Hos program Famili Duo bersama Sean Lee, Janna Nick mengakui saingan minggu keenam rancangan hiburan realiti itu cukup sengit.
Malah Janna menerusi satu hantaran terkininya di Instagram berpendapat, pandangan yang diberikan salah seorang juri tetapnya, Mas Idayu sebagai bersebab.
“Last night was intense. Dah masuk minggu keenam kan? Next week dah semi final.
“Maybe Mummy kecewa sebab nak sangat tengok duo yang dia sayang masuk final.
“Apa pun harap penonton terhibur semalam tengok. Love you guys,” tulisnya ringkas.
Terdahulu, salah seorang pesertanya, Sissy Imann dilihat tidak dapat menahan sebak sejurus menerima komen Mas Idayu yang mempersoalkan mengenai persembahannya bersama Naim Daniel menerusi lagi Jampi yang disampaikan dalam versi keroncong.
Ads
Sissy tidak dapat meneruskan ucapan hingga terpaksa ditenangkan Janna selain Naim menyifatkan mereka sudah cuba memberikan yang terbaik setiap minggu.
Sissy bagaimanapun menerusi Instagram memohon maaf susulan persembahannya malam tadi.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Percubaan pertama Didie Shazry menyertai program realiti nyanyian nyata membuahkan hasil apabila dia dinobatkan sebagai juara sulung Raise The Star Malaysia (RTSMY), malam tadi.
Menurut Didie, dia tidak menyangka namanya diumumkan sebagai pemenang memandangkan semua finalis turut menampilkan persembahan hebat.
“Pada malam tadi, saya sudah berikan persembahan terbaik dan serah segalanya kepada Allah SWT. Menang atau tidak, itu semua rezeki yang sudah tertulis.
“Saya memang tak menjangkakan langsung mengenai keputusan ini. Setiap finalis juga pamerkan persembahan luar biasa.
“Ini kali pertama saya sertai pertandingan sebesar ini dan alhamdulillah dinobatkan sebagai juara. Ini perasaan yang sukar untuk digambarkan,” katanya.
Didie berkata demikian ketika ditemui selepas konsert akhir RTSMY di Royal Theatre Shah Alam, Ahad malam.
Pengorbanan Kakak Jadi Inspirasi
Penyanyi asal Sabah itu turut mendedahkan hasrat untuk berkongsi wang kemenangan bernilai RM30,000 bersama kakaknya, Asniza Norsita, yang banyak berkorban membesarkan adik-beradik mereka.
“Separuh daripada wang kemenangan ini, saya ingin berikan kepada kakak saya. Dia juga layak untuk merasai kejayaan ini.
“Ketika usia saya sembilan tahun, ibu bapa saya memutuskan untuk bercerai. Kedua-dua mereka memilih untuk membawa haluan sendiri.
“Kakak yang berusia 16 tahun ketika itu sanggup berhenti sekolah agar adik-adik lain dapat meneruskan persekolahan. Dia sangat berjasa dalam hidup saya,” ujarnya lagi.
Menurut Didie, kakaknya adalah sumber kekuatan yang mendorongnya untuk terus berjuang hingga kini.
“Saya tak pernah maklumkan kepada kakak sebelum ini. Namun, ini memang niat saya. Kakak juga hadir menyaksikan persembahan saya di konsert akhir dan separuh akhir.
“Saya terbangkan dia dari Sabah ke Kuala Lumpur. Setiap minggu dia selalu pesan agar saya tetap tenang, jaga hubungan baik dengan semua orang, jangan terlalu berfikiran kompetetif dan ikhlas untuk menghiburkan orang,” kongsinya lagi.
Bercerita lanjut, Didie berkata dia pernah dibesarkan oleh keluarga angkat yang banyak memberinya pendedahan tentang muzik.
“Saya duduk bersama kakak sehingga darjah enam. Kemudian, saya dijaga oleh keluarga angkat. Bapa angkat saya inilah yang banyak mengajar saya tentang muzik.
“Ketika saya berusia 16 tahun, bapa angkat saya meninggal dan saya kembali ke pangkuan kakak,” akhirinya.
Pada malam kemenangan itu, Didie berjaya menewaskan sembilan peserta lain menerusi lagu Melompat Lebih Tingginyanyian Sheila On 7 dan single baharu ciptaan Aina Abdul berjudul Peganglah Hati.
Naib juara disandang oleh Zuana, tempat ketiga milik Rayme, manakala Hariz Fayahet dan Keka masing-masing berada di kedudukan keempat dan kelima.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Keluarga penyanyi yang popular menerusi lagu Ku Rela Dibenci, Aiman Tino dilaporkan sudah menghantar rombongan merisik gadis pilihan hatinya yang dikenali sebagai Syarah Haifa, semalam.
Difahamkan, majlis berjalan meriah dan lancar di kediaman Syarah di Cheras, Kuala Lumpur.
Abang teman wanitanya, Farish Isa dilihat memuat naik momen indah itu menerusi beberapa hantaran video di Instagram.
“Eh! Ada tetamu datang rumah kita la. Rupanya nak merisik bunga di taman,” tulis Farish dalam hantaran video di Instagram Story.
Menerusi perkongsian terbabit, ibu Aiman iaitu Hazelina Mat Jalil dilihat menyarungkan cincin di jari manis Syarah sebagai tanda hasrat mahu ‘menyunting’ wanita pilihan.
Sementara itu, Aiman hari ini turut memuat naik perkara sama dengan menitipkan doa indah buatnya dan pasangan.
“Semoga kisah perkenalan ini menjadi asbab kebahagiaan dan permulaan baru untuk diri ini. Terima kasih di atas segala doa,” tulisnya di Insta Stories.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Abby Abadi akui teruja apabila usahanya untuk menurunkan berat badan kini telah pun menunjukkan perubahan positif.
Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, dia akan terus berjuang untuk mendapatkan berat badan ideal selain turut memaklumkan dirinya sudah serik untuk berbadan besar.
“Setiap lelah pasti berkah. Sudah melangkah, teruskan. Jangan mengalah. Lama toad gambar manis kita kan? Inilah yang terbaharu.
“Meraikan kemenangan berjaya kurus sikit. Nak teruskan usaha untuk sikit lagi. Doakan ya. Tak nak ‘dobok’ dah. Insaf,” tulisnya.
Perkara itu, dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Gerak Khas The Movie itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Menerusi hantaran sama, Abby turut memuat naik foto terkininya yang kelihatan lebih kurus berbanding sebelum ini.
Katanya lagi, dia akan kerap berkongsi mengenai perubahan berat badannya itu selepas ini.
“Tengok gambar dua hingga empat bulan sebelum ini, buruk betul rasa. Nanti saya kongsikan lagi. Sebelum ini, memang saya tak kongsi. Pilih gambar yang nampak kurus sahaja.
“Kali ini kita kumpul dan biar anda tengok sendiri. Seriuslah, jom insaf sama-sama,” kongsinya lagi.
Hantaran tersebut turut mendapat respon daripada bekas suaminya yang juga merupakan pelakon, Norman Hakim.
“Pergh, buat la live lepas ni, mesti letop sales nyah,” selorohnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti kagum dengan perubahan tersebut selain turut memuji penampilan Abby yang lebih cantik saat ini.
“Kecilnya awak,” komen penyanyi dan pelakon, Azza Elite.
“Cantik sangat ni,” balas pelakon dan usahawan Wawa Zainal.
“Yay, sudah slim my girl. Good job,” komen pelakon Watie Sadali.
“Powerlah mama,” balas pelakon Memey Suhaiza.
Sebelum ini, Abby ada berkongsi beberapa hantaran video yang memaparkan dirinya menjalani rutin bersenam bersama anak sulungnya Danish Hakim.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki warga Australia dijatuhi hukuman penjara sembilan hari oleh Mahkamah Daerah Singapura selepas mengaku bersalah menceroboh kawasan penghadang keselamatan dan berlari ke arah...