Pelakon Luqman Hafidz mendedahkan dia lebih senang untuk tidak terlalu terbuka mengenai kisah peribadi terutamanya perihal keluarga semenjak bergelar anak seni.

Menurut Luqman, sudah jadi kelaziman bagi dirinya, memilih untuk terus memberikan sepenuh tumpuan terhadap kerjaya sebagai anak seni.

Jarang Kongsi Hal Anak Isteri, Luqman Hafidz Minta Hormati Ruang Peribadi; “Bila Selesa, Saya Akan Cakap.”

“Saya memang jarang berkongsi mengenai hal peribadi. Segalanya bermula ketika saya berlakon di dalam filem Ola Bola dan memakai seluar pendek. Perkara tersebut secara tidak langsung menjejaskan nama baik institusi pengajian tinggi saya ketika itu.

“Bermula saat itu, saya tidak mahu timbulkan apa-apa isu yang boleh menjadi ‘peluru’ untuk menjejaskan karier saya. Jadi, saya lebih selesa bila hal keluarga, saya simpan sendiri,” katanya kepada MH.

Bagaimanapun, ia secara tidak langsung mengundang perasaan curiga segelintir netizen sehingga ada mendakwa rumah tangganya kini sedang bergolak.

Bercakap mengenai spekulasi tersebut, Luqman meminta orang ramai untuk menghormati ruang peribadinya dan dia akan menjelaskan sendiri mengenai perkara tersebut bila tiba waktu yang sesuai.

IKLAN

“Sebagai anak seni saya sedar yang kita tak dapat lari daripada sebarang spekulasi. Namun, bila tiba masanya saya sudah bersedia nanti, saya sendiri akan bagitahu.

“Setiap orang punyai pandangan masing-masing. Cuma saya harap mereka  juga hormati saya. Saya tahu memang agak mustahil untuk buat semua orang faham kerana itu hakikat sebagai anak seni.

“Susah sebenarnya nak puaskan hati orang ramai ini. Sama ada saya cakap atau tidak, pasti ada yang tak puas hati juga. Lebih baik saya jaga diri saya dulu. Nak bagi kebahagiaan kepada orang lain, kita kena gembira dulu,” kongsinya.

Bapa kepada seorang cahaya mata itu berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis tayangan mini siri Astana di Pavilion, Kuala Lumpur.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Luqman Hafidz (@luqmanhafidzx)

Katanya lagi, dia juga akan terus pegang kepada prinsip untuk mengutamakan ketenangan diri berbanding mengikut kehendak ramai.

“Ketenangan ini datang bukan daripada orang lain. Kita kena cari sendiri ketenangan itu. Saya lebih selesa dengan cara sebegini dahulu. Saya faham tuntutan orang ramai yang artis ini harus berkongsi mengenai kehidupan mereka.

IKLAN

“Ada sesetengah tu perkara kecil pun dikongsikan di media sosial cuma saya bukan orang sebegitu. Susah untuk saya pecahkan mekanisme itu. Untuk menjawab persoalan orang ramai, saya perlukan masa. Bila saya dah selesa saya akan cakap,” akhirinya.

Terdahulu, Luqman mendirikan rumah tangga bersama Nurul Atiqah Mad Apandi pada tanggal 20 Mac 2020.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Eva Laura yang kini baru berusia setahun.

Sekadar informasi, Astana ialah naskhah drama siri arahan Luqman yang mengangkat kisah para doktor gigi di Astana Dental.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Afiq Badli (@afiq_badli)

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI