Pelawak kumpulan Chilok, Mohd Kamal Shah Saharuddin, 30 atau Kamal Sumbu disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.40 petang di Hospital Putrajaya, hari ini.
Perkara itu disahkan rakan Allahyarham, Atoi Tohet.
“Kawan-kawan. Mohon sedekahkan bacaan Al-Fatihah untuk sahabat dunia akhirat saya, Kamal Shah @ Kamal Sumbu yang baru saja menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Putrajaya tadi.
“Moga Allah rahmati rohnya dan letakkan bersama orang beriman. Aminnn. In shaa Allah,” tulisnya di Facebook.
Ads
Allahyarham mengalami pendarahan dalam kepala, patah bahu dan kaki selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Putrajaya jam 2 petang semalam.
Ads
Ketika itu, Allahyarham dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membuat penghantaran pesanan patin tempoyak di Sepang.
Kamal mula dikenali selepas menyertai Maharaja Lawak Mega (MLM) pada 2016 dan 2018 dan menjadi naib juara Bintang Mencari Bintang pada 2014.
Ads
Allahyarham sepatutnya menyertai MLM 2019 yang akan bersiaran pada 1 November ini.
Lebih tiga tahun menyulam bahagia, pelakon Saharul Ridzwan mengimbau kembali momen lucu saat baru bergelar raja sehari.
Kisahnya, bintang ini telah 'bawa lari' isteri ke kedai mamak sejurus selepas majlis akad nikah.
Lebih menarik, kedua-duanya masih berpakaian pengantin!
Pelakon berusia 30 tahun ini turut berkongsi fotonya bermain belon air ketika isteri, Qaabila Deena Emir sedang sarat hamil.
“Hi sayang @deenaemir, ingat tak #throwback moment yang kita lapar betul lepas akad nikah? Terus sy bawak awak lari makan mamak.
"Dua dua still pakai baju pengantin baru, semua kat mamak pandang je. Epic betul. Haaaa. Lepas tu masa awak pregnant ingat tak? Mengidam pulakk. Tapi sy yang mengidam, nak main belon air. So usung la awak yang sarat mengandung tu pergi Shah Alam. And nowww.
“After 3 years thru ups and downs, thank you for being my wife, mother to my son and my soulmate. Banyak lagi benda yang kita akan #ShareMoreTogether in future and sy tahu kita kuat when we share everything together as one family. I love you! Go to maxis.com.my/couples to find out what else you and your partner can share more of,” tulisnya di entri Instagram.
Menegaskan permata hatinya, Siti Aafiyah tidak pernah memiliki sebarang akaun Instagram, Datuk Seri Siti Nurhaliza memohon agar peminat tidak terperdaya dengan taktik penipuan yang digunakan sesetengah pihak yang promosi perniagaan.
Penyanyi nombor satu negara ini turut berkongsi foto menunjukkan akaun yang menggunakan nama anaknya dan ia mempunyai lebih 200,000 pengikut.
“Terlalu banyak akaun yang menggunakan nama anak saya, Siti Aafiyah, saya juga mendapat aduan daripada peminat-peminat saya yang prihatin apabila instagram yang menggunakan nama Aafiyah digunakan untuk perniagaan pelbagai barangan dan sebagainya.
“Gambar di atas adalah salah satu akaun yang menjual produk menggunakan akaun bernama Aafiyah dan produk tersebut bukan daripada perniagaan saya.
"Saya sangat bermohon agar jangan mengambil kesempatan di atas nama Aafiyah apatah lagi terdapat beratus-ratus akaun di atas nama Aafiyah.
“Saya di sini sekali lagi ingin menegaskan bahawa Aafiyah TIDAK MEMPUNYAI AKAUN INSTAGRAM dan saya berharap anda tidak terpedaya jika ada yang menyamar atau menjual produk bukan dari perniagaan saya ataupun menggunakan akaun tersebut untuk tujuan-tujuan tidak baik.
"Berniagalah dengan jujur dan jangan menyalahgunakan nama Aafiyah,” ulasnya.
Pelawak, Abam Bocey akui bahawa berat badanya semakin meningkat dari hari ke hari.
Bagaimanapun, Abam atau nama sebnarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan akui ada sebab berat badannya kian naik.
“Berat saya naik sebanyak 20 kg. Saya pun terkejut dengan perubahan sedemikian.
“Untuk kembalikan bentuk badan yang seperti sebelum ini memerlukan sedikit masa, cumanya tunggu sehingga anak saya besar,” katanya kepada MH.
Menjadikan tarikh 14 Jun 2019 sebagai tarikh bersejarah baginya, Abam dan isteri, Siti Norhidayah Mohd Ali gembira kerana dikurniakan cahaya mata sulung, Syed Uthman Hamzah.
“Semenjak ada anak ini, kehidupan lebih teratur. Tiada lagi masa untuk melepak dari jam tiga hingga empat pagi. Ada juga melepak, tetapi tidak kerap seperti dulu.
“Apabila sampai rumah, automatik perasaan gembira itu wujud kerana mempunyai anak dan isteri di rumah. Tiba sahaja di rumah, pasti nak cium anak, walaupun anak tengah tidur,” kongsi Abam.
Kongsi Abam yang telah mendirikan rumah tangga bersama Hidayah pada 8 Disember 2017, isterinya merupakan tunjang utama dalam keluarga dalam menguruskan anak.
“Soal menguruskan anak adalah 100 peratus isteri yang lakukan. Misalnya cuci pakaian anak, beri makan, cuci najis anak dan sebagainya.
“Bukan saya tak boleh buat, cumanya sebagai ibu lebih baik kalau dia lakukan agar dapat mengeratkan hubungan antara anak dan si ibu, tambahan pula, anak masih kecil yang memerlukan aura dan sentuhan tangan ibu,” kongsi Abam.
Akui badan semakin berisi, Abam mempunyai sebab tersendiri.
“Selepas anak lahir, isteri memberikan perhatian sepenuhnya kepada anak, jadi perhatian kepada si suami agak kurang. Bukan tidak beri fokus, tetapi kurang.
“Dia ada komitmen lain iaitu menguruskan anak.
“Lelaki ini, kalau nak buat sesuatu,misalnya nak diet untuk kurus, perlukan seorang wanita yang sentiasa beri sokongan.
“Hal ini kerana isteri mahu fokus 100 peratus kepada anak. Saya tidak kisah asalkan isteri beri sepenuh perhatian kepada anak kami.
“Biarlah dia fokus pada anak, sebab saya tak nak susahkan isteri saya untuk fokus pada dua orang sekaligus (Abm dan anak),” seloroh Abam.
Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.