Penyanyi Tom tampil menjelaskan secara terperinci mengenai kenyataannya sebelum ini yang terpaksa bersalin anak ketiga sendirian di Langkawi, Kedah tanpa ditemani suami di sisi.

Tom, 36, atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram berkata, dia bukan ditinggalkan suami sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak.

Sebaliknya, keputusan tersebut dibuatnya sendiri susulan tidak mahu terus terbelenggu dengan kemelut rumah tangga yang dihadapi.

“Saya tidak menafikan hubungan saya dan bekas suami ketika itu bermasalah. Jadi saya sendiri yang buat keputusan untuk meninggalkan rumah.

“Ketika itu masing-masing pun ada ego. Jadi sewaktu proses melahirkan anak ketiga, saya bersalin seorang diri di hospital.

“Bukanlah dia (suami ketika itu) yang meninggalkan saya. Sebaliknya saya yang berbuat demikian, tinggalkan dia,” kata ibu kepada tiga cahaya mata ini kepada MH.

IKLAN

Tom Jelaskan Kekeliruan Bersalin Tanpa Suami Di Sisi; “Saya Sendiri Yang Lari Dari Rumah, Ego…” Tom Jelaskan Kekeliruan Bersalin Tanpa Suami Di Sisi; “Saya Sendiri Yang Lari Dari Rumah, Ego…”

Tom yang kini sedang bersaing di Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) turut memberitahu, dia sendiri cuba untuk mengatasi kekurangan dalam diri.

Tidak mahu menyalahkan sesiapa, Tom cuba menjadi insan yang lebih baik di samping dua anak kandung yang dijaga.

“Jujurnya saya seorang yang kalau ada masalah, saya yang akan pergi, lari. Saya pernah berkahwin tiga kali dan setiap kali ada masalah, saya akan lari jauh-jauh.

IKLAN

“Susah juga, saya seorang yang sukar untuk memberikan peluang. Sekali buat salah ‘good bye’.

“Tapi saya tidak nafikan, ia mungkin antara masalah sendiri hingga menyebabkan jodoh perkahiwnan itu tidak panjang.

“Pada masa sama, saya juga mudah untuk sayang seseorang, atau sebab tak terlalu mengenali menyebabkan perpisahan terjadi.

IKLAN

“Saya tidak gemar bercinta lama-lama. Kalau mahu teruskan, ke fasa yang serius. Malah bila saya di samping seseorang, saya akan terlalu menyayangi, hingga kadang-kadang ia makan diri,” katanya lagi.

Untuk rekod, Tom mula mendirikan rumah tangga pada usia 21 tahun.

Bagaimanapun selepas mengalami tiga keruntuhan rumah tangga dalam tempoh lapan tahun, dia kini mahu memberi tumpuan sepenuhnya membesarkan dua cahaya mata lelaki, Putera Edler, 9, dan Putera Evans Ezra, 7 tahun.

Anak pertamanya, Megat Ariel yang kini berusia 14 tahun bagaimanapun tidak dibesarkan Tom.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI