Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon tampan, Nazim Othman yang sering menjadi perhatian peminat.

Sebelum ini, Nazim pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Bella Dally namun mahligai cinta yang dibina berakhir pada 2 Mei 2018.

Lalu, bintang berusia 34 tahun berkongsi cerita kehidupan setelah lebih setahun bergelar duda.

“Secara peribadi saya semakin tenang, untuk mencari ketenangan bukan sesuatu yang mudah selepas apa yang saya lalui.

“Tapi Alhamdulillah apa yang saya boleh cakap saya lebih tenang sekarang. Kalau saya tak tenang susah untuk saya teruskan kehidupan dan kerjaya.

“Saya kena terima takdir kehidupan, sebab bila terjadinya dugaan-dugaan besar dalam hidup ni sebenarnya kita ni tak ada lah alim mana, tapi kita kena percaya bahawasanya Tuhan itu sedang menguji tahap kerehdaan saya,” luah Nazim.

IKLAN

Menurut bintang Cindai ini, meski rumah tangga yang dibina telah berakhir dia harus tetap meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Sama macam orang lain yang putus cinta dan saya rasa semua orang pernah melalui fasa itu. Tapi bagi saya hidup ini lagi besar daripada apa yang terjadi pada saya.

“Ini salah satu ujian besar dalam hidup saya, sebenarnya banyak lagi contoh saya hampir nak mati dulu.

IKLAN

“Saya dah pernah melalui situasi sedemikian yang merupakan satu pengalaman. Orang mampu mendengar tetapi tidak merasa apa yang saya lalui.

“Saya dah merasa kesakitan tu jadi kenapa saya nak seksa diri saya dengan menolak takdir?

“Jadi kena terimalah dan bila kita reda semuanya akan tersusun baik, Allah akan bukakan pintu seluas-luasnya kepada benda yang lain,” katanya lagi kepada MH.

IKLAN

Sekadar informasi, Nazim ditemui MH pada sidang media drama bersiri Suri Katriana yang berlangsung di Great Eastern Mall, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Drama bersiri tersebut turut dibintangi pelakon hebat seperti Ummi Nazeera, Aishah Azman, Ernie Zakri, Nadiya Nisaa, Ezzaty Abdullah dan ramai lagi.

Suri Katriana bakal menemui penonton di saluran Astro Prima & Prima HD pada 30 Oktober depan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI