Datuk Seri Eizlan Yusof, 48, telah pun selamat mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan hati, Natasha Rosa Boudville, 29, dengan sekali lafaz pada Khamis kira-kira jam 3.30 petang.

Majlis akad nikah dilakukan dengan penuh meriah dan di The Glass Suite, Boraombak, Marina Putrajaya.

“Kalau Nak Diikutkan, Sudah Tidak Mahu. Bila Bertemunya, She’s The One,” – Terdetik Rasa Sunyi, DS Eizlan Yusof Cerita Soal Terbuka Hati Kahwin Lagi

Selain merakamkan ucapan terima kasih buat semua yang sudi meraikan majlis, pelakon senior itu turut berkongsi mengenai detik awal hatinya mulai terbuka untuk berkahwin lagi selepas lebih beberapa tahun bergelar duda kepada tiga cahaya mata.

“Sebenarnya selepas perkahwinan terdahulu, saya tiada ‘attention’ lagi untuk berumahtangga. Memandangkan saya sudah pun mempunyai cahaya mata selain sibuk dengan komitmen lainnya. Tidak terfikir.

“Bagaimanapun apabila bertemu dengan Natasha, ia merubah segalanya. Kalau nak diikutkan, sudah tidak mahu. Bila bertemunya, she’s the one.

IKLAN

“Sepanjang perkenalan, nampaknya dia boleh serasi dengan anak-anak, dia seorang yang fleksibel, jenis yang relaks dan boleh bergaul dengan rakan-rakan saya,” katanya.

Pada masa sama, pelakon Paskal The Movie ini juga turut akui ada ketikanya dia rasa sunyi tiada peneman di sini.

“Kalau Nak Diikutkan, Sudah Tidak Mahu. Bila Bertemunya, She’s The One,” – Terdetik Rasa Sunyi, DS Eizlan Yusof Cerita Soal Terbuka Hati Kahwin Lagi

“Kalau dikatakan sudah selesa untuk tidak berkahwin lagi, ada ketikanya saya rasa sunyi juga. Meski pada peringkat awal, rasanya saya sudah tidak mahu kahwin, akan tetapi perasaan sunyi itu hadir.

IKLAN

“Anak-anak tidak bersama saya, mereka sama ibunya. Jadi saya sendirian di rumah,” jelasnya yang turut meminta doa ramai agar ikatan yang terbina kekal harmoni selamanya.

Ikuti temu bual penuh bersamanya di sini;

IKLAN

Terdahulu, Eizlan pernah mendirikan rumah tangga dengan Vie Shantie Khan pada 7 Julai 2007 sebelum mereka sah bercerai talak satu pada Februari 2015.

Hasil perkahwinan tersebut, keduanya dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, 11, Zareef Yusof, 9, dan Vie Zaalia, 6.

Foto: Instagram DS Eizlan Yusof via @project2pi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI