Rita Rudaini Tengah ‘Menikmati’ Status Ibu Tunggal – “Kenapa Allah Tarik Suami Dari Hidup Kita? Sebab Allah Sayang Dan Tak Nak Kita Bersedih.”

Pelakon Rita Rudaini memilih untuk positif dan bersyukur dengan fasa kehidupan yang diharunginya kini.

Malah, ibu kepada dua cahaya mata ini reda atas ujian Illahi dan meminta wanita yang mengalami nasib sama sepertinya untuk terus bangkit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

“Kenapa ALLAH pilih kita jd singlemom? …sbb ALLAH tau kita mampu hidup tanpa lelaki. ALLAH tau kita kuat, ALLAH xkn uji di luar kemampuan kita.

“Kenapa ALLAH tarik suami dr dlm hidup kita?… sbb ALLAH syg kita n xnk kita bersedih. Setiap apa yg DIA bg, semua ada sbb …percaya dgn apa yg DIA beri pd kita.

“Redha n bersyukur…kerana itu lah hadiah dr DIA…kenapa kita perlu mengeluh? seolah2 kita menolak hadiah ALLAH,” tulisnya.

IKLAN

Pelakon drama Voice Note ini juga turut menambah, dia turut menjalani kehidupan dengan penuh nikmat meski masih sendiri.

“Dan kenapa sisturr masih sendiri hingga skrg? Kerana sisturr tgh menikmati hadiah dr DIA. Yg xde sape pon dpt rasa dan nampak nikmat yg ALLAH beri pd kami…hanya kami je yg dpt rasa.

“So utk singlemom yg ada DM sisturr mintak kekuatan, tgh bersedih, tolong bangkit dan sedar ‘ia’ adalah 1 hadiah yg xternilai yg korang mmg xnmpk apa yg ada di dpn tp DIA lebih tau apa yg dia beri pd kita. Percaya pd perancangan ALLAH.

“Hat ada laki xyh la galak nk jd singlemom pulak. Masing2 ada bahagian masing2..tp kena ingat,suami n anak2 tu hanya pinjaman sj..xyh dok sombong sgt ‘aku berlaki, kau ade??’ ‘Laki aku syg aku’. Mati nnti pon hang dlm kubuq sorg2 jugak bukan dok berketui dgn laki hang,” tulisnya lagi.

IKLAN

 

Foto: Instagram Rita Rudaini