Menerusi laman Instagram Rozita Ibrahim, ibunda kepada penyanyi dan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi momen istimewa keluarga itu menerima kehadiran orang baru dalam keluarga.
Malah, dia turut mendedahkan nama yang diberikan kepada anak kelima pasangan popular itu.
“Slide tau “ sempat sy snap gambar baby senyum” mood Abah paling hapy dapat anak perempuan
“kami sedih muka Yusuf jelez dn tarik diri menyendiri dgn Raudah Arshiyah nama baby baru family kami
Ads
Subscribe bumi ratu chanell tkasih atas sokongan,” tulisnya.
Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007. Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawy serta seorang anak angkat.
Foto : Instagram Rozita Ibrahim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Juri tetap Gegar Vaganza musim keeenam (GV6), Datuk Ramli Ms menyifatkan tahap keyakinan para peserta final musim ini perlu dititik berat bagi memastikan persembahan mereka kekal baik ketika ia bersiaran secara langsung.
Malah jelasnya lagi ketika sidang media, sebagai pengarah muzik yang bersama mereka sepanjang sesi latihan, tahap keyakinan itu berubah-ubah mungkin berpunca dari beberapa faktor.
“Tahap keyakinan. Saya pengarah muzik untuk GV dan sudah tentu ketika sesi latihan sebelum konsert itu, saya saya tahu di mana tahap persembahan mereka ketika sesi latihan dan konsert sebenar.
“Akan tetapi dalam kebanyakannya dari segi konsistensi tu, ketika buat persembahan secara langsung mungkin disebababkan rasa gementar keyakinan itu hilang. Mereka harus ada sisi konsisten itu” katanya.
Terdahulu, pentas akhir minggu depan bakal menyaksikan enam bintang berentap bagi merebut gelaran juara GV2019 iaitu Naqiu, Hady Mirza, Jatt Ali, Nurfatima, Sham Visa dan One Nation Emcees.
Dalam pusingan separuh akhir malam tadi, Wann yang mendendangkan dua buah lagu iaitu Ku Gembira Di Sampingmu dan Dua Insan (duet bersama Zarul Umbrella) meraih kedudukan ketujuh.
Sementara , Noorshila Amin yang menyampaikan lagu Kerana Terpaksa dan Dialah Di Hati (duet bersama Ifa Raziah) turut berada di kedudukan tercorot dan gagal menambat hati, sekaligus membuatkan dua nama mereka diumumkan sebagai peserta tersingkir.
Pusingan separuh akhir GV2019 diadili Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan juri jemputan Datuk M. Nasir.
Penyampai radio Issey Fazlisham bakal menamatkan zaman duda dengan ibu tunggal anak tiga, Ahad ini dan kad undangan sudah pun diagihkan kepada rakan media sejak minggu lalu.
Majlis pernikahan mereka akan dilangsungkan di Kota Bharu, Kelantan kira-kira jam 8.30 pagi.
Lalu menerusi Instagram, Issey ada memuat naik video pendek bersama bakal isteri, Aimi Jamel.
Perbualan di antara mereka antara lain turut menyentuh mengenai soal tanggungjawab keduanya selepas mendirikan rumah tangga kelak.
“Dalam perhubungan ni, you kena belajar dan faham mengenai tanggungjawab. I nak you sayang I dengan anak-anak bukan sebab orang lain, tapi sebab Allah Taala.
“Kita masing-masing pernah ada pengalaman hidup, dengan pengalaman itulah kita akan bawa ke depan. Jangan pandang ke belakang,” antara kata yang diungkap Aimi.
Sementara itu menerusi ruangan kapsyen pula, Issey turut menzahirkan rasa tidak sangka kerana bakal mendirikan rumah tangga bersama kenalan lamanya.
“Dulu kita kecek ‘aku mung’. Tak sangka mung bakal jadi bini aku. Bismillah. Moga dipermudahkan segala urusan,” tulisnya sambil disusuli dengan kredit.
Lalu, para peminat serta rakan selebriti tidak putus-putus memberikan dedikasi serta ucapan tahniah buat bakal raja sehari itu.
Pelakon dan usahawan, Elfira Loy mengakui dirinya seorang penggemar kasut bertumit tinggi dan mempunyai koleksi yang banyak jika mahu dibandingkan dengan kasut tanpa tumit yang dimilikinya.
Malah akuinya kepada MH, dia juga sudah mulai mengenakan kasut bertumit seawal usia belasan tahun.
“Kalau nak bercakap mengenai kasut tinggi, saya tak nafikan tidak terkira. Cuma kalau ‘flat’ shoes tu boleh dikira lagilah,” seloroh Elfira.
Pada masa sama, apabila ditanya mengenai apa yang boleh diperkatakan mengenai kasut tinggi, bintang Kum Kum ini tidak menafikan rasa lebih yakin apabila mengenakan kasut sedemikian.
“Saya lagi mampu untuk berjalan dengan baik apabila mengenakan kasut tinggi berbanding flats. Kalau pakai ‘flats’ saya mesti jatuh,” jelas Elfira ketika ditemui pada majlis pelancaran kolaborasi eksklusif jenama kasut terkenal, Giuseppe Zanotti bersama Neelofa di Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini.
“Neelofa ada pelawa saya untuk bersama-sama hadir memeriahkan pelancaran kerjasamanya bersama jenama kasut terbabit.
“Sebagai rakan, saya turut berbangga dengannya atas kolaborasi ini dan sebab itulah saya hadir untuk memberikan sokongan,” katanya lagi.
Terdahulu, Elfira dan suami, Muhamad Khairol Faris Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata pada 1 Oktober lalu yang diberi nama Muhamad Rayyan Khalaf Muhamad Faris.
Setelah hampir 10 tahun memujuk, penerbit terkenal, Datuk A. Aida mengakui gembira apabila anaknya, Azeva Natassha akhirnya terbuka hati untuk menceburi bidang seni.