Pelakon Azhar Sulaiman mendedahkan dia terbuka jika anak perempuannya, Kasih Iris Leona, ditakdirkan bertemu jodoh dengan lelaki lebih berusia atau menjadi isteri kedua.

Menurut Azhar, sebagai seorang bapa, dia enggan memberi tekanan dalam hal jodoh dan percaya bahawa Leona berhak mencari kebahagiaan dengan caranya sendiri.

“Kalau Bahagia Bermadu, Saya Terima” – Azhar Sulaiman Terbuka Soal Jodoh Leona

“Anak muda sekarang termasuklah Leona agak susah nak mencari jodoh. Saya pun tak tahu kenapa. Mungkin mereka perlu berani ambil peluang. Sama seperti saya dahulu.

“Buat Leona, saya tak kisah siapa pun jodohnya. Kalau ditakdirkan dia menjadi isteri kedua, saya terima sahaja. Ajal, jodoh dan rezeki ini di tangan Tuhan.

“Jika kebahagiaannya dengan hidup bermadu, kita kena terima. Saya terbuka dengan apa sahaja keputusannya,” katanya kepada MH.

Azhar berkongsi pandangan tersebut ketika ditemui di majlis Sidang Media & Tayangan Perdana Drama Hilang Kasyorga di TGV One Utama, Petaling Jaya pada Khamis.

Ads

Azhar membintangi drama terbitan County & Universal dan Unifi TV itu, yang diarahkan oleh Feroz Kader.

Ia bakal ditayangkan di saluran Unifi DEGUP bermula 23 Jun depan.

Utamakan Keserasian & Pendidikan

Dalam pada itu, Azhar juga berkata dia tidak mahu hubungan cinta anaknya berlaku secara paksaan.

Sebaliknya, biarlah hubungan itu terjalin secara semula jadi dan ikhlas.

Ads

“Kalau Bahagia Bermadu, Saya Terima” – Azhar Sulaiman Terbuka Soal Jodoh Leona

“Jika mak ayah suka ‘individu A’ tapi dia tidak bagus untuk anak kita, hubungan itu tidak akan menjadi juga untuk jangka masa yang lama.

“Sesiapa pun yang mereka pilih, harapnya itulah yang terbaik dan menjadi penambahan yang sempurna dalam keluarga kami.

Ads

“Saya selalu pesan kepada anak-anak agar carilah pasangan yang sesuai dengan keluarga kita. Dia boleh bergaul dengan saya, isteri, adik beradik dan ahli keluarga yang lain,” ujarnya lagi.

Walaupun tidak menetapkan syarat, Azhar berharap bakal menantunya mempunyai latar belakang pendidikan yang baik.

“Kalau Bahagia Bermadu, Saya Terima” – Azhar Sulaiman Terbuka Soal Jodoh Leona

“Saya tak kisah dia kaya atau tidak tapi mestilah seseorang yang boleh menjaga mereka dengan baik. Sekurang-kurangnya perlu ada diploma atau ijazah.

“Tiada duit pun tak mengapa. Itulah yang akan membantu mereka bertahan dalam waktu yang lama. Saya nak mereka jalani kehidupan yang normal,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI