Tiada penyingkiran diumumkan di segmen akhir di konsert keenam Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, malam tadi.
Sekaligus, ia membolehkan kesemua 10 bintang bertanding meneruskan perjuangan minggu hadapan, meski Asheed menduduki markah paling corot dengan 58.9 peratus dan ketiadaan Dina Nadzir dalam saingan.
Dalam pada itu Tomok cemerlang dengan 84 peratus di kedudukan pertama menerusi persembahan mantapnya bagi lagu Everybody nyanyian asal kumpulan popular Backstreet Boys.
Jac pula di kedudukan kedua dengan 82.40 peratus dan Shila Amzah ketiga, 76.60 peratus.
Ads
Bob yang menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza, Kurik Kundi pula memungut markah sebanyak 76.40 peratus.
Lihat markah kesemua bintang bertanding;
Ads
Ads
Bertemakan Citarasa Antara Benua, barisan bintang bertanding diadili juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
Dina tidak dapat bersama dengan para peserta yang lain susulan bapanya yang meninggal dunia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak pernah lelah mencuba nasib dibeberapa program realiti, akhirnya usaha keras penyanyi Rahmad Mega membuahkan hasil selepas dinobatkan selaku juara edisi pertama Terpaling Juara.
Menurut Rahmad, meskipun sudah bergelar penyanyi sejak lebih tiga dekad yang lalu, namun, dia mendedahkan dirinya masih lagi mendahagakan cabaran.
“Syukur kepada Allah SWT kerana menobatkan saya sebagai juara musim pertama Terpaling Juara. Kalau ikutkan pengalaman saya bertanding sebelum ini, jarang saya menang.
“Saya tahu ramai yang pernah melihat saya bertanding di program-program televesyen lain kerana misi dan hasrat saya adalah untuk melihat potensi diri dan adakah saya mampu bersaing dengan artis-artis remaja masa kini.
“Saya sentiasa membuka ruang untuk mencabar diri agar saya tidak tertinggal jauh. Setiap teguran yang diterima sepanjang menyertai pertandingan nyanyian, saya akan ambil dari sudut positif,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Bayangan Gurauan ini turut menyangkal dakwaan segelintir pihak yang merasakan penglibatan artis senior di program realiti hanya akan menjatuhkan kredibiliti mereka.
“Saya harap dengan kemangan ini, dapat membuka perspektif baru buat rakan-rakan seangkatan saya. Ada diantara mereka yang takut untuk menyertai pertandingan seumpama ini kerana bimbang reputasi mereka akan jatuh.
“Pada saya, ia bukan satu masalah kerana penyanyi senior seperti kami ini telah pun mencipta sejarah dan jenama yang tersendiri.
“Program-program seperti ini tidak akan menjatuhkan kredibiliti kami kerana lagu-lagu kami sudah bertahta di hati pendengar. Kalau kita tak paksa diri untuk membuat sesuatu, kita akan selamanya selesa,” katanya kepada MH.
Rahmad berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media usai konsert final Terpaling Juara yang berlangsung di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, pada Ahad.
Dalam pada itu, Rahmad turut berkongsi rahsia kejayaan disebalik menerima undian tertinggi daripada peminat sepanjang program ini berlansung.
“Sebagai artis senior, kami ada sedikit kelebihan kerana kami punyai banyak undangan nyanyian berbanding penyanyi-penyanyi baru. Kami sering keluar tv atau hadiri majlis-majlis, disitu ramai yang menonton dah saya promosi habis-habisa .
“Sepanjang lapan minggu ini juga, saya punyai jadual undangan nyanyian yang sangat padat. Sampai Datuk Hattan pun tegur bila saya nak berlatih,” akhirinya.
Terdahulu, Rahmad yang juga merupakan anak didik kepada kapten, Hael Hussaini telah berjaya mengetepikan cabaran daripada tiga finalis lain sekali gus membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi.
Pada konser akhir tersebut, Rahmad telah membawakan dua buah lagu iaitu Ku Akui dan Dipenjara Janji.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila video memperlihatkan dia mengalirkan air mata saat berpeluang melihat helaian rambut milik Nabi Muhammad SAW menjadi tular di laman TikTok.
Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor, 33, memuat naik momen tersebut di laman TikTok miliknya ketika dia melawat Pameran Sejarah Nabi & Sahabat di Persada Johor International Convention Centre, baru-baru ini.
Neelofa menyatakan dia seolah-olah berasa dekat dengan Rasulullah SAW saat melihat helaian rambut yang dipamerkan.
“Saat melihat helaian rambut Rasulullah SAW, Allah bagi rasa seolah Nabi SAW ada dekat… wahai Allah, teruslah bantu kami untuk terus mendapat kemanisan mencintai Rasulullah SAW,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Penyanyi Pat Robert yang diumumkan sebagai peserta ketiga tersingkir dalam saingan minggu kelima Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) malam tadi akui ada persembahan bintang lain yang lebih baik hingga menyekat kemaraannya pada minggu hadapan.
Menurut Pat atau nama sebenarnya, Patricia Robert atau Nurul Nadhira Patricia Robert, dia bagaimanapun positif dan cuba mengambil pengalaman sepanjang pertandingan.
“Bagi saya ini nasib, percaya rezeki. Tambahan lagi peserta lain yang bertanding pun memang hebat-hebat, apa yang saya tengok.
“Kita boleh nampak daripada segi persembahan mereka, memang best,” kata vokalis kumpulan Candy ini kepada MH.
Pat pada masa sama tidak menafikan setiap minggu dia merasakan dirinya yang akan tersingkir dan bersedia terhadap sebarang kemungkin.
“Setiap minggu saya rasa, saya yang akan terkeluar. Jadi setiap minggu saya sudah bersedia. Saya pun tak tahulah… perasaan (rasa akan tersingkir) itu tak boleh nak elak.
“Apa pun saya reda, teruskan perjuangan. Jujurnya saya memang tak sangka boleh bertahan hingga minggu yang kelima. Ingatkan saya terkeluar pada minggu kedua.
“Apa pun saya gembira sebab muncul peminat baru di kalangan orang muda yang sebelum ini tak kenal siapa itu Candy. Mereka tahu lagu, tapi tak pasti siapa yang menyanyi.
“Misalnya ada yang beri komen di YouTube yang sangka lagu kami dinyanyikan oleh penyanyi lelaki. Jadi bila saya sertai GV ini, sekurang-kurangnya ada generasi baru lebih mengenali kami,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Pat dan ahli kumpulan lain kini sedang dalam proses menghasilkan single terbaharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Terdahulu, Pat yang menyanyikan lagu Babak Pertama di samping Aepul Roza bersempena minggu duet berada di kedudukan terendah selepas meraih markah sebanyak 58.40 peratus.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.