Meluahkan pandangan mengenai isu hijab, jelas Azharina menerusi Instagram Nona seperti yang dipetik menjelaskan, usah sesekali mengenakan hijab kerana dipaksa suami atau hal lain, kerana itu bukan cara yang sepatutnya.
Malah tegas penyanyi Elergi Sepi ini, meski menjadi kewajipan bagi umat Islam untuk mengenakan hijab, namun jika tidak bersedia, kelak akan menyesal.
“Jangan pakai tudung kerana suami paksa. Jangan pakai tudung kerana nak berfesyen, ataupun untuk menjual tudung. Itu bukan cara yang sebetulnya.
Ads
“Untuk saya, kamu harus bersedia. Walaupun ia menjadi kewajipan untuk memakai hijab sebagai orang Islam, tetapi jika kamu tidak bersedia dan seandainya sesuatu berlaku di kemudian hari, dan kamu menyesal. Jadi ia tidak bermakna.
“Buat untuk diri sendiri, bukan orang lain. Kerana saya nampak ramai ibu-ibu di luar sana, apabila memakai tudung kerana orang lain, kerana cinta, kerana menjual tudung, hati seperti tidak bersedia,” jelasnya.
Pelawak, Abam Bocey akui bahawa berat badanya semakin meningkat dari hari ke hari.
Bagaimanapun, Abam atau nama sebnarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan akui ada sebab berat badannya kian naik.
“Berat saya naik sebanyak 20 kg. Saya pun terkejut dengan perubahan sedemikian.
“Untuk kembalikan bentuk badan yang seperti sebelum ini memerlukan sedikit masa, cumanya tunggu sehingga anak saya besar,” katanya kepada MH.
Menjadikan tarikh 14 Jun 2019 sebagai tarikh bersejarah baginya, Abam dan isteri, Siti Norhidayah Mohd Ali gembira kerana dikurniakan cahaya mata sulung, Syed Uthman Hamzah.
“Semenjak ada anak ini, kehidupan lebih teratur. Tiada lagi masa untuk melepak dari jam tiga hingga empat pagi. Ada juga melepak, tetapi tidak kerap seperti dulu.
“Apabila sampai rumah, automatik perasaan gembira itu wujud kerana mempunyai anak dan isteri di rumah. Tiba sahaja di rumah, pasti nak cium anak, walaupun anak tengah tidur,” kongsi Abam.
Kongsi Abam yang telah mendirikan rumah tangga bersama Hidayah pada 8 Disember 2017, isterinya merupakan tunjang utama dalam keluarga dalam menguruskan anak.
“Soal menguruskan anak adalah 100 peratus isteri yang lakukan. Misalnya cuci pakaian anak, beri makan, cuci najis anak dan sebagainya.
“Bukan saya tak boleh buat, cumanya sebagai ibu lebih baik kalau dia lakukan agar dapat mengeratkan hubungan antara anak dan si ibu, tambahan pula, anak masih kecil yang memerlukan aura dan sentuhan tangan ibu,” kongsi Abam.
Akui badan semakin berisi, Abam mempunyai sebab tersendiri.
“Selepas anak lahir, isteri memberikan perhatian sepenuhnya kepada anak, jadi perhatian kepada si suami agak kurang. Bukan tidak beri fokus, tetapi kurang.
“Dia ada komitmen lain iaitu menguruskan anak.
“Lelaki ini, kalau nak buat sesuatu,misalnya nak diet untuk kurus, perlukan seorang wanita yang sentiasa beri sokongan.
“Hal ini kerana isteri mahu fokus 100 peratus kepada anak. Saya tidak kisah asalkan isteri beri sepenuh perhatian kepada anak kami.
“Biarlah dia fokus pada anak, sebab saya tak nak susahkan isteri saya untuk fokus pada dua orang sekaligus (Abm dan anak),” seloroh Abam.
Penyanyi, Fara Hezel telah memaklumkan dan berkongsi berita gembira bersama peminatnya menerusi akaun Instagram miliknya.
Mengejutkan, kakak kepada penyanyi Aiman Tino ini telah mengikat tali pertunangan bersama seorang usahawan kelahiran Terengganu, Tengku Mohammad Kamal Hishamudin.
Difahamkan, penyanyi berusia 23 tahun ini mengikat tali pertunangan bersama usahawan tersebut pada 6 Julai yang lalu.
“Engagement Day Tengku Kamal & Fara Hezel #060719 #KamalFara,” tulisnya.
Mempersoal tindakan segelintir umat Islam yang menyambut hari lahir dengan lilin di atas kek dan ‘make a wish’ sebelum lilin ditiup, Zul Handy Black mendakwa, perbuatan tersebut tidak ubah seperti budaya golongan kafir.
Penyanyi yang juga kini menjadi penceramah bebas turut memberitahu mengapa hari jadi tak dirai dengan majlis doa selamat.
“Kenapa atas birthday cake mesti nak ada lilin? Sama macam kafir dah.
“Kenapa tak buat doa selamat je?
“Masih ramai sangat lagi yang belum ada kesedaran dalam bab ni, malas nak cakap banyak.
“Korang bawak2 la dengar sikit penjelasan dalam ceramah mana2 alim ulama ataupun ustaz2 pasal lilin atas birthday cake ni.
“Bukan apa…risau nanti kalau2 Nabi tak kenal je korang sebagai manusia yang kononnya claim sebagai umat baginda.
“Korang cakap, korang sayang Nabi, umat Nabi Muhammad saw, tapi cara hidup nak sama macam kafir.
“Nabi tak ajar la sambut harijadi kena ada lilin atas cake, topi tajam, belon2, lagu2, make a wish sebelum tiup lilin tu sume bagai lah.
“NABI TAK AJAR PUN!
NABI TAK SURUH BUAT GITU PUN!
TU SUME CARA KAFIR MAJUSI!!!
FAHAM KE TAK NI?,” jelasnya.