Pelakon Anna Jobling mengakui berasa kecewa apabila mengetahui dia menjadi bahan sindiran rakan artis wanita yang pernah bekerjasama dengannya menerusi sebuah drama baru-baru ini.

Menurut Anna atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22, dia kesal dengan tindakan pelakon itu yang lebih ‘rela’ menulis menerusi media sosial daripada tampil berterus-terang kepadanya.

“Saya sangat terkejut sebab tak sangka orang akan perli saya.  Saya sangat kecewa sebenarnya apabila kita baik dengan seseorang, benda macam ini berlaku, rasa macam saya buat apa sebenarnya.

“Kenapa tidak berterus-terang dengan saya, kenapa buat dekat media sosial?” kata Anna kepada MH.

IKLAN

Anna ditemui usai menjayakan persembahan hari pertama teater Maduku Terpaling Kalut yang berlangsung di PJ Pac, Petaling Jaya pada malam Khamis.

Walaupun dirinya menjadi ‘sasaran, namun Anna berkata dia tidak akan sesekali membuat kenyataan balas dalam bentuk perlian seperti mana yang dilakukan oleh pelakon tersebut.

IKLAN

“Saya takkan merendahkan diri ke tahap itu, saya akan terus bekerja kuat, berfikiran positif dan sibuk dengan hal sendiri sahaja.  Semakin anda dengki dengan saya, semakin sikit rezeki anda!

“Kalau saya jumpa dengan dia selepas ini, saya akan tetap menjadi diri sendiri.  Jika dengki dengan saya, itu masalah dia, bukan masalah saya,” katanya lagi.

IKLAN

Pementasan teater Maduku Terpaling Kalut yang diterbiktan Mask Team menampilkan Anna membawa watak isteri kedua, Mimi.

Naskhah arahan Azhar Zainal itu turut dibintangi Azrel Ismail, Puteri Sarah Liyana, Curly Jow, Syafeq Naser dan Aya Amiruddin.

Maduku Terpaling Kalut dipentaskan dari 30 September hingga 2 Oktober ini di PJ Pac.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI