Pelakon Amar Baharin mengakui memilih untuk terus fokus dalam kerjaya yang dilakukan sekarang, berbanding memikirkan mengenai soal kecaman atau mencipta ‘marketing viral’ di media sosial.

Menurut Amar,35, dia selesa dengan cara tersebut dan hanya bersembang mengenai isu viral yang berlaku bersama isteri yang juga pelakon, Amyra Rosli di rumah.

“Kalau Ada Isu Pun, Saya Hanya Bercakap Bersama Isteri Di Rumah,” – Amar Baharin Bukan Jenis Yang Ekspres Semua Benda Di Media Sosial “Kalau Ada Isu Pun, Saya Hanya Bercakap Bersama Isteri Di Rumah,” – Amar Baharin Bukan Jenis Yang Ekspres Semua Benda Di Media Sosial

“Saya suka buat hal sendiri, tak suka campur hal orang atau nak terjebak dalam benda yang viral. Kalau ada isu pun, kadang-kadang saya hanya bercakap mengenainya bersama isteri saja di rumah.

“Saya bukan jenis suka ekspresikan semua perkara di media sosial. Jadi kalaulah ada orang yang mengecam saya, saya tak kan buat apa-apa pun.

“Nak marah atau maki pada orang yang kecam itu pun, bini saya sajalah yang dengar. Saya tak suka nak dapatkan publisiti yang sedemikian,” katanya.

IKLAN

“Kalau Ada Isu Pun, Saya Hanya Bercakap Bersama Isteri Di Rumah,” – Amar Baharin Bukan Jenis Yang Ekspres Semua Benda Di Media Sosial “Kalau Ada Isu Pun, Saya Hanya Bercakap Bersama Isteri Di Rumah,” – Amar Baharin Bukan Jenis Yang Ekspres Semua Benda Di Media Sosial

Amar ditemui pada pelancaran kempen Ramadan Astro, Buka Lembaran Baharu di Bukit Jalil, baru-baru ini.

Bapa kepada dua cahaya mata ini turut menjelaskan, isu viral yang melibatkan seseorang selebriti biasanya hanya bersifat sementara.

“Kalaulah semua selebriti anggap perkara viral itu perlu, ertinya bahagian yang kata ia ‘tidak perlu’ tu saya sajalah.

IKLAN

“Bagi saya, mereka mungkin akan dapat perhatian bila ada isu viral melibatkan diri mereka, tapi ia mungkin tidak akan bertahan lama,” katanya lagi.

“Kalau Ada Isu Pun, Saya Hanya Bercakap Bersama Isteri Di Rumah,” – Amar Baharin Bukan Jenis Yang Ekspres Semua Benda Di Media Sosial “Kalau Ada Isu Pun, Saya Hanya Bercakap Bersama Isteri Di Rumah,” – Amar Baharin Bukan Jenis Yang Ekspres Semua Benda Di Media Sosial

Dalam perkembangan lain, Amar kini sibuk di lokasi penggambaran drama rantaian 65 episod, Hati Yang Dikhianati, naskhah adaptasi siri telenovela, Mis Tres Hermanas yang cukup popular pada 2000.

IKLAN

“Drama ini bakal bersiaran pada 12 April jam 6.00 petang, Isnin hingga Jumaat menerusi slot Tiara di Astro Prima. Ia 80 peratus sama dengan cerita asal, tetapi watak kami sedikit berbeza seiring dengan budaya kita.

“Saya pegang watak Santiago (Zuhri Elyas). Drama ini pernah menjadi fenomena sewaktu ia ditayangkan di seluruh dunia. Saya tidak rasa tertekan bila nak bawakan watak tersebut, cuma ia lebih kepada perkongsian bahawa satu ketika dulu ada sebuah drama menarik yang mungkin ada yang tak berkesempatan untuk tonton.

“Sekarang peluang kepada generasi baru untuk tahu serba sedikit mengenai sebuah kisah yang popular di negara ini,” katanya.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI