Pelakon Rafidah Ibrahim reda apabila sekali lagi mengalami keguguran cahaya mata sulung pada petang Jumaat lalu.

Menerusi laman Instagramnnya, Rafidah berkongsikan berita sedih itu dengan memberitahu badannya mengalami kesakitan namun ditahan sehingga janin bayi keluar dengan sendiri.

“Petang, dari pukul 5 perut saya terlalu sakit dan saya sangkakan angin yang terlalu teruk dalam badan terutama di bahagian bawah perut.

“Janin Keluar Atas Tapak Tangan Saya,” – Rafidah Ibrahim Keguguran Kali Kedua “Janin Keluar Atas Tapak Tangan Saya,” – Rafidah Ibrahim Keguguran Kali Kedua

“Saya biarkan dan berehat walaupun sakitnya hanya Allah saja yang tahu.

“Sebelum masuk waktu Maghrib dan sebelum berwuduk, saya berhadas kecil dan pada ketika itu terasa sesuatu ingin keluar. Saya terus memanggil suami dan cakap ada sesuatu nak keluar dan suami kata, biarkan.

IKLAN

“Saya tadahkan tangan, pada waktu itu, janin keluar di atas tapak tangan saya dan saya ada rasa sedikit pergerakan sebelum suami memotong tali pusat,” tulisnya.

Dalam entri itu juga, Rafidah turut memaklumkan dia ditahan satu malam di wad Hospital Wanita & Kanak-Kanak Kuala Lumpur (HWKKKL) bagi tujuan pemantauan selain turut memberikan nama Abdullah Shahzemir buat janinnya itu.

Pelakon berusia 36 tahun itu juga berkata perasaan panik yang dihadapinya pada ketika itu bertukar gembira saat melihat keindahan ciptaan Allah SWT walaupun anaknya itu tidak sempat merasai kehidupan di dunia.

IKLAN

“Pada waktu itu, perasaan panik ada, nak nangis pun ada tapi bila saya pegang bayi, Subhan-Allah indahnya ciptaan Allah SWT.

“Janin Keluar Atas Tapak Tangan Saya,” – Rafidah Ibrahim Keguguran Kali Kedua“Janin Keluar Atas Tapak Tangan Saya,” – Rafidah Ibrahim Keguguran Kali Kedua

“Perasaan panik dan sedih tadi bertukar serta merta jadi gembira saat saya dan suami melihat keindahan ciptaan Allah itu walaupun belum sempurna tapi sudah cukup sifat.

“Saya yakin para ibu bapa yang sudah menimang cahaya mata, perasaan itu sangat-sangat menggembirakan dan terubat segala rasa,” luahnya.

IKLAN

Sebagai informasi, Rafidah dan suami, Shahzemir Shahzulkarib, 38, berkahwin pada 5 Mei 2021 selepas lebih sepuluh tahun berkenalan.

Rafidah sebelum ini pernah mengalami keguguran pada November tahun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Rafidah Ibrahim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI