Terkenal dengan perangai sentiasa ceria dan gila-gila, pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah menghiburkan pengikut laman Instagramnya apabila memuat naik video dia sedang bermain golf, baru-baru ini.

Yang menariknya, jika kebanyakan orang akan lengkap bersiap berpakaian bersesuaian untuk sukan golf, lain pula buat pemilik nama sebenar Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired ini.

Tampil bersahaja dengan berbaju kelawar yang sinonim sebagai pakaian tidur, Sharifah Shahirah menunjukkan ‘bakat’ terpendamnya dalam sukan elit itu.

“I Hadir Semata-Mata Nak Buat Content Je,” – Netizen Terhibur Sharifah Shahirah Main Golf Pakai Baju Kelawar, Gaya Pro! “I Hadir Semata-Mata Nak Buat Content Je,” – Netizen Terhibur Sharifah Shahirah Main Golf Pakai Baju Kelawar, Gaya Pro!

“I hadir semata-mata nak buat content je. Dengan caption… dah pro nanti nak main dengan Permaisuri Agong.

“Glove tiada, baju dari ofis… (demi) content,” seloroh Sharifah Shahirah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy)

IKLAN

“I Hadir Semata-Mata Nak Buat Content Je,” – Netizen Terhibur Sharifah Shahirah Main Golf Pakai Baju Kelawar, Gaya Pro!

Rata-rata netizen dan rakan artis termasuk Ajak Shiro, Sheila Rusly, Dayah Bakar dan Azah Aziz mengakui terhibur dengan video yang dikongsikan penyampai radio Suria FM itu.

“Aduhai, dia buat hal lagi… suka tengoknya, tak pernah tak kelakar. Sabar je lah. Ada kerja kosong kutip bola tak?

“Power kak, semoga berjaya main dengan TPA (Tuanku Permaisuri Agong) nanti.

IKLAN

“Selamba je dia. Pakaian tak ketat pun macam minat-minah hot.

“Kak Shiera Tiger Woods.

“I Hadir Semata-Mata Nak Buat Content Je,” – Netizen Terhibur Sharifah Shahirah Main Golf Pakai Baju Kelawar, Gaya Pro! “I Hadir Semata-Mata Nak Buat Content Je,” – Netizen Terhibur Sharifah Shahirah Main Golf Pakai Baju Kelawar, Gaya Pro!

IKLAN

“Kelawar pun kelawar la,” komen beberapa netizen.

Aktiviti sukan golf kini dilihat semakin banyak diceburi selebriti tempatan dan antara yang aktif ialah seperti Shuib dan Sharnaaz Ahmad.

Shuib juga sebelum ini berkesempatan bermain golf bersama-sama Tuanku Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi Kejohanan Tuanku Azizah Golf Challenge.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Sharifah Shahirah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI