Setelah dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung pada Selasa, suami kepada pelakon Jasmin Hamid, Nazmir Abd Rahman akhirnya memaklumkan mengenai keadaan terkini isterinya itu.
Memetik laporan Astro Gempak, Nazmir memberitahu Jasmin kini berada dalam keadaan yang stabil dan sedang berehat di Unit Rawatan Koronari, Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Malah, dia juga turut menafikan khabar angin yang mengatakan Jasmin kini sedang ditidurkan.
“Isteri saya stabil dan dia tidak ditidurkan. Dia sedang berehat di hospital selepas doktor memberikannya ubat cair darah.
“Pihak doktor juga memaklumkan isteri saya perlu berehat selama lima hari. Dari situ, baru diberikan keputusan sama ada dia perlu berehat lebih lama atau terus sambung kerja,” katanya seperti yang dipetik.
Ads
Tambah Nazmir lagi, pada awalnya dia menyangka isterinya itu hanya mengalami serangan asma namun, setelah mendapatkan rawatan di klinik, pihak doktor mengesahkan isterinya itu mengalami masalah di bahagian jantung.
Pada masa sama, Nazmir akui lega setelah melihat perkembangan terkini isterinya itu
Ads
“Mula-mula dia mengadu tak sedap badan dan berpeluh dengan banyak. Kami ingatkan dia terkena serangan asma kerana dia memang ada masalah tersebut.
“Bagaimanapun, bila ke klinik, bacaan ECG menunjukkan yang dia mempunyai masalah jantung. Justeru, dia terus dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
“Alhamdulillah, sekarang dia sudah stabil dan berharap agar dia akan kembali seperti sedia kala. Harap doakan ya,” katanya.
Ads
Sejak pagi tadi, netizen serta rakan selebriti turut meluahkan rasa risau selepas menerima perkhabaran yang menimpa pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 3 itu.
Kesemua mereka juga mendoakan semoga Jasmin diberikan kekuatan dan kembali sembuh seperti sedia kala.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Astro Gempak & Instagram Jasmin Hamid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Farisha Iris menzahirkan rasa syukur selepas akhirnya dia berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat Diploma dalam sebuah majlis konvokesyen yang berlangsung di Dewan Agong Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam pada Isnin.
Menurut Farisha yang juga merupakan graduan jurusan Komunikasi dan Media, majlis konvokesyen tersebut sebenarnya telah tertangguh hampir dua tahun berikutan fasa pandemik Covid-19 yang melanda negara sebelum ini.
Katanya lagi, meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran, namun,ia tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk menghabiskan mengjiannya itu.
“Alhamdulillah, dua tahun tunggu convocation diploma. Selesai Diploma in Mass Communication, @ Fakulti Komunikasi dan Media, UiTM Alor Gajah 2018 – 2020 🙏🏻
“Bukan mudah, tiada apa yang mudah. Terima kasih ibu bapa saya, my family, my bestfriends, my classmates kerana banyak membantu dan memberikan semangat,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagi Hello itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Pada masa sama, Farisha yang kini sedang melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda turut memberitahu, sekiranya tiada aral melintang, dia bakal meneruskan pengajiannya di peringkat ijazah sarjana pula.
“Saya tak pernah rasa bosan sambung belajar. Walaupun mencabar tapi berbaloi. Jom kita sambung master pula InsyaAllah.
“Now I have to wait another years untuk my degree convocation,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut mendoakan agar Farisha akan terus sukses lagi selepas ini.
“Congrats. Semoga Farisha dan ibunya sihat dan ceria selalu.
“Alhamdulillah tahniah anak baik.
“Alhamdulillah. Bangga tengok pencapaian awak. Moga sukses pada masa hadapan.
“Salam success hebat luar biasa.
“Tahniah dik. Moga terus maju jaya dalam mencari ilmu dan karier,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, menerusi entri berasingan, Farisha turut berkongsi sebuah video saat dia dan ibubapanya sedang merakamkan gambar kenang-kenangan bersempena majlis konvokesyennya itu.
Sehingga kini, video berkenaan telah pun meraih lebih 5,000 jumlah tontonan di laman Instagram.
Imbas kembali, Shiera pernah berkahwin bersama Jatt, vokalis Black Dog Bone dan dikurniakan seorang anak perempuan, Allisya, 24.
Selepas itu, Shiera mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ijoy Azahari pada 28 Februari 2003 dan dikurniakan empat orang anak iaitu Airell , 17, Airra, 14, Audra, 12, dan Adeena, 4.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto : Instagram Shiera Ijoy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Trend pelajar yang seolah-olah ‘bangga’ dengan mendedahkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 meski meraih keputusan yang teruk di media sosial misalnya di TikTok baru-baru ini meraih pelbagai reaksi.
Malah rata-ratanya tidak senang dengan trend berkenaan kerana ia mampu mempengaruhi pelajar lain untuk tidak perlu belajar bersungguh-sungguh belajar demi mendapatkan keputusan peperiksaan yang baik.
Hakikatnya situasi sebegitu tidak wajar dibanggakan. Justeru, pusat ilmiah PTTI tetappercaya bahawa belajar itu tetap bersandar kepada niat dan usaha untuk mencapai kejayaan terbaik.
Duta pusat ilmiah berkenaan, Iman Troye baru-baru ini rasa bangga kerana hampir 200 pelajar yangmengikuti jenama pendidikan popular berkenaan mendapat peningkatan keputusan daripada gred G ke A dalam peperiksaan SPM 2021 diumumkan 16 Jun lalu.
Malah serentak dengan pengumuman SPM tempoh hari juga, penyanyi lagu Nang itu bersama pusat ilmiah berkenaan menawarkan RM300 kepada 10 pelajar bertuah yang berjaya menaik taraf gred terbabit.
Seramai 10 pelajar berkenaan sudah menerima ganjaran ditawarkan, termasuklah pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Taman Bunga Raya di Rawang, Selangor iaitu adik Nur Anis Mohd Ridhwan.
Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin berkata, pencapaian diraih pelajar berkenaan menerusi inisiatif dilakukan pusat ilmiah cukup membanggakan.
“Saya sendiri pernah berperang dengan peperiksaan SPM pada tahun 2019. Cabaran belajar zaman sekarang dengan kepesatan teknologi media sosial bukanlah mudah.
“Begitu juga dengan mereka yang bergelut belajar di era pandemik COVID-19. Namun, tabik kepada mereka yang tidak lemah semangat dan menjadikan ujian atau cabaran sebagai alasan.
“Kejayaan adik Nur Anis contohnya yang tak pernah seumur hidup dapat straight A selama ini berubah sekelip mata dengan mengikuti teknik belajar di PTTI,” kata Iman.
Kata pelantun lagu Teman itu lagi, berjaya melonjakkan gred dari G ke A bukan perkara mudah.
“Namun jelas, tiada apa saja yang mustahil dalam hidup ini. Kesungguhan dan semangat jitu untuk membuktikan peningkatan dalam hidup mahupun pelajaran mampu memberikan pengakhiran yang indah.
“Tiada alasan untuk berjaya. Hanya mereka yang memberi alasan saja sering buntu dalam kehidupan.
“Malah kita belajar untuk mendapat gred atau keputusan yangbaik. Bukan sebaliknya,” katanya.
Sementara itu, Pengasas PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih mesra disapa Cikgu Fana sendiri memanjat kesyukuran kerana peningkatan gred membabitkan pelajar bimbingan mereka.
“Mesej langsung Nur Anis di Instagram (IG) yang diterima cukup mengujakan saya. Bagaimana dia memuji usaha kami sebagai cikgu PTTI, buat saya sayu.
“Cikgu mana yang tidak bangga jika anak didiknya tidak mempersiakan ilmu yang dikongsi. Lebih utama kejayaan mereka tentunya membanggakan ibu bapa.
“Syabas saya ucapkan kepada lebih 5,247 pelajar kami yang mendapat keputusan SPM kali ini. Termasuklah hampir 200 yang berjaya menaikkan gred dari G ke A,” kata Cikgu Fana.
Menjawab isu trend bangga tayang keputusan tidak cemerang SPM seperti ‘straight G’, Cikgu Fana menyifatkan ia bukanlah budaya yang sihat.
“Selama ini kita belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai gred terbaik. Malah jika usaha itu tidak memberikankeputusan cemerlang sekalipun, sekurang-kurangnya kita sudah berusaha.
“Dulu pelajar gagal tebal dengan sifat malu jika mereka gagal mendapat keputusan terbaik. Tapi kini, sebaliknya yang terjadi kerana terlalu mengejarmembina ‘content’ di media sosial biarpun ia bukan sesuatu yang patut dibanggakan,” kata Cikgu Fana.
Pusat ilmiah ini pernah menerima Anugerah BrandLaureate Bestbrands in Online Education Platform (Platform Pendidikan Dalam Talian) pada tahun 2020.
Malah aplikasi pembelajaran dalam talian dipanggil PTTI: Better Result yang dipromosikan tahun 2021 dinobatkan di peringkat global sebagai penerima Education 2.0 – Best Companies Award pada Mac lalu di Intercontinental Dubai Festival City, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.