Pengarah dan penerbit Kotaki Studios Sdn Bhd, Kyle A Halim memberi kepercayaan kepada model yang juga pelakon sensasi, Alicia Amin bagi menggalas tanggungjawab menerajui filem sulung arahannya berjudul The Disappearance of Irdina Adhwa.

Menurut Kyle, dia memilih untuk tidak mengambil pusing sekiranya ada pihak yang mempertikaikan tindakannya memilih bintang cantik sebagai antara pelakon yang membintangi filem genre thriller dan seram itu.

Jelasnya lagi, dia tidak melihat hal luaran atau persepsi yang dilemparkan terhadap seseorang pelakon kerana kemampuan seseorang pelakon itu melaksanakan tugas diberi menjadi keutamaannya.

Pengarah & Penerbit Kyle A Halim Dedah Sikap Sebenar Alicia Amin Sepanjang Shooting – “Dia Mesra, Mudah Didekati Dan…” Pengarah & Penerbit Kyle A Halim Dedah Sikap Sebenar Alicia Amin Sepanjang Shooting – “Dia Mesra, Mudah Didekati Dan…” Pengarah & Penerbit Kyle A Halim Dedah Sikap Sebenar Alicia Amin Sepanjang Shooting – “Dia Mesra, Mudah Didekati Dan…”

“Asalnya, saya memilih pelakon lain. Bagaimanapun, disebabkan tiada kata persetujuan, pengurus produksi mencadangkan nama Alicia. Saya bersetuju dan tidak menganggap pemilihan Alicia sebagai satu masalah.

“Bagi saya, bukan kontroversi atau sensasi jadi ukuran, tetapi saya mahukan pelakon yang boleh membawa karakter dengan baik. Kali pertama bertemunya, nyata dia berbeza dengan persepsi yang dilemparkan kepadanya. Jauh beza bagaikan bumi dengan langit.

IKLAN

“Bagi saya dia seorang yang mesra, mudah didekati dan sangat baik hati. Dia tahu saya berasal dari Sandakan, Sabah dan tinggal bersendirian sepanjang penggambaran di Semenanjung Malaysia, jadi, dialah yang selalu mengambil berat mengenai saya,” katanya.

Mengulas pemilihan Alicia sebagai teraju utama sebagai Sofia, Kyle menambah, kebolehannya bertutur dalam dialek Sabah dengan baik menjadi salah satu faktor.

“Naskhah ini menggunakan 20 peratus dialek Sabah, selebihnya bahasa Melayu. Jadi, pemilihan Alicia sangat bertepatan kerana mampu bertutur dengan baik.

“Saya memang terkejut kerana Alicia bukan berasal dari Sabah. Tetapi, rupa-rupanya, Alicia kerap ke Sabah untuk menyertai Pesta Kaamatan,” katanya lagi.

IKLAN

Pengarah & Penerbit Kyle A Halim Dedah Sikap Sebenar Alicia Amin Sepanjang Shooting – “Dia Mesra, Mudah Didekati Dan…” Pengarah & Penerbit Kyle A Halim Dedah Sikap Sebenar Alicia Amin Sepanjang Shooting – “Dia Mesra, Mudah Didekati Dan…” Pengarah & Penerbit Kyle A Halim Dedah Sikap Sebenar Alicia Amin Sepanjang Shooting – “Dia Mesra, Mudah Didekati Dan…”

Filem The Disappearance of Irdina Adhwa yang menjalani penggambaran di Melaka dan Kundasang, Sabah selama 15 hari mengisahkan Sofia menyertai tujuh rakan kolej bercuti dan berkelah sebaik majlis graduasi selesai.

Namun, berlaku kejadian tidak diingini dan diselubungi misteri apabila salah seorang rakannya terbunuh ketika mereka menginap di sebuah rumah peranginan pada malam pertama.

IKLAN

Bagaimanapun, Sofia dan rakan-rakannya terperangkap dalam rumah peranginan berkenaan dan tidak boleh keluar minta pertolongan untuk menyelamatkan diri.

Selain Alicia, filem sulung terbitan Kotaki Studios itu turut dibintangi Syazuwan Hassan, Josiah Hogan, Bulan Terry, Nafiz Muaz, Melanie Tan, Nelissa Nizam, Hasmira Azmi dan Abbas Mahmoud.

Ia bakal menemui penonton menerusi tayangan di Astro First pada 24 Februari ini.

Pengarah & Penerbit Kyle A Halim Dedah Sikap Sebenar Alicia Amin Sepanjang Shooting – “Dia Mesra, Mudah Didekati Dan…” Pengarah & Penerbit Kyle A Halim Dedah Sikap Sebenar Alicia Amin Sepanjang Shooting – “Dia Mesra, Mudah Didekati Dan…” Pengarah & Penerbit Kyle A Halim Dedah Sikap Sebenar Alicia Amin Sepanjang Shooting – “Dia Mesra, Mudah Didekati Dan…”

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI