Anak tiri penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid ada berkongsi wajah cahaya mata kedua penyanyi berkenaan yang selamat dilahirkan pada pukul 6.21 pagi Isnin.

Berkongsi berita gembira itu menenerusi Instagram, Asyaf turut memaklumkan proses kelahiran berjalan lancar dan mendoakan agar Allah SWT permudahkan urusan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Asyraf Khalid™ (@asyrafkhalid)

“Pagi ini, saya menerima seorang lagi adik lelaki seberat 3.84 kilogram. Alhamdulillah, bayi sihat dan segalanya nampak baik.

“Tahniah ayah dan Mak Iti. Syukur segalanya berjaya lancar untuk Mak Iti.

Semoga Allah permudahkan segala urusan Mak Iti dan ayah untuk membesarkan anak yang baru lahir ini menjadi anak yang soleh dan anak yang berbakti pada agama kita, keluarga kita dan seluruh umat Muhammad,” tulisnya sebagai kapsyen.

IKLAN

Meninjau ke ruangan komen, para peminat dan rakan selebriti turut sama teruja dan memuji kecomelan bayi lelaki seberat 3.84 kilogram ketika dilahirkan itu.

Malah, kebanyakannya juga turut menitipan ucapan tahniah beserta doa buat Siti seisi keluarga.

“Alhamdulillah… Syukur… baby sihat.. comel sangat,” titip seorang peminat.

IKLAN

“Pipi….,” tulis seorang peminat lainnya beserta emoji.

“Alhamdulillah, tahniah @ctdk. Semoga Allah jadikan anugerah ini anak yang soleh serta penyejuk mata ibu dan ayah. Amin,” satu lagi titipan doa daripada peminat.

“Comelnya, bulat dia. Ahamdulillah,” antara komen yang turut terpapar.

IKLAN

Sementara itu, pihak pengurusan Siti iaitu Siti Nurhaliza Productions Sdn Bhd menerusi satu kenyataan menjelaskan, penyanyi lagu Anta Permana anak yang baharu dilahirkan itu berada dalam keadaan baik dan sihat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Sekadar informasi, Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa berkahwin pada 21 Ogos 2006, dikurniakan cahaya mata pertama, Siti Aafiyah yang kini mencecah usia tiga tahun.

“Jadikan Anugerah Ini Anak Soleh Penyejuk Mata Ibu & Ayah…Amin,” – Asyraf Khalid Kongsi Wajah Comel Baby Boy Siti, Instagram Dihujani Doa, Peminat Tumpang Gembira “Jadikan Anugerah Ini Anak Soleh Penyejuk Mata Ibu & Ayah…Amin,” – Asyraf Khalid Kongsi Wajah Comel Baby Boy Siti, Instagram Dihujani Doa, Peminat Tumpang Gembira

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Foto: Instagram Asyraf khalid, Siti Nurhaliza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI