Bakal menggegarkan bumi Sarawak, Astro kini bersiap sedia membawakan acara skala besar yang bakal menjadi tumpuan warga Borneo khususnya Miri kurang tiga minggu dari sekarang!

Membawa tema ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Jelajah Hello Miri akan berlangsung dari 9 hingga 11 Mei 2025 di Permaisuri Imperial City Mall selalu penaja lokasi rasmi.

Acara mega ini merupakan inisiatif strategik Astro sebagai pembuka tirai kepada Konsert Meletop TVS, pada 17 Mei di Stadium Tertutup Bandaraya Miri.

Jelajah Hello Miri Di Sarawak: 3 Hari Penuh Bintang, Ada Konsert, Pelbagai Aktiviti & Peluang Eksklusif!

Konsert MeleTOP TVS bakal disiarkan secara langsung menerusi saluran TVS (122 Astro, MYTV & Unifi TV), Astro ONE dan Sooka.

Sebelum konsert yang menjanjikan persembahan hebat itu berlangsung, Hello Miri yang dibawakan oleh Astro bakal menjanjikan pelbagai aktiviti menarik.

Jumpa Bintang Idola & Rebut Hadiah Untuk Pelanggan Setia!

Jelajah Hello Miri Di Sarawak: 3 Hari Penuh Bintang, Ada Konsert, Pelbagai Aktiviti & Peluang Eksklusif!

Ads

Jangan ketinggalan untuk mengikuti sesi ‘Meet and Greet’ bersama barisan selebriti yang dibawakan khas oleh Astro Rewards.

Pengunjung berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan nama-nama popular industri hiburan seperti Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Isaac Voo, Siti Saleha, Haneesya Hanee, Wani Kayrie dan Dinda Dania.

Turut sama dijangka hadir pada sesi sama ialah Firdaus Rahmat, Shahrul Kamal, Adira, Ayu Damit, Tomok, Priscilla Abby, Nikki Palikat, Noryn Aziz, Kaka Azraff dan ramai lagi.

Bakal dikendalikan oleh hos Keanu Azman dan Munabella, pengunjung juga akan menikmati pratonton eksklusif kandungan dan naskhah terbaharu terbitan Astro.

Ads

Ya, ia satu keistimewaan untuk menjadi antara yang terawal mengetahui kandungan akan datang!

Temui Pelakon Drama Little Nyonya

Jelajah Hello Miri Di Sarawak: 3 Hari Penuh Bintang, Ada Konsert, Pelbagai Aktiviti & Peluang Eksklusif!

Lebih istimewa pada 10 Mei, peminat turut berpeluang bertemu dua pelakon sensasi dari drama popular Little Nyonya, iaitu Zhang Ze Tong dan Tyler Ten, dalam sesi Meet and Greet antarabangsa yang juga dibawakan oleh Astro Rewards.

Manakala pada 11 Mei pula, pelanggan Astro berpeluang menghadiri sesi ramah mesra yang tak kurang eksklusif, iaitu bersama selebriti pilihan seperti Mierul Aiman, Nadhir Nasar, Nikki Palikat dan Kaka Azraff.

Ads

Peluang Sertai Uji Bakat Kilauan Emas

Jelajah Hello Miri Di Sarawak: 3 Hari Penuh Bintang, Ada Konsert, Pelbagai Aktiviti & Peluang Eksklusif!

Selain bertemu selebriti, Hello Miri turut membuka ruang kepada individu yang ingin menceburi dunia hiburan.

Uji bakat program Kilauan Emas misalnya akan diadakan pada 9 Mei dari jam 10 pagi hingga 10 malam bagi yang memenuhi kriteria, satu platform terbaik bagi yang ngin menonjolkan bakat terpendam.

Justeru dengan barisan selebriti glamor, kehadiran bintang antarabangsa, ganjaran eksklusif buat pelanggan Astro, pratonton kandungan menarik serta sesi uji bakat, Jelajah Hello Miri pasti menjanjikan pengalaman hiburan menyeluruh.

Jangan lepaskan peluang menjadi sebahagian daripada kemeriahan ‘Nang Champiyen Nang Legend’ dan sama-sama persiapkan diri untuk tiga hari yang penuh hiburan, aktiviti serta interaksi bersama selebriti kegemaran anda!

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Kredit Foto: Instagram Nadhir Nasar, Mierul Aiman & Zhang Ze Tong

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI