“Hasil Bermuka Tebal Adalah Saya…,” – Tak Pernah Kerja Tetap Sejak 2017, Dr Say Sedar Betapa ‘Real’ Jadi Influencer

Bintang media sosial dan hos program Tanya Doktor, Doktor Say Shazril atau nama sebenarnya Muhammad Shazril Shaharuddin mendedahkan dirinya baru sahaja menyedari akan kepentingan pekerjaan yang dilakukannya sejak beberapa tahun lalu.

Menerusi media sosial, doktor yang pernah viral kerana fizikalnya turut menzahirkan rasa syukur apabila Selangor telah pun diletakkan di dalam kategori Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB bagi mengekang penularan Covid-19 bermula 5 Mac.

Perkara tersebut dikongsikan bapa kepada seorang cahaya mata ini menerusi satu perkongsian panjang di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

“Topik : PKPB Means A Lot. To influencers like me. Walaupun sy bukan foodie influencer ataupun travel influencer, bila semalam @mkn_rasmi isytihar yg Selangor akan PKPB Jumaat ni, berita tu sangat2 menenangkan hati & menggembirakan sy.

“Sebab apa? Sabaq sy cerita. Selama ni sy tak pernah anggap yg influencer ni is a real job. To me its just suka-suka & a little bit of part time job. Tapi bila sy fikir2 balik, dari sy berhenti kerja government pada Disember 2017 sampai ke hari ni, sy tak pernah kerja permanent job.

IKLAN

“Kiranya dekat 3 tahun lebih sy hidup dengan pendapatan hasil menjadi influencer. Bila PKP diisytihar awal Januari 2021 aritu, banyak kempen tertangguh & banyak juga yg cancelled.

“Masa tu baru sy tahu betapa REAL JOB nya influencer ni. Tak pernah sy spend satu hari untuk sy sit down & mesej semua agensi yg bagi sy kempen sebelum ni buat muka tebal tanya kalau depa ada kempen yg bersesuaian untuk sy.

“Mostly kata takde sebab PKP & sebab CNY maka depa nak guna chinese infleuncers. Alhamdullilah hasil bermuka tebal ada lah sy dapat beberapa kempen demi kelangsungan hidup. Sejak dari itu sy sedar yg I NEED TO TAKE THIS INFLUENCING JOB SERIOUSLY,” tulisnya.

Dia pada masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya di media sosial dan seterusnya berazam untuk memberikan kandungan yang lebih bermanfaat selepas ini.

Berbalik kepada kegembiraan sy yg Selangor bakal PKPB Jumaat ni, walaupun sy hanyalah influencer sendu apa yg sy perasan bila sy kongsi tempat2 best tuk bawak anak, tempat2 sedap nak makan, tempat2 selesa nak staycation, engagement on my social media meningkat.

IKLAN

“Bila engagement meningkat, barulah big brands NOTICE EXISTENCE sy. Bila mereka perasan kewujudan sy barulah mereka offer sy kempen. Bila kempen di offer maka kelangsungan hidup dapat diteruskan.

“Tak dilupakan sokongan anda semua. Kerana tanpa anda semua, istilah influencers pasti takkan wujud. InsyaAllah i will share even more interesting things on my social media after this untuk kebaikan kita semua.

“Jumaat ni pekena siakap stim limau + siput sedut kam heong Dino’s Seafood Restaurant Jalan Alor dulu!,” tulisnya.

Foto: Instagram Dr Say Shazril