Penyanyi baru, Eranzz atau nama sebenarnya, Shah Iran Shahdan meluahkan rasa syukur dan terima kasih atas penghargaan menerima undangan dari penyanyi terkenal Indonesia, Hetty Koes Endang untuk menyanyi sama di konsertnya yang bakal dilangsungkan tahun hadapan.
Pada masa sama, pemenang tempat ketiga di program hiburan Seberang, Golden Memories Asia yang berlangsung baru-baru ini itu juga menyifatkan pelawaan yang diterima sebagai sesuatu yang bermakna, apatah lagi dia masih lagi baru mencari tapak dalam seni.
Bintang itu turut menyifatkan ia sebagai satu mimpi dan berharap ia bakal menjadi kenyataan.
Malah, Eranzz turut berkongsi potongan klip video undangan Hetty di Instagram miliknya, beberapa hari lalu.
“Terima kasih Bunda! Sesuatu yang sangat besar utk saya.. diundang oleh Bunda Hetty Koes Endang @hke57 utk Menyanyi bersama di Konsert Besar Bunda di Malaysia tahun hadapan.
Ads
“Satu penghargaan yg sangat tinggi nilainya buat saya yang sememangnya bukan siapa2 di Malaysia. Terima kasih bunda, semoga imipan ini menjadi kenyataan menyanyi di hadapan bunda ini bagaikan mimpi karena saya membesar dan bekerja dgn lagu2 dari Bunda.
“Sewaktu di konsert Golden Memories Asia ini..saya hanya berpura ngak grogi (nerves) padahal dalam hati tuhan aja yang tau! Semua yg ada di @goldenmemoriesasia ini adalah legend! Boleh dikatakan GILA PENGALAMAN ini.
“Terima kasih sekali lagi bunda Hetty kerana banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar serta masukan buat saya untuk masa hadapan… SEMOGA TAHUN 2020 akn menjadi permulaan yang baik untuk saya.. love u Bunda,” tulisnya.
Terkini, Eranzz turut mengambil peluang menonton program Gegar Vaganza 6 (GV6), Ahad lalu sekali gus sempat bertemu dengan bintang idolanya itu selepas sekian lama tidak bersua.
“Ya Allah sedihnya dan terharunya kayak jumpa ibu sendiri yang lama terpisah, kesempatan ketemu Bunda di Malaysia.
“Sempat beri ole-ole untuk bunda,” jelasnya lagi yang kini sedang mencari material untuk melancarkan single sendiri tidak lama lagi.
Golden Memories Asia merupakan pertandingan pencarian bakat nyanyian lagu-lagu nostalgia era 1970-an sehingga 2000 yang diikuti enam negara Asia Tenggara, Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Singapura, Filipina dan Timor Leste.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan ushawan, Elfira Loy menerusi Instagram ada berkongsi sembilan posting fotonya yang paling banyak mendapat perhatian dari para peminat.
Sambil merakam kembali momen terindah dalam hidupnya sepanjang tahun ini, bintang Kum Kum itu turut memberi bayangkan mengenai beberapa projek baru yang akan dilakukan tahun hadapan.
“Definitely my best nine of 2019! Started the year with my wedding, then my dream honeymoon at Mekah together with my husband (as thats where we prayed for our jodoh) then to suprising my husband with the pregnancy test . Beranakkan anak saya & of course selfi yang tak dilupakan causeeeeee selfie is my thang!
“Alhamdulillah syukur untuk kehidupan & kebahagiaan yang Allah berikan. Semoga diberkati & dilindungi selalu. Amin.
“Look forward for 2020! I have few projects to share with you and i can’t wait! Tapi korangkan dah tengok el dari kecik. Rasa rasa apa mission el untuk next year?,” tulisnya.
Terdahulu, Elfira Loy diijabkabul dengan suami, Khairol Faris Anuar pada 1 Januari lalu dalam sebuah majlis tertutup dan mereka dikurniakan seorang putera, Muhamad Rayyan Khalaf Muhamad Faris.
Pelakon dan pengacara Diana Amir meluahkan rasa syukur apabila menjadi tetamu Allah untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci buat kali kedua selepas tahun 2011.
Kongsi ibu kepada tiga orang anak itu, dia ditemani rakan-rakan serta dua orang anaknya iaitu Khawlah Al Azwar, 4 dan Khadija Azzehra, 2 tahun bersama-sama menunaikan ibdah umrah itu.
“Allahuakhbar! Penantian 8 tahun akhirnya Diana dpt jejakkan kaki kembali ke rumah Allah, lepas @zuhudholiday bgtau wanita boleh tunaikan umrah tanpa mahram. Ada yg dm Diana bgtau travel agent dia masih taknak bawa dia tanpa mahram, boleh contact @zuhudholiday k? Diana bawa Khawlah dan Khadija 2 anak perempuan Diana. Segalanya berjalan lancar, alhamdulillah!
“Pergi menunaikan umrah, bersederhanalah. Kita datang sebagai tetamu, hamba Allah yang hina, mengakui banyak dosa dan mengharapkan rahmatNya.
“Diana suka, dalam plane ustaz ada bagi tazkirah, tak perlu tengok movie yang tersedia dalam plane, hari2 dah kita tengok movie. Nak tunaikan umrah, lupakan dan tinggalkan dunia dalam jagaanNya, kembalikan perhatian, masa dan jiwa pada Dia. Sebab tu sebelum pergi kena buat wasiatkan?,” kongsi pelakon filem 7 Petala Cinta itu.
Malah, pemilik nama penuh Nurdiyana Amir Hashim itu turut menasihati agar sentiasa kelihatan cantik dan kemas apabila menziarahi pusara Nabi; tetapi tidak perlu keterlaluan.
“Bila pergi ke Madinah , nak ziarah Nabi barulah kita melawa2. Macam hari raya lah. Cuma taklah melawa mcm kat Malaysia, melawa cara disana, pakai baju baru yg paling cantik kita ada, pakai wangian bagi lelaki, setiap kali nak ziarah mandi wangi2, gitu. .
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik.” (QS. Al-A’raf: 26).
“Februari 2020 Diana akan pergi lagi InsyaAllah,” rancang wanita itu.
Bekas penyampai berita dan hos, Saiful Nizam menitipkan doa dan kata-kata semangat buat rakan seperjuangan di The New Straits Times Press Malaysia (NSTP) yang menerima surat pemberhentian hari ini.
Tulisnya di laman Instagram, rezeki di dunia terlalu luas untuk diterokai dan jangan sesekali mudah mengalah dengan dugaan yang datang.
“Hidup ni tak semuanya indah! Tak semudah yang disangka.
“Kadang2 geloranya terlalu deras utk kita harungi! Kekadang ia setenang air di kali.
“Bangun! Tempuhinya sehabis daya sbb janji Allah itu pasti bg mereka yang berusaha.
“Buat rakan2 ku di Media Prima! Insya’Allah dunia Allah ini terlalu luas. Jangan mudah mengalah & teruskan daya sementara hidup yang masih ada.
“Moga dipermudahkan urusan kalian smua kerana Allah tu sebaik2 perancang,” tulisnya.
Sekadar makluman, seramai 543 pekerja syarikat The New Straits Times Press Malaysia (NSTP) terlibat dalam keputusan pemberhentian membabitkan tempoh perkhidmatan berakhir 12 Mac 2020.
Foto : Instagram Saiful Nizam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.