Pelawak, Abam Bocey akui bahawa berat badanya semakin meningkat dari hari ke hari.

Bagaimanapun, Abam atau nama sebnarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan akui ada sebab berat badannya kian naik.

“Berat saya naik sebanyak 20 kg. Saya pun terkejut dengan perubahan sedemikian.

“Untuk kembalikan bentuk badan yang seperti sebelum ini memerlukan sedikit masa, cumanya tunggu sehingga anak saya besar,” katanya kepada MH.

Menjadikan tarikh 14 Jun 2019 sebagai tarikh bersejarah baginya, Abam dan isteri, Siti Norhidayah Mohd Ali gembira kerana dikurniakan cahaya mata sulung, Syed Uthman Hamzah.

“Semenjak ada anak ini, kehidupan lebih teratur. Tiada lagi masa untuk melepak dari jam tiga hingga empat pagi. Ada juga melepak, tetapi tidak kerap seperti dulu. 

 “Apabila sampai rumah, automatik perasaan gembira itu wujud kerana mempunyai anak dan isteri di rumah. Tiba sahaja di rumah, pasti nak cium anak, walaupun anak tengah tidur,” kongsi Abam. 

IKLAN

Kongsi Abam yang telah mendirikan rumah tangga bersama Hidayah pada 8 Disember 2017, isterinya merupakan tunjang utama dalam keluarga dalam menguruskan anak.

“Soal menguruskan anak adalah 100 peratus isteri yang lakukan. Misalnya cuci pakaian anak, beri makan, cuci najis anak dan sebagainya. 

“Bukan saya tak boleh buat, cumanya sebagai ibu lebih baik kalau dia lakukan agar dapat mengeratkan hubungan antara anak dan si ibu, tambahan pula, anak masih kecil yang memerlukan aura dan sentuhan tangan ibu,” kongsi Abam. 

Akui badan semakin berisi, Abam mempunyai sebab tersendiri.

IKLAN

“Selepas anak lahir, isteri memberikan perhatian sepenuhnya kepada anak, jadi perhatian kepada si suami agak kurang. Bukan tidak beri fokus, tetapi kurang.

“Dia ada komitmen lain iaitu menguruskan anak. 

“Lelaki ini, kalau nak buat sesuatu,misalnya nak diet untuk kurus, perlukan seorang wanita yang sentiasa beri sokongan. 

“Hal ini kerana isteri mahu fokus 100 peratus kepada anak. Saya tidak kisah asalkan isteri beri sepenuh perhatian kepada anak kami.

IKLAN

“Biarlah dia fokus pada anak, sebab saya tak nak susahkan isteri saya untuk fokus pada dua orang sekaligus (Abm dan anak),” seloroh Abam. 

Dalam perkembangan lain, Abam akan beraksi di pentas Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM) dalam kumpulan Bocey.

Bakal bersaing bersama 11 peserta lain, MLM akan bersiaran langsung pada 1 November di Astro Warna (132) dan Astro Warna HD (124).

View this post on Instagram

Juara 2 kali Maharaja Lawak Mega 2016 dan Maharaja Lawak Mega 2017 iaitu BOCEY !!! 👑🌟👑 Kini mereka kembali untuk merebut kejuaraan hatrik mereka yg telah terlepas ke tangan Shiro tahun lepas ✨ Walaupun ramai yang mempertikaikan kenapa Bocey masuk lagi tahun ni ⚡️Tapi memang itulah Bocey yang kita kenal iaitu mereka sentiasa ingin mencabar kreativiti mereka sebagai seorang pelawak di Malaysia dan ingin mencuit hati anda semua setiap minggu di pentas lawak terbesar di Malaysia ini ⭐️ : Memang sayang sekali apabila mereka terlepas peluang untuk melengkapkan kejuaraan hatrik tahun lepas apabila terpaksa akur dengan kemenangan Shiro ✨ Tapi itu tetap satu keputusan yang membanggakan buat Bocey dan pastinya tahun ini mereka ingin terus menghiburkan kita semua walaupun ramai yg kata Bocey yang sekarang dah tak sama dengan Bocey yang dulu 👍 : Jangan risau, Bocey sudah berpengalaman dan mereka tahu bagaimana nak hasilkan idea2 baru untuk penonton2 di MLM agar tetap terhibur dengan keletah mereka ⭐️ Dan katanya mereka akan kembali dengan konsep lawak2 yang pernah menaikkan nama mereka suatu ketika dahulu 👑 Bocey yang dulu akan kembali pada tahun ini ! 🏆 : Meskipun penyertaan mereka kali ini memang satu risiko yang besar kerana mereka perlu membuktikan yang Bocey masih relevan untuk bertanding di pentas besar ini ⭐️ Dan semestinya ramai yang menjangka jika Bocey masuk, mesti konfem final dan mesti jadi juara lagi 👍 Perlu diingatkan bahawa tahun lepas juga Bocey dikritik begitu tetapi hakikatnya mereka tewas di tangan Shiro, bererti peluang sentiasa terbuka untuk kumpulan lain menjadi juara meskipun Bocey menyertai MLM ⚡️ : Kita sebagai penonton nikmati saja persembahan yang mereka berikan dan lebih seronok jika pelawak2 yang ada nama besar seperti Bocey ini sertai MLM, sekurang kurangnya kita dapat lihat persaingan yang sengit antara semua pelawak hebat di Malaysia ini 👑 : Lu pelawak, hiburkan orang ! ✨ Sama2 kita menyokong Bocey yang akan beraksi di pentas Maharaja Lawak Mega 2019 setiap jumaat 9mlm di Astro Warna ! 👑 Prakk Prakk Prakkk 🏆👑🏆 #alfatihah #kamalchilok #bocey #fad #achey #abam #juara #2kali #hatrik #mlm2019 #mlm2017 #mlm2016

A post shared by Lu Pelawak, Hiburkan Orang ! 👑 (@supportpelawak) on

Foto : Instagram Abam

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI