Selepas melalui pelbagai fasa perjalanan seni, girl group tempatan, XONE akhirnya tampil membuka lembaran seterusnya menerusi pelancaran single dan muzik video terbaharu mereka bertajuk Eyes On Meyang menandakan penjenamaan semula kumpulan itu.
Dianggotai Nelysa Kay dan Ellya Keesha, karya berkenaan menjadi simbol kematangan serta evolusi peribadi yang dilalui mereka sebagai anak seni. Bagi Nelysa, 22, yang juga merupakan naib juara Dewi Remaja 2025, single ini bukan sekadar memperkenalkan bunyi dan visual baharu, malah membawa makna besar dalam perjalanan XONE.
Menurutnya, setiap fasa yang dilalui kumpulan itu berkembang seiring pengalaman hidup dan proses kematangan mereka sendiri.
“Apabila kami melangkah ke era baharu ini, kami membuat keputusan untuk memperkenalkan konsep segar sebagai sebahagian daripada penjenamaan semula XONE. Setiap era berkembang bersama perjalanan peribadi kami dan tahap kematangan yang semakin berubah,” katanya kepada Media Hiburan.
Tambah Nelysa, lagu tersebut dicipta berteraskan sifat muzik XONE yang bersifat lebih menarik perhatian, dengan harapan pendengar akan terus terpaut dan ingin mengikuti perjalanan mereka dalam fasa baharu ini.
“Kami mahu muzik ini menjadi pintu masuk yang membuatkan orang ‘tak boleh berpaling’ apabila XONE bergerak ke hadapan,” sambungnya.
Menariknya, pelancaran muzik video XONE telah dilakukan pada hujung tahun 2025, berdekatan dengan tarikh ulang tahun kelahiran mereka iaitu Nelysa Kay pada 30 Disember dan Ellya Keesha pada 31 Disember. Tradisi ini menjadikan setiap karya terasa lebih peribadi dan bermakna.
Ads
“Setiap projek itu terasa seperti hadiah hari jadi yang kami berikan kepada diri sendiri. Ia adalah satu perayaan terhadap kerja keras, dedikasi dan perkembangan kami sepanjang tahun,” jelasnya.
Mengulas pembikinan muzik video pula, Nelysa memaklumkan projek tersebut merupakan karya rasmi pertama XONE yang dihasilkan sepenuhnya secara independen. Tanpa jalan cerita yang berat, XONE memilih pendekatan visual berbentuk statement bagi menandakan kemunculan semula mereka.
Konsep bandar waktu malam dengan sentuhan gaya fesyen era 1990-an hingga awal 2000-an dipilih, selari dengan minat mereka terhadap dunia fesyen.
Ads
“Kami memang suka bereksperimen dengan fesyen, jadi kami mulakan muzik video ini di sebuah bilik pereka fesyen yang melambangkan proses kami membentuk versi baharu diri kami sebagai XONE,” katanya.
Idea tersebut kemudiannya diperkemaskan oleh pengarah BukanPyqul dengan suntikan visual efek kreatif, termasuk babak MRT ikonik yang diinspirasikan oleh jenama tempatan TURBO, kemunculan seekor kucing kecil di awal video serta elemen VFX yang direka sepenuhnya dari awal oleh artis tempatan, Minimal.
Dalam masa sama, XONE turut berbangga apabila keseluruhan produksi muzik video tersebut digerakkan 100 peratus oleh bakat tempatan, daripada produksi lagu, koreografi, penggambaran, suntingan sehinggalah visual efek.
“Malaysia penuh dengan bakat luar biasa. Kami berharap muzik video ini dapat membuka mata dan menggalakkan lebih ramai orang menyokong penggiat seni tempatan,” katanya. Projek ini turut mendapat sokongan jenama tempatan TOMAZ dan TURBO, selain XONE sendiri.
Kemunculan empat finalis Dewi Remaja 2025 dalam muzik video ini turut mencuri perhatian penonton. Menurut Nelysa, penggambaran dilakukan hanya sehari selepas malam finale, manakala keputusan membawa masuk cameo dibuat pada saat akhir oleh pengarah.
Namun, sokongan rakan-rakan seperjuangan hadir tanpa ragu apabila Nylea, Elisa Chew, Teya B dan Ariana Ryry tampil membantu menyerikan lagi muzik video berkenaan walaupun masing-masing keletihan selepas jadual padat.
Secara keseluruhan, kemunculan semula XONE menerusi karya terbaharu ini memperlihatkan keyakinan baharu Nelysa dan Ellya Keesha dalam mengemudi perjalanan seni mereka.
Imbas kembali, bakat yang dimiliki oleh duo XONE ini bukanlah calang-calang, mereka pernah tercalon dalam senarai top 5 Artis Baharu Terbaik Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) menerusi lagu terdahulu mereka, Lantaklah.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Ben Amir akhirnya merungkai teka-teki yang menjadi perbualan netizen sejak kebelakangan ini apabila mengesahkan dirinya telah selamat bergelar suami kepada wanita pilihan hati, Liana Alara.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Ben menerusi sebuah hantaran di Instagram pada petang Sabtu.
Bagaimanapun, pelakon filem Gantung: Musketeer Code ini tidak memperincikan secara jelas tarikh sebenar majlis pernikahan tersebut berlangsung.
“Alhamdulilah, dengan izin Allah kami telah disatukan pada December 2025,” tulisnya.
Dalam hantaran sama, Ben turut menzahirkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang telah menitipkan doa dan ucapan baik buat dirinya dan isteri.
“Dengan rendah hati saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas doa dan ucapan baik semua,” kongsinya lagi.
Menerusi hantaran tersebut, Ben turut berkongsi beberapa keping foto yang memaparkan dirinya bersama isteri ketika majlis pernikahan berlangsung di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen serta rakan selebriti tampil mengucapkan tahniah dan mendoakan agar rumah tangga pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Sekadar informasi, Liana Alara merupakan wanita asal Filipina yang difahamkan telah memeluk agama Islam pada November lalu.
Terdahulu, nama Ben dan Liana menjadi tumpuan ramai sejak beberapa hari lalu selepas mereka berkongsi foto-foto mengenakan persalinan sedondon berwarna putih.
Pelakon dan pengacara, Janna Nick meluahkan rasa terkilan terhadap reaksi segelintir pihak yang seolah-olah kurang senang setiap kali dia berkongsi tentang hasratnya untuk menimang cahaya mata.
Menurut Janna, perkongsian itu dibuat sekadar meluahkan perasaan, bukannya untuk mengundang kritikan atau kata-kata negatif sesiapa.
“Apa Masalahnya Kalau Cakap Nak Anak Setiap Hari?”
“Apa masalahnya kalau orang cakap nak anak setiap hari pun?
“Sibuk je nak comment, ‘Oh jangan mengharap sangat, nanti lagi tak dapat’.
“Suka hatilah, kalau aku nak post 560 kali
sehari pun pasal nak anak,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Juang itu menerusi sebuah hantaran di aplikasi Thread.
Kongsinya lagi, tindakan segelintir pihak yang memberikan komen negatif dengan niat untuk mematahkan semangatnya dianggap keterlaluan.
“Kenapa manusia sekarang suka jadi joykiller ya? Aku manifest sahaja pun, bukan aku merungut.
“Sibuk nak bagi pendapat kau yang tak penting tu. Saya tak nak tahu,” luahnya lagi.
Baru-baru ini, Janna turut berkongsi mengenai hasrat dan impian yang ingin dicapainya pada tahun 2026.
Selain mahu terus meraih kejayaan dalam kerjaya, Janna juga menyimpan impian besar untuk menimang cahaya mata sulungnya.
Sekadar informasi, Janna dan suami, Dini Schatzmann telah mendirikan rumah tangga pada Jun 2023 di sebuah pusat peranginan di Langkawi.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Scha Alyahya mengakui dia mengambil serius soal batas pergaulan, terutamanya apabila melibatkan anak-anaknya yang semakin meningkat awal remaja.
Menurut Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, sebagai seorang ibu, dia dan suaminya yang juga pengacara, Awal Ashaari sentiasa berusaha memberikan pemahaman awal kepada anak-anak, khususnya hal yang berkaitan dengan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.
“Bila menjadi ibu bapa, banyak hal-hal baru yang saya rasai. Malah, ada juga kerisauan yang saya pun tak jangka.
“Walaupun Awal kata saya overthink tapi itulah naluri seorang ibu. Menjaga batas pergaulan memang sangat penting. Itulah perkara paling asas.
“Kalau kita ajar mereka daripada sekarang, bila dewasa nanti, mereka akan tahu menjaga batas. Tidaklah terlalu bebas. Asalkan mereka tahu menjaga diri.
“Sebagai ibu bapa, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk membentuk pergaulan mereka sejak awal. Ketika ini, kitalah orang yang paling dekat,” katanya kepada MH.
Scha berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran Ayaaya koleksi The Nexx yang berlangsung di Club21Lab, Shoppes at Four Seasons Place, Kuala Lumpur, petang Isnin.
Katanya lagi, selain pergaulan secara fizikal, dia turut memberi perhatian serius terhadap pergaulan anak-anak di alam maya.
“Kita kena ajar mereka tentang pergaulan, percakapan dan penggunaan media sosial.
Ada kalanya mereka chatting dan main game dengan orang yang kita tak kenal.
“Dalam dunia sekarang, ada banyak batasan yang perlu kita letak dalam hidup. Saya memang selalu nasihatkan anak-anak sebab saya seorang yang cepat takut.
“Saya akan periksa gadjet mereka dan cari tahu apa yang mereka muat naik, tonton dan perbualan bersama rakan-rakan. Kalau sesuatu hal itu tidak elok, saya akan terangkan dia.
“Kalau kita tak jaga dan pantau, ia akan susahkan kita di kemudian hari,” ujarnya.
Menurut Scha lagi, pendekatan yang digunakan bukan sekadar bersikap tegas, sebaliknya memberi kefahaman kepada anak-anak agar mereka lebih mengerti.
“Memang kita tak boleh sambil lewa tapi ada kalanya kita sebagai ibu bapa ada terlepas pandang. Saya dan Awal pun ada terlepas pandang.
“Ada kalanya mereka ada cipta akaun-akaun yang tidak sepatutnya. Mereka ada bertanya kenapa tak boleh download game Roblox. Saya jelaskan mereka masih di bawah umur.
“Mereka juga tanya tentang had umur media sosial. Jadi, saya tunjukkan kepada mereka berita-berita semasa. Jadi, mereka pun mudah faham.
“Ketika ini, kanak-kanak sudah terdedah dengan gadjet. Walaupun kita melarang, mereka boleh sahaja cari jalan. Mereka lebih bijak. Jadi, kita kena bagi pemahaman kepada mereka,” kongsinya lagi.
Malah, Scha turut menetapkan had masa penggunaan gajet untuk dua anak perempuannya.
“Anak-anak saya hanya akan ada akses kepada telefon atau Ipad pada Sabtu dan Ahad sahaja. Namun, merek tiada akses kepada media sosial.
“Saya juga tetapkan screen time. Jika saya rasa sudah terlalu lama, saya akan ambil sahaja gadjet mereka,” akhirinya.
Untuk rekod, Scha dan Awal mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Lara Alana serta Lyla Amina.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Girl group popular, DOLLA bakal mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa menerusi penyertaan mereka di The A Festival Paris yang akan berlangsung pada 24...