Penyanyi dan pelakon, Elyana akui kecewa dengan tanggapan segelintir pihak yang mendakwa dirinya sengaja menipu dan mengada-adakan penyakit kanser limfoma yang dilaluinya sebelum ini.

Menurut Elyana, tambah menyedihkan apabila perkara tersebut turut diperkatakan oleh sebilangan kenalan rapatnya.

Bagaimanapun, memetik laporan Utusan Online, ibu kepada dua orang cahaya mata itu enggan mengambil pusing menenai hal tersebut kerana menyifatkan orang luar tidak akan pernah faham keperitan yang dialaminya selama ini.

“Ada Juga Rakan Baik Yang Cakap…,” – Nafi Tipu Penyakit, Elyana Maafkan Mereka Yang Bercakap Buruk “Ada Juga Rakan Baik Yang Cakap…,” – Nafi Tipu Penyakit, Elyana Maafkan Mereka Yang Bercakap Buruk

“Pada awalnya saya memang rasa kecewa kerana saya sudah sakit lebih 10 tahun. Memang banyak sangat dengar, ada juga kalangan rakan baik yang cakap seperti itu.

“Walaupun dia tahu kita ulang-alik ke hospital, anak kita sanggup tak sekolah kerana tiada siapa yang dapat hantar. Mereka tahu perkara ini.

“Tetapi saya menganggap orang seperti ini, dia tidak membantu semasa saya sakit. Jadi, mereka ini memang tidak tahu ‘struggle’ saya macam mana,” katanya seperti yang dipetik.

IKLAN

Katanya lagi, dia juga sudah sedia memaafkan sesiapa sahaja yang berkata buruk terhadap dirinya.

“Ada Juga Rakan Baik Yang Cakap…,” – Nafi Tipu Penyakit, Elyana Maafkan Mereka Yang Bercakap Buruk “Ada Juga Rakan Baik Yang Cakap…,” – Nafi Tipu Penyakit, Elyana Maafkan Mereka Yang Bercakap Buruk

“Jadi, mereka ini boleh melontarkan apa sahaja dalam fikirannya. Kebanyakan juga, antara warganet yang pernah bercakap yang tidak baik seperti memfitnah.

“Mereka cakap saya ini tidak sakit dan bercakap buruk mengenai saya. Mereka ini sendiri meminta maaf menerusi pesanan langsung (DM). Alhamdulillah, semua sedar apa yang mereka lakukan itu adalah salah. Saya maafkan,” katanya lagi.

Pada masa sama, penyanyi lagu Kalis Rindu ini memberitahu, perkara melibatkan penyakit ini bukanlah sesuatu yang boleh dibuat sebagai senda gurauan.

IKLAN

“Ada Juga Rakan Baik Yang Cakap…,” – Nafi Tipu Penyakit, Elyana Maafkan Mereka Yang Bercakap Buruk “Ada Juga Rakan Baik Yang Cakap…,” – Nafi Tipu Penyakit, Elyana Maafkan Mereka Yang Bercakap Buruk

“Bagi saya, saya tidak akan menipu mengenai sakit. Tidak mungkin, kerana setiap kata itu adalah doa.

“Saya percaya akan kifarah, apabila kita bercakap buruk tentang seseorang, Allah nak balas kepada kita itu sekelip mata sahaja. Kita kena jaga kata-kata dan pemikiran,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Elyana mendedahkan dirinya masih lagi perlu menjalani beberapa sesi rawatan kemoterapi sebagai rawatan susulan

IKLAN

“Sekarang ini, saya ada masih berbaki empat sesi kemoterapi. Sebenarnya perlu teruskan rawatan pada bulan puasa tetapi saya minta kepada doktor supaya menangguhkan dahulu sebab nak nikmati kehidupan Ramadan.

“Kalau nak ikutkan memang bahaya tangguhkan, namun insya-Allah ini semua ketentuan Allah. Bukan tidak mahu buat, tetapi kita lewatkan masa sedikit. Lepas raya ini insya-Allah saya sambung lakukan kemoterapi dua minggu sekali seperti biasa,” akhirinya.

“Ada Juga Rakan Baik Yang Cakap…,” – Nafi Tipu Penyakit, Elyana Maafkan Mereka Yang Bercakap Buruk “Ada Juga Rakan Baik Yang Cakap…,” – Nafi Tipu Penyakit, Elyana Maafkan Mereka Yang Bercakap Buruk

Pada hujung tahun lalu, Elyana berkongsi khabar gembira selepas memaklumkan penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihadapi sejak 11 tahun yang lalu kini sudah pun pulih sepenuhnya.

Terdahulu, Elyana memberitahu mengenai penyakit kenser limfomanya itu ketika menyertai program realiti nyanyian, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017.

Sumber & Kredit Foto: Utusan Online & Instagram Elyana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI