Pelakon dan pelawak, Vicha atau nama sebenar Refika Novianti Faturohman berkongsi pengalaman pahit menjadi mangsa buli gara-gara penampilannya bertubuh besar dan berkulit hitam suatu ketika dahulu.
Jelasnya kepada MH, tiada siapa mahu mendekatinya sewaktu sekolah menyebabkan dia nekad untuk bangkit demi membuktikan bahawa berbadan besar bukan satu kesalahan, malah dia punya kelebihan tersendiri.
“Pengalaman paling teruk sewaktu zaman sekolah, tiada siapa mahu berkawan dengan saya. Tiada lelaki yang mahu rapat. Dahulu pemikiran masyarakat belum terbuka lagi.
“Disebabkan itu kini saya suka berkongsi pengalaman bagaimana mahu membina keyakinan yang tinggi setelah berkali-kali dipijak.
“Cantik bukan dilihat daripada bentuk tubuh, putih atau hitam. Tidak sama sekali. Semuanya cantik, apa yang penting bagaimana kamu membawa diri.
Ads
”Namun dengan syarat, penampilan diri juga harus dijaga. Sikap dan hati juga harus dijaga. Kalau ada yang menghina, biarlah.
“Kena sentiasa berfikiran positif,” jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi Mis Claire X Siti Nordiana di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sementara itu, anggota kumpulan J-Born ini turut mendedahkan dirinya pernah melakukan prosedur sedut lemak dan pembedahan gastrik bypass.
Ads
Hasilnya, dia berjaya mengurangkan berat badan hingga 30 kilogram setakat ini.
“Saya pernah menjalani pembedahan gastrik bypass dua tahun lalu dan berjaya mengurangkan 30 kilogram berat badan. Saya melakukannya kerana paras gula dalam badan mencapai tahap 22, kini ia kembali normal kepada 5.
Ads
“Saya pernah melakukan prosedur sedut lemak tapi hasilnya kurang memuaskan.
“Apa pun, nasihat saya, ia semua bergantung kepada diri sendiri dan disiplin. Harus nekad. Tidak perlu lakukan pembedahan, makan pil diet atau sebagainya. Benar ia membantu, namun semua bergantung kepada nekad,” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Vicha hadir memberi semangat dan motivasi pada sesi pelancaran Mis Claire demi menunjukkan sokongannya kepada kumpulan wanita Plus Size.
Koleksi Mis Claire boleh didapati menerusi laman sesawang Mis Claire, butik ataupun di Robinson Kuala Lumpur dengan harga bermula dari RM82.00 sehingga RM120.00.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Industri dunia hiburan dikejutkan dengan berita kematian penyanyi, Dato’ Nassier Wahab yang telah meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur, pada jam 12.45 tengah malam tadi.
Menerusi akaun Instagram milik penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza atau sinonim dengan panggilan Tok Ti, penghibur itu meluahkan rasa sedih atas kehilangan penyanyi yang terkenal dengan lagu Memori Cinta Luka itu.
Menerusi Instagram, Tok Ti turut mengimbau kembali kenangan ketika bersama dengan arwah.
“Gambar ini saya rakamkan pada tanggal 25 April 2017. Antara kenangan terakhir saya bertemu arwah.
“Arwah seorang yang sangat merendah diri, baik& sopan tutur bahasanya.
“Semoga arwah di tempatkan bersama sama insan soleh di sana, amin.
“Ya Allah. Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan dan maafkan kesalahannya.
“Engkau muliakan kedudukannya, dan luaskan tempat tinggalnya, dan sucikan dia dgn air, salji dan air yang sejuk. Engkau bersihkannya daripada kekotoran dosa sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran.
“Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka,” tulisnya panjang lebar.
Instafamous, Hafiz Mahamad menerusi Instagram ada menulis ‘ingatan’ buat diri sendiri agar sentiasa mengutamakan isteri walau dalam apa jua keadaan.
Jelasnya, rupa paras akan pudar seiring waktu dan terus setia dan berusaha membina kejayaan bersama pasangan.
“Kesian lelaki yg tengah bersusah payah untuk senangkan bakal isteri. Tapi akhirnya si perempuan lari cari lelaki yg kaya.
“Kesian pula si perempuan yg menerima lelaki seadanya, tapi akhirnya si lelaki lari memilih perempuan yg lebih cantik.
“Sakit bila ditinggalkan, lebih perit bila ditinggalkan dimasa susah. Tapi kenapa perlu kita biarkan perit tu lama lama? Sedangkan “Kejayaan Demi Kebahagiaan” datangnya dari usaha kita.
“Percaya pada usaha pasangan masing masing lebih baik dari percayakan paras rupa, harta & kata kata.
“Paras rupa” tak boleh kembalikan senyuman kita disaat kita kecewa. “Harta” tak boleh beli kesedihan yg kita tanggung sebaliknya “harta” tujuannya hanya mahu membeli maruah kita.
“Terus setia, bina rupa & harta bersama sama #notetomyself,” kongsinya.
Gelagat pasangan instafamous yang berkongsi klip video disulami lagu Bollywood turut mendapat reaksi netizen yang menyifatkannya mereka pasangan romantis.
Foto : Instagram Hafiz Mahamad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tular di media sosial mengenai ada beberapa individu yang menjatuhkan talak terhadap isteri pertama untuk berkahwin lain.
Malah, ada sesetengah isteri yang sarat hamil lalu menikahi wanita lain.
Lantas, perkara tersebut mendapat perhatian ramai termasuk penceramah bebas, Ebit Lew.
Kongsi Ebit, dia turut bersedih akan kisah yang menimpa golongan ini melibatkan anak-anak yang masih kecil dan ahli keluarga lain secara langsung.
“Sedih pilu menangis sangat bila banyak terjadi kisah suami muda-muda lagi ceraikan isteri ada setengahnya isterinya sedang mengandung untuk berkahwin lain.
“Ada kisah begini yang saya cuba bantu masa program keluarga sunnah. Cuba bayangkan kita diuji mak ayah kita bercerai kini. Apa perasaan kita.
“Jika kita dah tua ini rasa begitu. Bagaimana satu hari nanti anak yang tak tahu apa-apa itu nak faham. Hadiah paling mahal ibubapa kepada anaknya ialah didikan agama dan contoh kasih sayang keduanya,” tulisnya.
Malah, Ebit turut memanjatkan doa agar setiap perkahwinan yang dibina sentiasa dalam keredaan Allah.
“Saya berdoa Allah selamatkan rumahtangga begini dan juga rumahtangga kita semua. Janganlah bina mahligai bahagia atas tangisan air mata isteri yang kita nikahi dan cintai serta tangisan anak-anak.
“Selalu dakwah anak muda di jalanan dan wajah anak sedih di sekolah-sekolah. Maaf sangat, selalu bila saya jumpa dari keluarga yang bercerai berai. Saya menangis kasihan mereka.
“Peluk jer mereka menangis. Baru tanya khabar mereka dah menangis. Walau anak kecil. Buat yang telah diuji teruskanlah kuat yer. Kita ada Allah.
“Jadikanlah musibah itu buat kita dekat dengan Allah. Percaya Allah sayang dan Allah pasti bantu.
“Semoga Allah selamatkan kita semua dari hati yang mati. Hidupkan jiwa kami semua dengan takwa. Doakan yang baik jer untuk semua,” kongsinya mengenang nasib anak-anak yang tergolong dalam keluarga sedemikian.
Menjelaskan lebih terperinci mengenai tugas seorang isteri, Ebit menyifatkan wanita sedemikian tinggi martabatnya dan perlu diangkat.
Pada masa sama, mereka juga perlu dijaga sebaik mungkin ketua keluarga.
“Satu jer nak cakap untuk ingatan diri sendiri dan semua. Isteri ini amanah Allah. Untuk kita pimpin dan bimbing masuk syurga. Bukan kita suka kita jaga. Tak suka ceraikan. Nikah itu amanah. Lainlah beliau ada lelaki lain.
“Kita mulia dan manusia sebaik-baik kejadian.kita sayang kerana Allah walau banyak kekurangan kita tampung dan bina sama-sama untuk redha Allah.
“Lihat isteri.kenangkanlah ibu kita..kenangkan anak perempuan kita.
“Bahagia itu bila kita yang memberi. Bukan tuntut hak dari pasangan..dalam kata lain saling bantu membantu dan bertolak ansur.
“Allah sayang dia uji kita. Carilah niat awal kita kahwin. Kita kahwin nak dapat redha Allah. Bimbing dan pimpin masuk syurga. Kahwin bukan untuk dapat apa yang kita nak tapi tunaikan apa yang Allah nak..nikah itu amanah Allah.
“Doa pada Allah, dan tanya diri kita sebenarnya apa kita nak dalam hidup kita? Ar rijal lelaki pemimpin sebuah rumahtangga,” akhiri Ebit.
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.