Pelakon cantik, Zahirah MacWilson ada memberi bayangan dia dan kekasihnya, aktor Aiman Hakim Ridza bakal bertunang.

Bagaimanapun, ia hanya mungkin akan berlaku selepas keduanya selesai penggambaran MegaDrama berjudul Curi-curi Cinta.

Malah, bintang cantik berusia 24 tahun itu juga turut tidak dapat memberikan jawapan pasti mengenai ikatan tersebut kerana semuanya bergantung kepada jadual kerjaya.

“Buat masa ini belum ada perbincangan secara terperinci mengenai itu, tapi dia ada datang bawa keluarga dia berjumpa dan berkenalan dengan ibu bapa

“Mungkin dia akan datang sekali lagi masa bulan puasa, apapun saya nak habiskan shoot ni semua insyallah selepas itu kita tengok macam mana,” katanya seperti yang dipetik mStar Online.

IKLAN

Selain berkongsi mengenai perancangan untuk bertunang, Zahirah juga mengakui dia tidak berasa kekok berlakon sama dengan kekasih hati.

Malah kongsinya, Aiman seorang yang bijak sekali gus mudah untuk dibawa berbincang.

IKLAN

“Berlakon dengan Aiman sangat mudah, keserasian antara kami memang dah ada, dia juga seorang yang bijak jadi mudah untuk kami duduk dan berbincang.

“Sebenarnya lebih mudah untuk kami bekerja bersama. Tiada rasa janggal untuk berlakon bersama walaupun dia teman lelaki saya. Dia profesional.

IKLAN

“Aiman juga bukan seorang yang cemburu atau jenis yang kuat kongkong,” katanya yang kini sibuk menjalani penggambaran MegaDrama Curi-curi Cinta sebanyak 28 episod.

Drama berkenaan bakal menemui penonton 29 April depan.

Foto: Instagram Zahirah MacWilson

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI