Penyanyi, Datin Alyah menjawab tuduhan warganet di Instagram yang dihantar menerusi mesej peribadi (DM) yang mendakwa dirinya melanggar prosedur operasi standard (SOP) susulan keberadaannya ke Langkawi baru-baru ini.
Alyah, 40, terbang ke pulau peranginan itu bagi menjalani penggambaran video muzik single terbarunya, Thank You Allah dari 4 hingga 7 April.
“Sejak saya berada di Langkawi, pelbagai DM yang saya terima antaranya seperti yang saya muat naik di media sosial. Itu belum lagi nombor tak dikenali. Salam tidak apa pun tidak, terus maki hamun saya persoal itu dan ini mengenai SOP.
“Saya masih seorang penyanyi dan bekerja di bawah syarikat rakaman sendiri. Sebagai peniaga muzik saya harus mengeluarkan lagu bagi memastikan perniagaan ini berterusan. Ia bukan hanya pada halwa telinga sahaja, tapi pihak saya perlu juga mengeluarkan produk dalam bentuk visual juga.
“Pihak saya dan pasukan Like Music Sdn Bhd ke Langkawi kerana atas urusan kerja bagi menyiapkan video muzik lagu terbaru saya Thank You Allah. Apa yang diusulkan oleh anda yang macam tak puas hati terhadap saya, memang betul ia terjadi tapi semuanya atas pemintaan bagi menyiapkan video muzik terbaru saya.
“Saya tak naik kapal persiaran untuk suka-suka dan tidak berkeinginan pun ke Langkawi kalau setakat nak tukar baju fesyen. Kami sedaya-upaya menyediakan segala dokumen perjalanan dan surat kebenaran daripada pihak berkuasa. Kalaulah saya tak cerdik juga, saya minta maaf,” katanya.
Ads
Menerusi hantaran itu, Alyah yang juga isteri kepada pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS turut memuat naik surat permohonan merentas negeri bagi menjalankan penggambaran tersebut.
Alyah turut berkongsi surat atau permit perniagaan yang didaftarkan atas nama syarikatnya iaitu Like Music Entertainmnet yang masih sah sehingga 18 Januari 2024.
Adik kepada pelakon Uqasha Senrose, Raysha Rizrose menyatakan rasa sebak selepas kakaknya itu telah pun selamat dirisik, hari ini.
Menerusi majlis yang dilangsungkan di sebuah hotel terkemuka dengan dihadiri ahli keluarga kedua-dua belah pihak, Uqasha Senrose, 29, dirisik kekasihnya juga pelakon, Kamal Adli, 35.
Raysha, 25, turut sebak dan dalam masa sama gembira apabila kakaknya bakal melangkah ke alam perkahwinan.
“Kamal bersama ibu bapa dan keluarganya baru datang merisik. Belum bertunang lagi. Sebagai adik, alhamdulillah, satu langkah sudah selesai.
“Sebelum ini hanya persiapan saja, apabila sudah merisik dan bakal ke fasa seterusnya, sudah tentu membuatkan saya sebak dan dalam masa sama gembira.
“Harapnya semua yang dirancang berjalan lancar. Mereka buat banyak majlis nanti, jadi kami siap sedialah akan sibuk,” katanya.
Juara Dewi Remaja 2015 turut mendedahkan, kegembiran pada wajah kakak tersayang jelas terpancar sejak menjalin hubungan dengan Kamal.
“Sebelum ini kakak melalui banyak dugaan bercinta. Apabila dia sudah jumpa jodoh sebenar, saya gembira tengok dia.
“Malah, memang jelas kelihatan wajah kegembiraan kakak apabila dengan Kamal. Dia juga sudah bersedia untuk menjadi isteri dan melayari bahtera perkahwinan,” katanya.
Terdahulu, Kamal membuat kejutan apabila melamar Uqasha sewaktu tampil berpasangan menjadi penyampai pada Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020) pada Disember tahun lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas muncul dengan dua single iaitu Bertahan pada Oktober dan Terbang Tinggi, Fhan atau nama sebenarnya, Muhammad Farhan Alias Fahn,31, kini muncul dengan single berjudul Terang.
Single yang dilancarkan sejak 5 Mac lalu itu merupakan lagu ciptaan Lucka Sickta dan lirik oleh Asyraf Nasir, Lucka Sickta dan Han Kabir itu.
Berkolaborasi dengan dengan Bella Iris, Fahn bermula sebagai penyanyi dan rapper profesional tahun lalu pada usia 30 tahun.
“Bagi saya untuk berkarya tak semestinya usia muda. Berkarya bila-bila saja boleh. Sebab saya nak ekspresikan perasaan dan mesej dalam lagu untuk beri motivasi kepada pendengar dan nak beritahu apa yang berlaku di sekeliling kita. Dalam erti kata lain nak mendidik mereka menerusi lagu.
“Sebab itu menerusi lagu pertama dan kedua lebih kepada mesej situasi yang dihadapi dalam negara sekarang iaitu lagu Bertahan lebih kepada situasi Covid-19 sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan pertama tahun lalu dan Terbang Tinggi pula khas untuk mereka yang terbabit dalam bidang penerbangan yang terkesan.
“Sementara single terbaharu, Terang pula didedikasikan kepada semua untuk mencapai lebih baik dalam kehidupan di mana kena berusaha, tapi dalam perjalanann itu akan berdepan cabaran. Apa-apa pun jangan putus asa.
“Jadi, bagi saya pekerja apa pun kena ada usaha dan matlamat,” katanya.
Fhan berkata, lagu Terang itu sedikit sebanyak diambil daripada pengalaman yang melalui liku liku dan jatuh bangun dalam kehidupan termasuk perniaagaan diusahakan.
“Lagu terang ini juga berdasarkan pengalaman saya yang mana pernah melalui liku-liku kehidupan turun dan naik dalam kerjaya. Sebab saya buat banyak kerja bukan saja terbabit dalam bidang muzik tapi juga sebagai jurugambar, juruvideo dan pereka hiasan dalaman. Pendek kata pelbagai kepakaran.
“Kiranya, insiden kena tipu adalah biasa seperti klien tak nak bayar walaupun kerja sudah disiapkan. Perkara seperti ini yang buatkan saya tampil dengan lagu Terang. Walaupun sudah terkena, tapi jangan putus asa, sebab terang akan datang,” katanya.
Fhan yang turut mempunyai syarikat hiasan dalaman, Petapattern Studio sejak empat tahun lalu berkata, dia pernah ditipu puluhan ribu ringgit.
“Soal kena tipu dalam perniagaan ini sudah banyak kali terkena mencecah puluhan ribu juga. Namun, ini semua mematangkan saya untuk lebih kenal kehidupan.
“Ada juga jumpa orang yang hanya pandai sembang, tapi akhirnya dia ‘sapu’ sendiri. Orang seperti Ini buatkan saya lebih berhati-hati dalam nak bekerjasama, berkawan dan sebagainya.
“Sejak menubuhkan syarikat hiasan dalaman ini diakui perlukan pelaburan besar. Alhamdulillah, melihatkan hasilnya sekarang saya berasa berbaloi dan boleh nampak peningkatan.
“Ia semua berkat usaha dan tak putus asa. Bermula dengan kecil-kecil, syukur sehingga sekarang sudah ada klien membabitkan projek besar,” katanya.
Berkongsi mengenai kerjaya muzik, Fhan yang meminati genre Hip Hop menjadikan legenda duo rapper, Too Phat sebagai idola selain beberapa bintang rapper antarabangsa lain.
“Saya minat rap sejak dari tingkatan satu lagi. Ketika itu saya memang layan lagu-lagu Too Phat. Kiranya rap dekat dengan jiwa saya. Bukan apa, apabila menjadi rapper kita boleh bercerita dan ekspresi perasaan menerusi lirik lagu itu.
“Saya menganggap menjadi rapper ini adalah bakat semulajadi begitu juga dengan kerjaya sebagai jurufoto dan juruvideo. Semuanya disebabkan minat dan akhirnya menjadi. Melainkan sebagai pereka hiasan dalaman yang mana saya memang belajar.
“Selain Too Phat, saya juga mengidolakan Altimet selain generasi baru seperti Lucka Sickta. Kalau luar negara seperti Lupe Fiasco,” katanya.
Menurut Fhan, disebabkan minat mendalam itu dia berasakan tidak ada yang mustahil untuk dirinya terus melangkah jauh dalam bidang muzik biarpun perlu bersaing dengan penyanyi atau rapper muda.
“Menjadi orang yang memiliki kebolehan pelbagai sangat berbaloi. Inilah usaha saya buat untuk ada kemajuan dalam hidup. Zaman sekarang tak boleh satu benda saja, sebab tak tahu mana bidang yang akan pergi. Semua benda yang kita buat akan ada percaturan yang Allah dah letak.
“Masuk bidang muzik, saya nak membina nama dan sampaikan mesej dalam lagu untuk orang dekat dengan bisnes dan karya saya. Dalam soal persaingan, bukan lebih persaingan tapi lebih kepada mesej apa yang nak disampaikan. Rapper lain bukan pesaing kerana setiap orang ada kelebihan dan keunikan masing-masing.
“Disebabkan muzik adalah minat saya, saya menyasarkan setiap tahun akan ada beberapa lagu,” katanya.
Lagu Terang sudah boleh distrim dan didengar di semua pelantar muzik digital dan video muzik boleh ditonton di saluran YouTube Universal Music Malaysia.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.