Dunia hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan kisah seorang pelawak, Lee Seung Joo, yang memilih untuk meninggalkan pentas komedi dan membina kehidupan baharu sebagai detektif persendirian.
Lee Seung Joo, yang pernah dikenali menerusi kemunculannya dalam program komedi ikonik Gag Concert terbitan KBS, mengakui hidupnya berubah sepenuhnya selepas rumah tangga yang dibina selama 11 tahun berakhir akibat isterinya curang.
Insiden itu bukan sahaja menamatkan perkahwinan mereka, malah menjerumuskan dirinya ke dalam kemurungan yang serius sehingga pernah terdetik cubaan untuk menamatkan riwayat sendiri.
Namun, menurut pengakuannya, tanggungjawab terhadap anak-anak serta ibu bapa menjadi titik kebangkitan yang menghalangnya daripada terus tenggelam dalam kekecewaan.
Ads
Dari saat itulah, beliau memilih untuk bangkit dan mencari makna baharu dalam kehidupan, jauh daripada dunia hiburan yang pernah mengangkat namanya.
Menariknya, Lee tidak memilih jalan kembali ke layar kaca sebagai pelakon atau selebriti, sebaliknya mengambil langkah berani dengan memperoleh lesen sah sebagai detektif persendirian.
Pengalaman peribadi yang pahit itu mendorongnya untuk membantu individu lain yang menjadi mangsa kecurangan pasangan, khususnya dalam mendapatkan bukti serta sokongan emosi.
Ads
Sepanjang kerjayanya, beliau lebih dikenali sebagai pelawak pentas dan penghibur televisyen, dengan kemunculan tertumpu dalam segmen komedi dan program variasi.
Kini, Lee turut aktif berkongsi pengalaman hidup dan kerjaya baharunya menerusi platform digital, termasuk YouTube, dengan harapan kisahnya dapat memberi kesedaran dan kekuatan kepada mereka yang berdepan krisis rumah tangga serta tekanan emosi.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Zara Zya meluahkan rasa terkilan dengan sikap seorang individu yang bertindak meninggalkan komen berbaur lucah dan biadab di platform media sosial miliknya.
Menurut Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, dia mengakui sudah muak berhadapan dengan situasi tersebut, lebih-lebih lagi apabila tahap kesihatan mental serta status dirinya sering dijadikan bahan gurauan.
“Kadang penat nak baca komen. Sebab saya ingin menjaga mental health saya. Banyak komen yang saya dapat. Yang positif, mampu buat saya tersenyum.
“Dan adakala saya terpanggil untuk membalas, supaya si pemberi komen juga happy bila mendapat balasan dari saya,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan oleh pelakon drama Sumpah Ibuku itu menerusi sebuah hantaran di Instagram pada pagi Rabu.
Bagaimanapun, Zara merasakan komen-komen berbaur lucah tersebut sudah melampaui batas, apatah lagi apabila individu berkenaan berstatus sebagai bapa dan suami orang.
“Tapi, dalam pada itu, macam-macam kejian, gurauan kasar, ada mengutuk wajah saya, mengutuk status single saya, mengutuk kesihatan saya dan macam macam lagi.
“Kata-kata ini antara paling kurang ajar setakat pagi ini saya baca. Secara public kamu komen begini. Kesian pada diri kamu. Keluarga kamu,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam tindakan individu terbabit selain berharap agar dia dikenakan tindakan sewajarnya.
Berikut antara komen-komen daripada netizen;
“Bagus, sesekali kasi tayang sahaja. Buat pengajaran.”
“Melampau sangat. Kata-kata berunsur seksual. Elok sangat gambar terpapar besar dekat situ. Pihak PDRM dan SKMM tolong ambil tindakan. Bersabarlah Zara Zya.”
“Report polis Zara. Sangat kurang ajar ni. Boleh didakwa di mahkamah.”
“Kesian isterinya kerana dapat suami macam tu.”
“Cantik macam ni pun kena hina. Rasanya mereka ni buta.”
Sehingga kini, video tersebut telah pun meraih lebih 100,000 tontonan di Instagram.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Zara Zya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bekas isteri kepada penyanyi, Nubhan Ahmad, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek memohon maaf selepas pemilihan pakaiannya sewaktu hadir ke prosiding sulh di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan, semalam dikritik dan dikatakan kurang sesuai.
Menurut Afifah, dia sebenarnya enggan memikirkan hal-hal lain kerana mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap proses sulh yang sepatutnya dilangsungkan pada Khamis.
“Di sini nak minta ampun banyak-banyak, dress up sekadarnya sahaja. Tak boleh nak pilih-pilih warna baju hari ini (semalam).
“Saya berada dalam keadaan fikiran yang tidak tenang sebab saya bersungguh fokus untuk proses sulh gafi. Takut ada yang terlepas pandang,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan oleh ibu kepada tiga orang cahaya mata itu menerusi satu hantaran di Instagram.
Jelas Afifah lagi, dia sebenarnya tidak sempat untuk menyusun semula pakaian-pakaiannya yang telah dipulangkan oleh bekas suami, baru-baru ini.
“Baju semua masih di dalam kotak. Jadi, saya pakai apa yang ada sahaja,” kongsinya lagi.
Semalam, Dr. Afifah yang ditemani ibunya, Dr. Zailah Zainudin ke mahkamah bagi mengikuti prosiding kes sulh atau tuntutan harta sepencarian dengan bekas suami.
Bagaimanapun, Nubhan tidak hadir ke mahkamah dan hal itu hanya diketahui peguam wanita Afifah, Kartini Abd Latiff, semasa tiba di mahkamah.
Sebelum ini, Nubhan didakwa mengeluarkan kesemua barangan Afifah dari kediaman mereka di Senawang dan dipindahkan ke rumah ibu bapa doktor gigi terbabit.
Terdahulu, rumah tangga yang dibina dengan Nubhan berakhir pada 2 Disember tahun lalu dengan talak dua selepas 10 tahun hidup bersama.
Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, Ahmad Aafan, dan Afzan Nayille.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Permulaan di bulanpertamatahun 2026, Astro tidakmenunggu lama untukmeneruskancengkaman dan rentakkecemerlangan sebagaiantarapeneraju ‘Home Of Originals’ yang menyajikan kandungan-kandungan yang lebih segar buat para penontonnya.
Terbuktidenganrangkaian drama-drama Astro Originals yang berjayamencetuskanimpakluarbiasasepanjangtahun 2025, Astro kali initampildengan idea yang lebih mega menerusi rangkapromosisiriterbaharunya, Bad Cop.
Drama bersirilapanepisodinidilihatberjaya ‘memancing’ mata penontonmenerusijalancerita dan sinematografi yang disifatkanbertarafantarabangsa.
Sejak minggulepas, mungkinada di antaraanda yang perasan mengenaigimikpromosi Bad Cop yang dipaparkanmenerusi papaniklan digital gergasi yang mulamenghiasibeberapalokasi ikonikseluruh negara.
Buatpengetahuananda, apa yang dipaparkan di digital billboard itubukanlahhanyagimikatauiklanbiasasemata-semata. Sebaliknya, iaadalahantarausahastrstegik Astro untuk mengajak orang ramaimenikmati Digital Out of Home (DOOH).
Jika diperhatikan, paparantersebutsebenarnya mempunyai maksud tersirat yang secaratidaklangsungmemberikan gambaranawalterhadappenceritaan drama Bad Cop itusendiri.
Kuncikepada plot penceritaan drama arahan Jason Chong ini diletakkansepenuhnya di bahu pelakonutamanyaiaitu Aiman Hakim Ridza yang memainkanwatakkembarseirasiaitu Emir Khalid dan Imar Khalid.
Imar ialahinspektor polis legenda manakala Emir pula terperosok di dalam dunia jenayahselainturutmenjadiburuan mafia dadah.
Setelah sekian lama terpisah, takdirmenemukanpasangan kembaritu pada malamserbuan dan Imar ditembakmatiketika bergelutdengan mafia dadah.
Sebelummenghembuskannafas yang terakhir, Imar sempat menyampaikanamanatkepada Emir untukmelindungi keluarganya.
Walaupundengan rasa berathati, Emir tampilmengambilalih identiti Imar yang secaratidaklangsungmenjadisatu-satunya jalanbuatdirinyaterlepasdaripadaburuan dan menunaikan hasratabangnyaitu.
Kini, Emir perlumembiasakandiridengankehidupanabangnya sebagaianggota polis dan ketuakeluarga. Dalam masa sama, dia jugaperlumerungkaisegalakonspirasi yang berlakudiantara polis dan mafia dadah.
Mampukah Emir mengotakanjanjinyaterhadap Imar atauterus hanyutdalam dunia jenayah? Adakahsamarannya juga akan terbongkar? Sama-samakitanantikankesudahannya pada episod akhirnanti.
Sementaraitu, paparan billboard kali initidakhanyastatikuntuk mempromosikan drama sahaja. Ia merupakaneksplorasiseni yang memaparkankonsepdualitikarakterdiantara Imar dan Emir.
Di sebelahsiang, para penggunajalanrayadapatmelihat Emir menjadianggota polis manakala pada waktumalam pula, imej di LED berubahmamaparkanperwatakan Emir yang sebenar. Menang ‘cool’ habis!
Papan iklan digital ini juga telahberjayamenarikperhatian jutaanpenggunajalanraya di sekitar Lembah Klang seperti di Lebuh Raya MRR2, Lebuh Raya Persekutuan dan Lebuh Raya MEX, Lebuh Raya Sprint sertajalan-jalanutamaseperti Jalan Kuching dan Taman Seri Gombak, Kuala Lumpur.
Malah, gimikpromosiini juga dijangkaakandiperluaskanlagi menerusifasakedua di negeri-negeri lain seperti Johor, Melaka, Perak dan Sabah bermulapenghujung Januari ini.
Bukansetakatitu, paparaniklaninteraktifini juga dapatdilihat oleh jutaanpenggunatren Mass Rapid Transit (MRT), termasuk pelancongasing.
Strim#BadCopMYsetiaphari Jumaat, jam 9.00 malam di #AstroOne. Episod-episodterdahulu dan terkini juga boleh distrimbila-bila masa di aplikasisooka.
Saksikanrangkaian drama pilihan yang menggabungkankisah lokal dan antarabangsamelalui Astro One, semuanyadenganhanya RM49.99 sebulan, strimsehingga 4 peranti.
Tidak sempatlayan drama di rumah? Teruskan menonton di aplikasisooka, di mana sahajaandaberada. Muat turun dan strimsecarapercuma.
Langgan sekarang dan nikmati pengalaman hiburan tanpa batas.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Girl group popular, DOLLA bakal mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa menerusi penyertaan mereka di The A Festival Paris yang akan berlangsung pada 24...