Pelakon Fendy Bakry meluahkan rasa syukur dan gembira kerana kehidupannya kini lebih tersusun di samping isteri tercinta.
Lebih sebulan bergelar suami orang, Fendy,32, turut menjelaskan dia tidak berniat untuk merahsiakan perkahwinannya, bagaimanapun perlu memikirkan soal keselamatan berikutan pandemik Covid-19.
“Alhamdulillah seronok… bangun pagi, ada orang dekat sebelah. Kehidupan saya selepas berkahwin ini lebih tersusun. Syukur ada seorang isteri yang memahami kerjaya saya.
“Saya rasa bertuah sebab ada isteri seperti dia. Saya tidak ada niat nak sorok atau rahsiakan. Segala perancangan dilakukan dalam masa singkat memandangkan kita sedang berdepan dengan Covid-19.
“Majlis yang diadakan pula hanya boleh jemput 250 orang sahaja. Walaupun ada had untuk tetamu tapi bimbang tak boleh nak sekat orang nak datang. Tak akan nak halau.
Ads
“Jadi kedua-dua keluarga ambil keputusan untuk buat apa yang perlu dan penting sahaja. Sebab itu, kami adakan majlis pernikahan secara tertutup,” kata Fendy.
Fendy atau nama sebenarnya, Mohd Affandi Nor Bakri selamat bergelar suami kepada wanita yang dikenali sebagai Ayu dalam sebuah majlis sederhana pada 30 Ogos lalu.
Dalam pada itu, pelakon yang pernah popular menerusi drama Mr. Grey ini mendedahkan, dia mengenali isterinya ketika sama-sama menyertai karnival teater di Kedah, tiga tahun lalu.
Ads
Sepanjang itu, hubungan mereka tidak lebih hanya kawan biasa tetapi atas nama jodoh, dia mengambil keputusan untuk melamar wanita itu dua bulan sebelum majlis pernikahan dilangsungkan.
“Pertama kali kami kenal ketika sama-sama sertai karnival teater di Kedah. Tak ada istilah bercinta atau nak keluar makan dan tengok wayang… hanya kawan biasa.
“Kami pun jarang berhubung, mungkin sebulan sekali. Terdetik hati saya nak melamar dia sebab nampak ada satu ciri kebaikan yang ada pada dia. Lagipun usia saya dah 32.
Ads
“Sudah sampai masa untuk berumah tangga. Jadi saya tanya pada dia ‘kau nak kahwin tak dengan aku’. Kami uruskan persiapan nak kahwin pun dalam masa dua bulan saja.
“Kiranya, kami ini bercinta selepas kahwin,” akhiri Fendy kepada MH.
Terdahulu, Fendy ditemui di Havoc Food Festival 3.0 yang mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam yang diadakan di Stadium Shah Alam selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad lalu.
Acara yang memberi peluang kepada barisan selebriti dan peniaga tempatan menjana pendapatan selepas terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 itu menyaksikan pengunjung yang hadir mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Rapper, Altimet berharap agar seluruh rakyat Malaysia dapat berganding bahu dalam memutuskan rantai Covid-19 memandangkan negara ketika ini baru sahaja mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP).
Jelas Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, sekiranya seluruh rakyat Malaysia dapat berkerja sama, tidak mustahil kita dapat menurunkan jumlah kes harian Covid-19.
Terimalah kasih, negeri2 lain yg bersolidariti dgn Selangor. Kita harungi bersama. Ssssaaaaatttuuuuuuuu…!!!! ☝🏾
“Terimalah kasih, negeri-negeri lain yang bersolidariti denganSelangor. Kita harungi bersama. Ssssaaaaatttuuuuuuuu,” tulisnya.
Kenyataan tersebut disuarakan penyanyi lagu Kalau Aku Kaya itu menerusi sebuah ciapan di laman Instagram.
Bagaimanapun, ciapan tersebut telah mendapat reaksi daripada seorang pengusaha chalet yang menyifatkan pelaksaan PKP ini sedikit sebanyak menjejaskan sumber pendaptannya.
Bisnes smua drop bang dari bulan 1 lg…kami xde customer di chalet kami kat janda baik tu..sbb tu sy trun ke kl buat grabfood..
“Bisnes semua drop bang dari bulan 1 lagi. Kami tiada customer di chalet kami kat janda baik tu sebab tu saya tururn ke kl buat grabfood,” luah individu tersebut.
Simpati akan nasib yang menimpa individu tersebut, Altimet mendedahkan dia juga ketika ini sedang berhadapan dengan situasi yang sama.
Faham bro. Saya pun bayar gaji staff guna duit simpanan syarikat & peribadi ni.. kita bertahan sebanyak boleh. #kitajagakita. Eh. Nanti keadaan ok saya bawak famili gi Janda Baik ok? https://t.co/yzO0IONuX9
Sesi persekolahan untuk tahun 2021 yang dijalankan dalam norma baharu telah pun bermula pada 1 Mac lalu.
Baru-baru ini, pelakon dan usahawan Faezah Elai berharap agar penjaga terus menjaga Standard Operating Procedure (SOP) seperti mana yang telah ditetapkan pihak sekolah.
Jelasn Faezah atau nama sebenarnya Noor Faezah Md Elai ini lagi, jangan mementingkan diri-sendiri hingga mengabaikan soal keselamatan orang lain.
“Anak org start sekolah hari isnin,anak cheq baru hari ni pi sekolah.
“Harap2 mak pak yg nk pi amik anak balik sekolah ikut lah SOP jgn dok pi kequmun depan gate tu na.. kesian anak kami..
“Sekolah elok dh ikut SOP,mak pak pon ikut lah sama.. dont be so stomach blind (buta peghot) tolak habih anak org lain, sbb kalut nk amik anak hg,” tulisnya bersama beberapa hashtag, #dealovaheyrinna #bilaanakstartschoolmakraplah #myfirstborn #mybabygirl #mylittleprincess #mommylovesyou dan #lovelovelove.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat turut rasa setuju dengan perkongsian pelakon berusia 38 tahun itu dan ada yang memberikan reaksi masing-masing.
Sekadar informasi, Faezah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Heykal Hanafiah pada September 2011. Mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Manakala Heykal turut memiliki tiga orang anak menerusi perkahwinan terdahulu.
Foto: Instagram Faezah Elai
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana memanjatkan doa agar artis seangkatannya yang juga penyanyi, Syura Badron segera diberikan kesembuhan selepas dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman di buah pinggang dan darah, baru-baru ini.