada di tanah suci Makkah Awal tahun lalu, Masya Allah.
“Heliza, mu cantik luar dan dalam…. Mu selalu whatsapp cakap “Tarik aku jika tak nampak aku di Syurga…” Ku pun nak cakap perkara yang sama “Tarik Aku jika tak nampak aku di syurga” ….. Persahabatan #lillahitaala,” tulisnya.
Tidak hanya sekadar berkebolehan menyanyi, namun Ernie Zakri kini cuba menonjolkan dirinya dalam bidang lakonan menerusi Suri Katrina arahan Pali Yahya.
Memegang watak sebagai Suri yang merupakan seorang gadis psiko, Erni akui watak tersebut sangat sukar dibawa.
“Pada awalnya saya terima tawaran ini kerana ia ada sembilan episod sahaja, jadi saya terima sajalah.
“Saya jangkakan watak ini ringan tapi tak sangka ia sesuatu yang berat,” katanya kepada MH.
Popular dengan lagu Ku Bersuara, Ernie akui bahawa berlakon merupakan perkara sukar untuk digalas.
“Berlakon adalah perkara paling sukar kerana mereka (pihak produksi) mengarahkan saya menagis untuk menjiwai watak ini.
“Sekali gus, ia memberikan kesan sedikit sebanyak dalam tekanan dalam diri saya dan berani saya katakan bahawa ini lakonan terakhir untuk tahun ini,” kongsinya.
Ernie,27, ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini bagaimanapun tetap positif untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang pelakon untuk pertama kali.
“Saya kena tetapkan komitmen untuk menjayakan watak ini selama sebulan, walaupun hanya sembilan episod (Erni jayakan) daripada 49 episod di kaca TV.
“Sangat sukar bagi saya pada mulanya, tetapi saya perlahan-lahan menjiwai bidang lakonan khususnya memeganb watak psiko sebegini,” jelasnya yang bergandingan bersama pelakon Hasnol Rahmat,Ummi Nazeera dan Zul Huzaimy.
Tetap dengan pendirian sebagai seorang penyanyi, Erni lebih tenang dan gembira ke arah sedemikian.
“Apabila bangun pagi,orang suruh saya menyanyi, saya boleh lakukan dengan gembira.
“Tetapi kalau berlakon saya akan menagis di bucu katil,” selorohnya.
Drama tersebut bakal disiarkan bermula 30 Oktober ini di Astro Prima (105).
Dalam perkembangan lain, Ernie bakal bergandingan dengan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi konsert Karya Agung PakNgah (Datuk Suhaimi Mohd Zain) Bersama Orketra Tradisional Malaysia pada 14 dan 15 November ini di Panggung Sari, Istana Budaya.
Turut sama menjayakan konsert tersebut seperti Syamel, Asmidar dan Rojer.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.