Kakak Dah Bergelar Isteri, Ruhainies Tak Nafi Ada Bertanya Bila Pula Gilirannya – “Bukan Tahun Ini, Saya Serah Pada Aturan Allah SWT.”

Pelakon Ruhainies menzahirkan saya syukur dan gembira atas perkahwinan kakak, Risteena dengan suaminya yang juga pelakon, Isa Khan.

Majlis yang berlangsung pada 12 Mac lalu itu berjalan lancar meski diadakan dalam norma baharu.

“Pada usianya yang mencecah 32 tahun, akhirnya inilah jodoh dia. Selamanya saya asyik terfikir, siapalah jodohnya nanti, rupanya Isa. Jadi bila sudah sah, saya rasa gembira. Sedih pun ada sebab kakak saya sudah ada yang ‘ambil’.

“Isa seorang lelaki yang sangat baik dan masing-masing saling mencintai di antara satu sama lain, alhamdulillah,” katanya kepada MH.

Ditanya mengenai hari bahagianya pula, Ruhainies yang diketahui sedang menjalin hubungan istimewa bersama lelaki yang dikenali sebagai Elf Johan mengakui masih belum ada perancangan untuk menamatkan zaman bujang.

“Saya tiadalah lagi perancangan ke arah itu (mendirikan rumah tangga) memandangkan jadual lakonan sudah pun penuh hingga hujung tahun.

IKLAN

“Memang padat memandangkan projek terdahulu terpaksa ditangguhkan atas situasi pandemik. Jadi kini, kebanyakkan kembali buat penggambaran. Ada yang perlu dianjakkan tarikh sampailah hujung tahun.

“Jadi, tahun ini perancangan ke arah itu belum lagi,” katanya jujur.

Tidak boleh lari daripada terus ditanya mengenai perkara itu, dia yang bakal muncul menerusi drama bersiri, Cukup Derita Itu meminta ramai mendoakan yang terbaik.

“Saya sudah jangka, bila kakak sudah berkahwin pasti ada yang akan tanya bila pula giliran saya. Apa pun saya serahkan pada aturan Allah SWT.

“Sebab macam Risteena sendiri, dia rancang kahwin November tahun lalu tetapi jodohnya bulan ini. Kita hanya merancang, tapi Dia yang menentukqn segalanya. Doakanlah yang baik-baik.

IKLAN

“Saya dan si dia adalah juga berbincang mengenai perkara itu, tapi tidaklah terlalu serius. Keluarga pun tidak juga asak dan bertanya bila nak berkahwin.

“Kami sudah tahun keempat bersama, minta kalian doakan sahaja. Kalau ada jodoh tak kan ke mana.

“Saya tidak berani nak bercakap lebih-lebih, bila sudah sampai ke fasa itu barulah boleh berkongsi. Saya tidak mahu canang beriya-iya selagi tak pasti,” katanya.

Foto: Instagram Ruhainies, Risteena