Pasangan selebriti yang kini sudah bergelar suami isteri, Syahrini dan Reino Barack akhirnya pertama kali bertemu rakan media di dalam sidang media khas di Jakarta, semalam.

Terdahulu, keduanya diijabkabulkan di dalam sebuah majlis akad nikah eksklusif yang dilakukan secara tertutup di Masjid Tokyo Camii, Jepun pada 27 Februari lalu.

“Bismillahirahmanirahim Assalamualaikum kekasih hati, para media. Seperti janji saya kepada para media, bahawa ketika saya sudah dinikahi sudah sah tentunya saya akan membawa lelaki itu ke hadapan anda semua,” jelas Syahrini.

Pada masa sama, bintang terkenal Indonesia itu turut berkongsi pernikahan yang mengejutkan ramai pihak ini merupakan suatu aturan jodoh yang sudah tertulis buat keduanya.

IKLAN

“Hari ini alhamdulillah inilah lelaki istimewa yang dikurniakan Allah untuk saya. Tidak mungkin adanya pernikahan ini tanpa campur tangan Allah, restu kedua ibu bapa kami. InsyaAllah menjadi suami yang soleh, taat kepada Allah.

“Lalu semoga laki-laki ini memberikan buah cintanya kepada saya, melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah yang akan menjadi kebanggaan kami berdua. Meniti rumah tangga itu tidak mudah untuk saya menentukan imam selamanya.

IKLAN

“Ketetapan dan ketentuan Allah…apabila jodoh sudah datang aku sebagai manusia, sebagai wanita tidak boleh menolak lagi. Jadi jutaan manusia tidak menginginkan pernikahan ini tetapi Allah ingin. Inilah yang terjadi.

IKLAN

“Pastinya jodoh kami ini Allah sudah atur di usia sebegini dan bersama kalian hari ini semuanya sudah diaturNya. Alhamdulillah pernikahan ini berjalan dengan lancar. Suami melafazkan akad nikah dengan sekali lafaz, luar biasa,” itu antara kenyataan yang diberikan penyanyi Seperti Itu menerusi sidang media yang dibuat.

Hadir sedondon mengenakan persalinan hitam dan putih, pasangan sama cantik sama padan ini turut menjelaskan sebab utama mereka melakukan majlis nikah secara tertutup adalah sebagai menghormati permintaan keluarga.

Foto: Carian Google, Sumber: YouTube Kumparan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI