Berkongsi berita gembira bersama para peminat di Instagram, pelawak Ali Puteh memaklumkan isterinya Melati Fitri Abdullah telah selamat melahirkan bayi lelaki.

Menurut Ali, dia berasa sangat bersyukur kerana anak ketiganya itu dilahirkan pada hari Jumaat yang penuh barokah.

“Alhamdulillah salam subuh penghulu segala hari jumaat.

“Isteri saya selamat melahirkan anak lelaki. Alhamdulillah,” tulisnya.

Menerusi laporan Astro Gempak, Ali memaklumkan ibu bersama bayi seberat 3.07 kilogram  itu kini berada dalam keadaan yang baik.

IKLAN

Malah, pasangat tersebut turut telah memutuskan untuk menamakan anak mereka Syed Umar Iskandar sempena memperingati Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar.

“Memang dari awal saya nak nama arwah Abam ada. Jadi saya ambil Umar itu. Ingatan kami terhadap arwah tidak pernah pudar.

“Sebaik sahaja Umar Iskandar dilahirkan, saya sebak. Emak juga tidak berhenti menangis sejak saya kongsikan berita kelahiran Umar.

IKLAN

“Pastinya arwah orang yang paling sibuk saat ini kalau dia ada. Sebab sebelum ini pun memang begitu, teringat pula telatah teruja arwah saat ini,” katanya seperti yang dipetik.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah selain turut mendoakan semoga ibu dan bayi berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Isteri Selamat Bersalin, Ali Putih Beri Nama Anak Syed Umar Iskandar  Isteri Selamat Bersalin, Ali Putih Beri Nama Anak Syed Umar Iskandar 

IKLAN

Isteri Selamat Bersalin, Ali Putih Beri Nama Anak Syed Umar Iskandar 

Terdahulu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak telah mendirikan rumah tangga bersama Melati pada tanggal Mei 2016.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan Sharifah Nur Aaira Qaireen, 3 tahun dan Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang meninggal dunia selepas tiga bulan dilahirkan akibat komplikasi jantung.

Sumber: Instagram Ali Puteh, Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI