Sejak semalam, isu membabitkan rumah tangga diantara pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana nyata menjadi perbualan hangat netizen di media sosial.
Misalnya ahli perniagaan, Nur Sajat yang sebagai orang luar, kita tidak perlu untuk terlalu mengikutkan emosi ketika memberikan pandangan.
Menurutnya, keluarga tersebut berhak untuk mendapatkan ruang bagi menyelesaikan isu dalaman yang sedang dihadapi oleh mereka.
Perkara tersebut dikongsikan pengasas kosmetik ini ketika ditanya netizen dalam sesi ‘TikTok Live’.
“Pada saya kita semua tak perlu masuk campur. Yang kahwinnya mereka. Kahwin dua atau tiga ini bukanlah satu perkara baru. Tak perlu terkejut beruk. Itu keluarga mereka dan biar mereka selesai cara elok.
“Tak perlu la kita komen. Biarlah mereka lalui dengan tenang. Ni korang pula nak menghakimi. Buat tambah dosa kering je. Doa yang baik-baik kerana itu yang lebih afdhal daripada kita nak bagi pendapat.
“Kita ini tiada dalam kehidupan mereka. Hanya sekadar kenal. Jadi doakanlah yang baik-baik. Yang bergaduh kita baik-baikkan dan yang baik kita erat-eratkan,” katanya.
Pandangan tersebut disuarakan oleh penyanyi lagu Bobo Di Mana itu menerusi sebuah video di aplikasi Tik Tok.
Katanya lagi, daripada sibuk bercakap mengenai orang lain, adalah lebih baik jika kita fokus untuk memperbaiki kehidupan kita selepas ini.
“Pengakhirannya nanti, kita sama-sama akan tua dan pijak antara satu sama lain. Pak cik saya tu ada yang berkahwin sampai empat dan mereka elok sahaja. Pandai-pandailah mereka bawa diri.
“Perkara tersebut dibenarkan di dalam Islam. Jadi, rasanya itu pun sudah cukup. Tak perlu nak menyusahkan lagi keadaan. Tak payah nak peningkan kehidupan orang. Teruskan kehidupan kita.
“Kita duduk sahaja diam-diam dan usaha naikkan punca pendapatan kita. Jangan cari punca-punca dosa. Sama ada orang itu gembira atau terluka, tak perlu kita masuk campur,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyuarakan pandangan yang sama selain turut mendoakan semoga kemelut ini dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik.
Semalam, Syamsul memaklumkan dirinya sudah selamat bernikah dengan Ira Kazar di Thailand.
Pengakuan itu dikongsikan sendiri Syamsul menerusi laman Instagram.
Malah, Syamsul turut memohon Puteri Sarah untuk pulang ke rumah bagi menyelesaikan isu rumah tangga mereka itu.
Pada malam Jumaat pula, Puteri Sarah telah pun memuat naik sebuah video di Instagram bagi memberikan kenyataan selepas dia merasakan Syamsul seperti ingin mengalihkan kesalahan terhadap dirinya.
Untuk rekod, Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah yang kini berusia empat tahun.
Sumber & Kredit Foto: Tik Tok Dytto Tacocat
Pelakon dan usahawan, Neelofa tidak menafikan atau mengiyakan khabar angin yang mendakwa dirinya kini sedang hamil, sebaliknya meminta ramai mendoakan yang terbaik untuk dirinya.
Neelofa,32, berkata, sekiranya desas-desus terbabit benar, dia berjanji berkongsi berita gembira itu kepada orang ramai.
“Soalan mengenai sama ada seseorang itu sudah hamil atau tidak, agak sensitif untuk dijawab dan pastinya mereka mempunyai alasan tersendiri
“Kalau katakanlah desas-desus terbabit betul atau tidak, saya akan menunggu waktu yang terbaik untuk kongsikan kepada semua kerana berita ini adalah satu doa,” katanya.
Neelofa ditemui pada majlis sumbangan Bakul Kasih PRIHATIN- MAIWP yang diadakan di Surau Al- Mustaqim, PPR Pinggiran Bukit Jalil, di sini, Rabu.
Neelofa yang mewakili Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN) bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Yayasan Kasih Prihatin Nasional (PRIHATIN) menyerahkan sumbangan kepada keluarga asnaf yang terkesan akibat
pandemik Covid-19.
Turut hadir ialah suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail, atau PU Riz.
Menurut Neelofa, dia mengakui ramai peminat yang teruja mengenai berita terbabit sehingga sedikit sebanyak memberi tekanan kepada dirinya.
“Saya berharap orang ramai dapat memahami perkara ini dan doakan yang baik-baik sebab saya sangat perlukan doa-doa ini sebagai satu perlindungan.
“Saya faham kedudukan saya di mana orang mengharapkan perkongsian ini. Insha-Allah akan dibuat dengan baik dan saya akan kongsikan kepada semua kerana ia bukanlah sesuatu berita buruk yang perlu disorokkan,” katanya.
Ditanya adakah pengumuman terbabit akan dibuat pada waktu terdekat, Neelofa memaklumkan dia masih dengan jawapan sama.
“Saya akan beritahu bila semuanya dah betul-betul pasti. Sebagai contoh kalau kandungan dah benar stabil barulah akan dikongsikan,” katanya.
Terdahulu, khabar angin mengenai kehamilan bekas hos MeleTOP itu hangat diperkatakan selepas dia dilihat menunjukkan tanda-tanda ibu mengandung apabila asyik mengusap bahagian perutnya sejak Julai.
Bukan hanya pada siaran langsung di Instagram Live untuk promosi tudung, paling ketara ketika hadir ke Mahkamah Seremban bagi sebutan semula kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP), 24 September lalu.
Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.
Baru-baru ini telah berlangsungnya sebuah majlis minum petang untuk kempen Dunia Tanpa Wanita anjuran Mingguan Wanita.
Majlis tersebut telah berlangsung pada di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur itu turut menampilkan sesi persembahan dari penyanyi terkenal lokal.
Pada masa sama, pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad pula menggalas tanggungjawab sebagai hos program berkenaan.
Lalu, MH berkesempatan bertemu dengan Nabil Ahmad untuk bertanyakan mengenai perkembangan terkini mengenai kandungan isteri, Zira Ayub.
Pasangan ini bakal timang cahaya mata ketiganya yang bakal lahir tidak lama lagi.
“Bayi jangka akan dilahirkan pada awal atau akhir bulan April. For now, saya memang dah cakap dengan doktor, saya mahukan kejutan, is gonna be surprise,”
“I don’t want to know boy or girl, just keep it to yourself. Dari segi persiapan pula tak ada apa sangat sekarang,”kongsi Nabil jujur.
Di samping itu, pengacara berusia 35 tahun itu turut memaklumkan bahawa masih belum lagi merancang nama.
Semuanya bagi menjadikan ia sebagai suatu elemen kejutan buat keluarganya.
Sebutan semula kes selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), yang dijadualkan di Mahkamah Majistret di sini, esok, ditunda sekali lagi ke 12 Ogos depan.
Peguam pasangan itu, Haresh Mahadevan berkata, sebutan kes itu terpaksa ditangguhkan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang sedang berkuat kuasa di Seremban.
“Mahkamah telah menangguhkan tarikh pengurusan kes ini pada 12 Ogos depan atas alasan PKPD masih dikuatkuasakan di Seremban,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan tarikh asal pengurusan kes Neelofa dan suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail atau dikenali sebagai PU Riz itu, adalah pada 23 Jun, sebelum ditangguhkan kepada 15 Julai disebabkan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pada 20 Mei lalu, pasangan itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan Bersyarat (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.
PU Riz, 26, didakwa atas dua kesalahan gagal mematuhi SOP PKPB dengan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di Kedai Naeem Carpet Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai, pada 4 petang, 2 Mei lalu.
Noor Neelofa, 32, pula dituduh tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk di premis itu atau menulis secara manual pada masa dan tarikh sama.
Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka ketika berada di sebuah premis menjual karpet di pusat perniagaan Nilai 3, dekat sini, pada 2 Mei lalu.
Mereka berdepan dengan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Sumber : Utusan Malaysia, Awani