Bintang yang pernah muncul menerusi konsert Prelude Akademi Fantasia musim keempat, Shazroul Fazlie telah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman pada usus kira-kira jam 6.20 petang, Rabu.
Ibu kepada Allahyarham, Noraini Elias seperti yang dipetik mStar menjelaskan, Allahyarham sudah jatuh sakit secara tiba-tiba 10 September lalu iaitu sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-34.
Malah, arwah turut kehilangan berat badan mendadak daripada 61 kilogram kepada 45 kilogram sepanjang dua minggu sebelum pergi mengadap Illahi.
Difahamkan, arwah Shazroul juga sebelum ini telah menjalani dua pembedahan pemotongan usus yang bocor sepanjang kira-kira 90 sentimeter iaitu pada 10 September dan 21 September lalu.
Sementara itu, tunang Shazroul, Nur Afiqah Syaqira, masih terkejut dengan pemergian arwah berkata, mereka sepatutnya melangsungkan perkahwinan Julai.
Ads
Bagaimanapun, mereka terpaksa menangguhkan hasrat berkenaan selepas arwah berpindah ke Langkawi.
“Kami sepatutnya berkahwin Julai lalu tapi disebabkan arwah berpindah kerja ke Langkawi, kami terpaksa menunda untuk berkahwin pada tahun hadapan.
“Segala persiapan perkahwinan sudah diuruskan, kad undangan dan baju nikah pun saya dah simpan dalam almari.
“Saya tak sangka arwah pergi meninggalkan saya… dalam pukul 6.30 tadi saya dimaklumkan oleh kawan-kawan bahawa dia sudah tiada.
Ads
“Saya terkejut hampir nak pengsan,” ujar gadis berusia 24 tahun itu lagi seperti yang dipetik.
Jenazah Shazroul telah dimandikan di Masjid Bukit Antarabangsa dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana di Ampang selepas subuh pada Khamis.
Menerusi Insta Stories, Afiqah ada berkongsi beberapa keping foto sambil mengucapkan terima kasih atas doa serta ucapan takziah buat mereka seisi keluarga.
Isteri kepada komedian dan penyampai radio Johan, Ozlynn Wati ada berkongsi satu potongan video pendek lucu yang merakamkan Ziana Zain sedang mengusik mahu ‘gigit’ anak bongsunya, Moleiq.
Menerusi aksi spontan yang dimuat naik menerusi Instagram itu, kanak-kanak berkenaan difahamkan rasa takut lalu memanggil ‘Nana’ (Sheila Rusly).
“Semalam launch restaurant baru, mummy @sheilarusly_jspictures @thedimsumplacekl mmg gempak giler.. sedap sesgt.. korg kena try.. tp yg @iamzianazain nih dh nape asik try nak gigit anak aku eh?? Ada video full tau.. dia kokak anak aku… aku perati jek..
“Aku telannnnnn jek tgk dia kejekan bambam aku.. jgn smp aku kokak dia pulak.. ehh nnt aku post eh apa jadi kat anak aku.. laki aku x tau nih.. tunggu aku bg video penuh.. kak g.. hang tunggu surat saman dari Moleiq.
“Moleiq asik panggil nana dia sb nak ngadu.. hahahahaha yg nana dia plak ngah stress ngan cucu sibuk nak masok dapor, time ngah layan tetamu masa tu la cucu nak dukong bagai… bahahaha rasakan… nnt next post aku.. tgk gambar makanan eh,” tulisnya lagi.
Aksi tersebut nyata membuatkan wargamaya terhibur dan rata-ratanya turut menyatakan rasa geram terhadap kecomelan Moleiq atau nama sebenarnya, Nur Latifah Moleiq Hanania yang kini mencecah usia setahun lebih.
Foto: Instagram Ozlynn Wati
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Rita Rudaini mengakui dirinya ada perasan kewujudan akaun palsu yang dicipta sesetengah pihak tidak bertanggungjawab yang secara tiba-tiba akan muncul meninggalkan komen negatif apabila dia berkongsi foto anak-anak di laman Instagram.
Tambah Rita, ada ketikanya dia akan turut mengambil pendirian untuk membalas sesetengah komen yang ditulis dari akaun palsu terbabit pada entri foto melibatkan dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8.
“Saya ada juga berikan reaksi terutamanya yang beri komen menggunakan akaun palsu. Kebanyakannya yang tidak bergambar. Saya akan balas.
“Saja kadang-kadang kalau ada masa saya ‘melayan’,” katanya.
“Saya perasan, kadang-kadang kalau kongsikan foto anak-anak menerusi Instagram, akan ada akaun palsu yang akan tinggalkan komen.
“Pelbagai komen yang muncul, malah ada yang macam tak puas hati. Nak buat macam mana? Sebabnya, bila saya kongsi foto anak, ramai yang akan berkait, contohnya ada yang beri komen ‘mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, macam bapa mereka pandai main bola dan macam-macam lagi, akan masuk balik kenangan dulu.
“Saya okay sajalah. Tapi ada pula akaun palsu komen yang tak baik, jadi dari situlah saya mula balas komen,” jelasnya kepada MH.
Ditanya sejauh mana dirinya sebagai seorang selebriti perlu menjawab respon tidak berasas dari sesetengah akaun palsu di media sosial, bintang Mami Jarum ini menyifatkan selebriti juga sama seperti penggguna media sosial lainnya.
“Selalunya saya ikutkan mood. Bagaimanapun, selebriti pun manusia biasa. Jika ia dikira melampau dan rasa perlu komen, komenlah.
“Cuma cara komen tu biarlah berasas atau pun nasihat. Kadang kita pun nak hiburkan ‘hatinya’ yang sunyi, ‘dia’ pun perlukan respon dari kita,” seloroh Rita.
Rita terdahulu ditemui media sejurus selesai saingan program All Stars Buka Panggung (ASBP) minggu keempat, Ahad lalu.
Bintang berusia 41 tahun itu mengungguli minggu keempat program berkenaan, sekali gus menjadi juara mingguan wanita pertama dengan menafikan kemaraan Datuk Fizz Fairuz, Johan Asari dan Ruhainies ke peringkat separuh akhir.
Atas kemenangan yang diraih, Rita memenangi RM4,000 berserta trofi dan wang tersebut telah disumbangkan kepada pelakon veteran tanah air yang pernah bekerjasama dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Ramli Mohamad atau lebih dikenali sebagai Pak Limra.
Merupakan ahli Persatuan karyawan Malaysia, Pak Limra kini difahamkan berada di Pusat Jagaan Mahmudah Warga-Warga Tua di Semenyih, Selangor.
Rita bakal berentap bersama pemenang episod-episod lain pada pusingan separuh akhir pada minggu keenam nanti.
Pusingan akhir pula akan berlangsung pada minggu ketujuh.
ASBP merupakan rancangan yang menguji dan mencabar pelakon untuk beraksi dalam babak komedi pentas secara spontan tanpa bantuan skrip.
Menampilkan pelawak daripada kumpulan Shiro iaitu Ajak dan Shahrol sebagai pengacara sementara Primadona filem Melayu alaf baru, Erra Fazira pula menggalas tugas sebagai Seri Dewi Panggung.
ASBP disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand bersiaran setiap Jumaat, pukul 9.00 malam secara langsung dari Royal Theatre, Shah Alam.
Foto: Instagram Rita Rudaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel ada berkongsi satu potongan video pendek di Instagram yang mendapat perhatian netizen.
Ini kerana, kelihatan darah keluar dari mulut ketika menjalani penggambaran drama terbaru lakonannya, Kerana Dia Aku Menangis yang bakal ditayangkan di Astro First arahan Kabir Bhatia.
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.