Pelakon, Fasha Sandha ada memuat naik beberapa keping foto setelah selesai menunaikan solat sunat tarawih bersama bakal keluarga mentua Elisya Sandha.
Di samping menitipkan ucapan terima kasih kepada keluarga pengarah dan penerbit Sheila Rusly, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan turut serta berbuka puasa bersama.
“Syukur Alhamdulillah untuk hari ini
Ads
Terima kasih @jinggo_jspictures @sheilarusly_jspictures dan Family diatas jemputan berbuka dan masakkan kami sekeluarga. Alhamdulillah,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.
Baru-baru ini, usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida ada berkongsi cerita mengenai perihal anak perempuanya, Cik B yang dilihat sedang belajar menjahit bersama dengan seorang ustaz.
Difahamkan, Cik B belajar membaca Al-Quran bersama dengan ustaz tersebut dan rutin ini sudah dilakukan oleh DSV sekeluarga pada bulan Ramadan tahun lalu.
Penyanyi yang sinonim dengan lagu I Am Me ini memuat naik momen tersebut menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.
Di samping meluahkan rasa teruja, Vida juga mendoakan agar anak perempuannya itu menjadi seorang perempuan yang sejati.
“Tiber @cikb_havoc66 nak belajar jahit..DOAKAN CIK B BOLE BOLE JADI POMPUAN SEJATI.
“CANTIK KURUS LEMAH LEMBUT PANDAI BUSNESS PLEASE,” tulisnya.
Imbas kembali, Vida berkahwin dengan Mohd Amin tahu pada 2000 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Nur Edlynn Zamilleen dan Muhammad Eric Zaquan.
Bagaimanapun, Muhammad Eddie Zuhdie, 11, dan Muhammad Edrie Zikrie,10, meninggal dunia dalam kejadian kebakaran di rumah Vida di Meru Hill, Ipoh tiga hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2013.
Vida sah bercerai dengan Mohd Amin pada tahun 2008 iaitu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.
Foto: Instagram DSV
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah yang baru-baru ini terkait dengan kisah sensasi melibatkan beberapa posting di laman Instagram miliknya, tampil meminta maaf kepada semua di atas khilaf yang pernah dilakukan sebelum ini.
Mengambil keberkatan Ramadan, bintang berusia 32 tahun ini turut meminta ramai agar mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Titipan luahan dan permohonan maaf itu dikongsikan pemilik nama lengkap Nonny Nadirah Zainuddin itu menerusi Insta Story.
“Assalamualaikum. Saya rindu semua. Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan, saya Nonny Nadirah ingin memohon maaf di atas segala salah dan silap saya yang terang mahupun yang tersembunyi.
“Doakan yang terbaik buat saya. Lillahi Ta’ala saya sayang semua kerana Allah. Keluarga, sahabat, peminat maaf dan terima kasih untuk segalanya.
Menerusi posting sama, Nonny turut memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut, dipercayai mengenai kontroversi hangat membabitkan dirinya, baru-baru ini.
“I reserve all my comment. Hanya Allah saja yang mengetahui segala isi hati. Minta maaf. Minta maaf. Minta maaf.
“Jangan tinggalkan yang fardhu, buatlah yang termampu. Mana yang baik, ambil kerana semua itu datangnya dari Allah. Yang tak baik itu saya,” tulisnya.
Dia pada masa sama turut mengakui, setiap individu melalui ujian yang berbeza-beza di antara satu sama lain.
“Setiap individu itu melalui fasa ujian yang berlainan. Apapun yang korang cakap, saya terima dengan hati yang terbuka. Saya sayang anda. Selamat berpuasa semua. Tc,” tulisnya lagi.
Foto: Instagram Nonny Nadirah, carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Media sebelum ini ada melaporkan mengenai pejabat dan kiosk jualan Amaris My Tart yang diusahakan pelakon Putra Amaris telah dipecah masuk yang seterusnya menyebabkan operasi perniagaan terganggu selain ada pekerja yang berhenti.
Menurut Amaris, 36, ia menjadi antara ujiannya di dalam melaksanakan program Infaq Ramadan bermula 10 hingga 20 April ini, seiring dengan sambutan bulan Ramadan tahun ini.
Pemilik nama sebenar, Amran Ismail berkata, dia menganggap setiap cabaran yang dilalui adalah ujian yang akan digantikan dengan sebuah kemanisan oleh Allah SWT.
“Nak buat perkara baik memang akan ada saja ujian. Macam saya buat Infaq Ramadan ini, pekerja berhenti dua hari sebelum program berlangsung.
“Itu belum lagi pejabat dan kiosk jualan Amaris My Tart dipecah masuk. Malah, kami punya operasi jualan dalam masa dua bulan ini terganggu untuk ejen, pasukan dan stok.
“Ujian yang datang ini pada saya Allah nak beri lebih baik selepas ini. Saya juga anggap setiap ujian adalah satu kemanisan. Jadi, kalau nak cakap mengenai ujian ada banyak. Saya yakin ini semua ujian Allah.
“Disebabkan itu, dalam melaksanakan program ini, saya yakin Allah bantu. InsyaAllah, perkara baik Allah mudahkan urusan,” katanya.
Memberi sasaran untuk memberikan bantuan kepada kira-kira 500 keluarga asnaf, rumah anak-anak yatim dan rumah anak-anak tahfiz sepanjang 11 hari program dijalankan, Amaris bagaimanapun tetap optimis di dalam menerusi misi murni ini.
“Selain itu, kami juga pergi ke rumah penjagaan orang tua membabitkan kelainan upaya (OKU) dan gelandangan. Tapi fokus utama sepanjang Ramadan ini adalah golongan asnaf di mana kami akan pergi rumah ke rumah. Sasaran kami di sekitar Kuala Lumpur, Lembah Klang, Shah Alam dan Klang.
“Alhamdulillah, setakat ini sumbangan untuk 500 rumah itu sudah cukup dari segi wang ringgit, makanan dan barang keperluan harian. Cuma perlukan lebih lagi untuk teruskan bantuan. Kalau ada lebih lagi, lagi bagus dan boleh berikan lebih lagi.
“Sebenarnya kita pun tak tahu apa mereka perlukan. Apabila sampai ke tempat mereka, ada barang yang penting diperlukan. Jadi, itu antara barang tambahan yang perlu diberikan. Lebih banyak yang menyumbang dan menginfaq, lebih banyak penerima manfaat terima,” katanya.
Sementara itu bagi Naib Presiden, Operasi, Penjualan & Latihan Penyet Penyet.com Nurul Fakri Arshaf berkata, pihaknya berlapang dada dan terbuka bekerjasama dalam program Infaq Ramadan Putra Amaris kerana ingin berkongsi rezeki.
“Kami sudah buat infaq ini sejak beberapa bulan lalu. Alasannya sebab nak berkongsi rezeki dengan semua orang. Sebelum ini kami memberi fokus kepada badan kebajikan, jadi bulan Ramadan ini nak menyasarkan untuk mencapai 1500 pek makanan sehari untuk diedarkan selama 26 hari termasuk dalam program ini.
“Jadi, kita mengharapkan pengedaran yang dibuat dalam program ini mampu bekongsi rezeki. Kita harapkan bahawa, sumbangan yang dapat daripada orang ramai, syarikat swasta dan orang perseorangan akan disalurkan dengan cara edarkan makanan kepada mereka,” katanya.
Sementara itu, Pengasas bersama Chef Tako, Muhammad Misyael Abd Rama pula berkata, pembabitan mereka pada program itu adalah saham akhirat bersama hampir 700 usahawan mereka.
“Terima kasih kepada Putra Amaris kerana jemput kami dalam program Infaq Ramadan ini. Pembabitan kami lebih kepada nak bantu memperbanyakkan lagi sumbangan. Kami adalah syarikat usahawan dan membimbing usahawan lain, jadi kami ingin menjadi penyalur kepada mereka.
“Hasil jualan mereka kami akan ambil sedikit untuk disumbangkan dalam program ini. Pendek kata ia menjadi saham akhirat untuk dikongsi. Hampir 700 usahawan kami terbabit dalam program ini di semua lakasi. Bukan saja makanan, tapi juga wang ringgit dan barang keperluan,” katanya.
Bagi yang ingin membuat infaq sepanjang Ramadan ini boleh salurkan sumbangan anda ke akaun SAMA SAMA KENYANG (562405646664 – Maybank).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan sensasi, Rozita Che Wan, kini bergelar ibu mentua apabila anak sulungnya, Ammar Effendy Azuar Effendy, selamat diijabkabulkan dengan pilihan hati, Auni...