Juri tetap Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) menyifatkan kesemua finalis tahun ini punya harapan untuk begelar juara program realiti tahunan itu.

Malah maestro muzik itu juga tidak menafikan juara tahun ini sukar untuk diramal.

“Kalau Lihat Aweera Dua Hari Lepas, Dia ‘Pijak’ Semua Orang,” – Ramli MS Akui Juara GV8 Sukar Diramal “Kalau Lihat Aweera Dua Hari Lepas, Dia ‘Pijak’ Semua Orang,” – Ramli MS Akui Juara GV8 Sukar Diramal

“Yes… anybody boleh jadi (juara). Tapi (bagi) saya melihat ada dua nama yang saya tidak boleh beritahulah. Akan tetapi saya terus teranglah, kalau melihat kepada Aweera dua hari lepas, dia ‘pijak’ semua orang,” katanya.

Ramli sebelum ini mendedahkan dia terkejut dengan keupayaan penyanyi itu ketika melakukan sesi latihan beberapa hari lalu.

“Kalau saya tengok Aweera ketika rehearsal, dia ada lagi 30 peratus lagi bagus. Saya agak terkejut. Dia bertukar. Sejak sembilan minggu bersama, ketika sesi latihan dua hari tu, macam bukan dia yang menyanyi.

IKLAN

“Jadi hari ini yang kamu tengok, dia bagus. Tapi dua hari lepas dia lagi bagus. Mungkin kerana gementar dan sebagainya. Tapi saya sangat gembira bagi pihak dia,” katanya lagi.

Aweera menyampaikan lagu Kerja Gila dari Amy dan Fantasia Bulan Madu (Search).

Terdahulu, Ramli yang sinonim disapa Tok Ram mengulas mengenai penyingkiran dua bintang pada saingan konsert separuh akhir yang berlangsung malam tadi.

Ramli berkata, Shidee dan Ani Maiyuni tidak melaksanakan tugasan (lagu) yang diberi dengan baik.

IKLAN

“Sepertimana semua lihat, markah kedua-dua mereka (Shidee & Ani Maiyuni) paling rendah. Shidee memang sudah dijangka, manakala nyanyian Ani kedua-dua lagu tidak begitu bagus. Lagu slow dan fast macam berlenggang.

“Juri sebulat suara dan kalau tengok pengiraan markah pun agak sepadan dengan persembahan mereka. Execution persembahan mereka juga tidak begitu bagus,” katanya.

Semalam, Shidee menyampaikan lagu Sedetik Lebih yang dipopularkan oleh Anuar Zaindan Kerna Dia (Yassin Sulaiman) memperoleh markah terendah iaitu 58.30 peratus

Sementara Ani Maiyuni meraih markah sebanyak 61 peratus, turut gagal lolos ke malam kemuncak GV8. Ani membuat persembahan menerusi lagu Sumpah dari Aina Abdul dan Let Get Loud (Jennifer Lopez).

IKLAN

“Kalau Lihat Aweera Dua Hari Lepas, Dia ‘Pijak’ Semua Orang,” – Ramli MS Akui Juara GV8 Sukar Diramal

Kali ini, kesemua bintang Datuk Ramli Ms, Datuk Syafinaz, Hetty Koes Endang sebagai juri tetap.

Pelakon Datuk Rosyam Nor pula diundang sebagai juri jemputan minggu ini.

GV8 dihoskan Nabil Ahmad bergandingan dengan Jihan Muse dan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI