Bapa kepada penyanyi Sissy Imann, Mohammad Kamil Mustaffa, mendedahkan anak gadisnya itu setakat ini hanya duduk di dalam bilik, mendiamkan diri dan hanya keluar apabila dipanggil untuk makan.

Ia dipercayai susulan kritikan keras yang diterima Sissy bersama sepupunya, Naim Daniel daripada juri, Mas Idayu pada saingan minggu keenam Famili Duo, Ahad lalu.

Bagaimanapun, Mohammad Kamil mengakui anak gadisnya itu seorang yang kuat.

“Melihatkan keadaannya, saya sedih tapi selama ini dia tetap sudah buat yang terbaik untuk membanggakan kami sekeluarga.

“Sissy seorang anak yang kuat, berdedikasi dan sangat komited dalam semua perkara yang dibuatnya,” katanya.

Malah, Mohammad Kamil berkata juga tidak sangka ramai yang tampil memberikan sokongan kepada anaknya.

IKLAN

“Berlinang air mata ini apabila membaca komen dan doa yang baik-baik diberikan sebagai tanda sokongan kepadanya.

“Saya dan keluarga akan terus di belakang Sissy untuk menjadi pemangkin semangat,” katanya lagi, petik Harian Metro.

“Melihatkan Keadaannya, Saya Sedih Tapi…,” – Menangis Bapa Sissy Baca Komen Baik, Ulas Anak Jual Album RM20 Bukan Gimik “Melihatkan Keadaannya, Saya Sedih Tapi…,” – Menangis Bapa Sissy Baca Komen Baik, Ulas Anak Jual Album RM20 Bukan Gimik “Melihatkan Keadaannya, Saya Sedih Tapi…,” – Menangis Bapa Sissy Baca Komen Baik, Ulas Anak Jual Album RM20 Bukan Gimik “Melihatkan Keadaannya, Saya Sedih Tapi…,” – Menangis Bapa Sissy Baca Komen Baik, Ulas Anak Jual Album RM20 Bukan Gimik

IKLAN

Dalam pada itu, Mohammad Kamil turut menafikan tindakan Sissy mahu bertindak menjual album sulungnya yang dirakam di Studio Abbey Road, London dengan harga RM20 sebagai gimik.

Jelasnya, apa yang berlaku baru-baru ini memberi impak besar terhadap anaknya itu dan dia sendiri terkejut dengan keputusan yang dibuat Sissy.

“Bagi Sissy, ia adalah pencapaian terbesar buat dirinya yang diimpikan selama ini, dengan kos pembikinan pula mencecah jumlah besar yang dikumpul dari hasil titik peluhnya.

IKLAN

“Sebagai bapa, semestinya saya sentiasa menyokong apa yang ingin lakukan anak-anak,” katanya.

Terdahulu, persembahannya bersama Naim Daniel  menerima kritikan pedas Mas Idayu selepas mempersembahkan lagu Jampi nyanyian asal Hael Husaini dalam irama keroncong.

Rentetan kritikan itu, Sissy dilihat menangis di atas pentas hingga tidak dapat meneruskan ucapan selepas diminta hos, Janna Nick.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/8ttp5ExNbn0

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI