Pelakon dan bintang Hollywood, Will Smith, berdepan tindakan undang-undang apabila seorang pemuzik violin profesional, Brian King Joseph, menfailkan saman terhadapnya atas dakwaan gangguan seksual dan pemecatan tidak adil.
Menurut dokumen saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi California pada 30 Disember lalu, Joseph yang pernah menjadi finalis rancangan realiti America’s Got Talent, mendakwa insiden berkenaan berlaku ketika beliau terlibat dalam siri konsert Based on a True Story: 2025 Tour yang diterajui Smith.
Joseph mendakwa hubungan profesional mereka bermula secara baik selepas beberapa kolaborasi pada penghujung 2024, sebelum beliau ditawarkan menyertai pasukan pemuzik jelajah Smith.
Namun, situasi dikatakan berubah apabila berlaku satu insiden di sebuah hotel di Las Vegas pada Mac 2025 yang menjadi titik tolak kepada tuntutan undang-undang tersebut.
Dalam saman itu, Joseph mendakwa bilik hotelnya telah dimasuki tanpa kebenaran dan beliau menemui beberapa barangan mencurigakan termasuk nota bertulis yang didakwa membawa maksud berunsur seksual.
Keadaan tersebut, menurutnya, menimbulkan rasa takut, tertekan dan tidak selamat sepanjang baki penglibatannya dalam jelajah berkenaan.
Ads
Joseph turut mendakwa selepas membuat laporan kepada pihak pengurusan dan pihak berkuasa, beliau telah dikenakan tindakan balas termasuk diburukkan reputasinya serta digugurkan daripada pasukan konsert dan digantikan dengan pemuzik lain.
Tindakan itu, menurut saman tersebut, dianggap sebagai pemecatan yang tidak adil dan satu bentuk pembalasan terhadap aduan yang dibuat olehnya.
Ads
Akibat kejadian berkenaan, Joseph menyatakan beliau mengalami tekanan emosi yang serius, trauma psikologi, kerugian kewangan serta kesan buruk terhadap reputasi profesionalnya sebagai pemuzik antarabangsa.
Sementara itu, pihak peguam mewakili Smith menafikan sekeras-kerasnya semua dakwaan yang dibuat oleh Joseph.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, mereka menyifatkan tuntutan berkenaan sebagai palsu, tidak berasas dan bersifat cuai, selain menegaskan bahawa Smith akan mempertahankan dirinya melalui saluran undang-undang yang sewajarnya.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas bertahun dikatakan tidak bertemu, pelakon meningkat naik, Zairi Aziz teruja apabila berpeluang berjumpa secara empat mata dengan kakak yang juga pelakon senior, Nasha Aziz, baru-baru ini.
Menurut Zairi, pertemuan tersebut berlangsung dengan baik dan ia merupakan kali pertama mereka bertegur sapa selepas dia bergiat aktif dalam dunia seni.
“Baru kelmarin kami berjumpa di majlis tayangan gala sebuah filem. Alhamdulillah, pertemuan itu baik-baik sahaja.
“Beliau pun tahu saya sudah bergelar pelakon dan menyokong jalan yang saya pilih ini.
Saya sangat gembira bila kami dapat bertemu.
“Beliau merupakan pelakon legenda. Kami sempat duduk makan bersama dan beliau ada memberikan saya nasihat serta tips untuk terus kekal relavan di dalam industri,” katanya kepada MH.
Zairi berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media dan tayangan perdana siri terbaharu terbitan Viu Original, Kelas Belakang yang berlangsung di TGV KLCC pada Rabu.
Katanya lagi, mereka sebenarnya jarang bertemu kerana kedua-duanya sudah mempunyai jalan dan kehidupan sendiri.
“Ini merupakan pertama kali kami berhubung selepas saya bergelar pelakon. Saya jarang berhubung dengan beliau kerana saya seorang yang pemalu.
“Sebagai keluarga, kami sentiasa menjaga adab dan menghormati antara satu sama lain. Ketika kami berjumpa, beliau sangat mesra dengan saya.
“Namun, saya tetap menjadi diri sendiri sebagai seorang yang introvert. Saya agak pemalu untuk bercakap. Selepas lama berborak, kami jadi makin selesa.
“Beliau juga nasihatkan saya supaya menjaga kualiti kerja dan jangan terlibat dengan cinta lokasi. InshaAllah saya akan pegang kata-kata itu,” ujarnya lagi.
Dalam masa sama, Zairi turut memanjatkan doa semoga kakaknya itu sentiasa berjaya dalam apa juga perkara yang dilakukannya.
“Beliau merupakan kakak yang sangat baik. Saya sentiasa doakan beliau sentiasa dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan urusannya sentiasa dipermudahkan,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Zairi turut menzahirkan rasa syukur apabila namanya kini sudah mula diberikan perhatian oleh para pengarah selepas memenangi program Pencarian Pelakon Drama Sangat.
“Saya sangat berterima kasih dengan TV3, pihak pengursan dan orang-orang di sekeliling sewaktu kerjaya saya baru nak meningkat naik ini.
“Program Drama Sangat itu mengubah perjalanan kerjaya saya. Kini, saya dapat berlakon di dalam sebuah siri terbitan Viu Original pula.
“Sebelum ini, saya pernah muncul dalam filem Banduan. Saya mulakan kerjaya sebagai pelakon lagak ngeri,” akhirinya.
Selain Zairi, antara barisan pelakon yang turut membintangi drama Kelas Belakang ialah Amylia Aidura, Farihin Arnia, Areef Amran dan Ellie Suriaty.
Kelas Belakang bakal mula bersiaran di platform penstriman Viu bermula 8 Januari.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi menyambut baik usaha baharu pihak kerajaan yang memberi pilihan kepada para ibu bapa untuk memulakan sesi sekolah rendah buat anak-anak seawal usia enam tahun bermula 2027.
Menurut Abby, pelaksanaan sistem tersebut sebenarnya bukan sesuatu yang baharu kerana ia sudah lama diaplikasikan di kebanyakan sekolah swasta, bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara.
Pandangan itu dikongsikan oleh anggota kumpulan Elite tersebut menerusi sebuah hantaran di aplikasi Threads.
Abby menjelaskan, dia tidak terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, memandangkan pengalaman tersebut sudah pun dilalui oleh anak-anaknya sendiri.
“Saya tak terkejut bila PMX umumkan pada ibu bapa yang bersedia untuk mulakan anak-anak mereka sekolah darjah satu pada umur enam tahun.
“Kerana apa? Kerana anak saya sekarang pun memang umur tujuh tahun tapi sudah tahun dua.
“Memang masa umur mereka enam tahun sudah mula ke Abedeen Academy,” tulisnya.
Kongsi Abby lagi, meskipun anak-anaknya memulakan sesi persekolahan lebih awal, mereka tetap dapat menyesuaikan diri dengan baik tanpa menunjukkan sebarang tekanan.
“Setakat ini alhamdulillah. Tak nampak mereka tertekan pun. Sudah pandai membaca, syukur.
“Jadi, yang berkemampuan, silakan. Yg tak mampu, hidupkan adalah pilihan. Tak nak, tak payah. Kan mudah,” katanya lagi.
Dalam masa sama, Abby turut menjelaskan, kebanyakan sekolah swasta masih berpegang kepada silibus yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), walau pendekatan dan sistem pembelajaran yang digunakan berbeza.
“Orang bercakap fasal mula sekolah seawal enam tahun. Dibezakan pula sekolah kerajaan dan swasta. Fasiliti lah. Itulah inilah.
“Fokuslah pada tajuk. Sekolah swasta ada juga silibus yang ikut KPM. Yang berakhir dengan SPM. Tapi ada juga pilihan untuk IGCSE. Yang terakhir boleh sampai A Level,” kongsinya lagi.
Abby turut menyeru agar para ibu bapa tidak panik dan memberi tekanan kepada diri sendiri kerana keputusan tersebut masih bergantung kepada kesediaan masing-masing.
“Tenang-tenang sikit boleh? Istighfar. Ada setahun lagi untuk buat keputusan. Kalau anak tahun depan enam tahun, nak mereka santai-sangai lagi silakan.
“Kalau tahun depan mereka enam tahun, nak mereka mula sekolahpun silakan. Tak perlu beratkan kepala fikirkan perkara yang belum jadi,” katanya lagi.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bermula tahun depan, pendidikan prasekolah akan bermula pada usia lima tahun, manakala Tahun Satu pula pada usia enam tahun.
Namun begitu, beliau menjelaskan perubahan tersebut masih belum diwajibkan bagi memberi ruang kepada ibu bapa serta warga pendidik untuk membuat persediaan dan menyesuaikan diri dengan persekitaran pendidikan yang baharu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Januari lalu bukan sekadar menandakan tiga dekad kegemilangan Biduanita Negara.
Malah ia turut mencipta detik bermakna buat pereka fesyen dari Melaka, Bianca Bella, apabila busana songket rekaan mereka dipilih untuk digayakan pada segmen penutup konsert yang menghimpunkan lebih 65,000 penonton itu.
Segalanya bermula dengan satu mesej WhatsApp, dua bulan sebelum konsert berlangsung, apabila pasukan Bianca Bella menerima khabar daripada pengurus Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak, yang meminta mereka mencari material songket dengan warna hijau sebagai pilihan utama.
“Kami benar-benar tidak sangka. Pada saat itu, kami sedar ini bukan busana biasa, ini adalah busana untuk satu sejarah besar,” kongsi Pengasas Bersama Bianca Bella, Amirul Safwan Nordin.
Menurutnya, selepas pertemuan khas bersama Siti Nurhaliza dan Rozi di pejabat, proses mereka busana dimulakan dan ia merupakan hasil idea bersama dengan matlamat jelas untuk menampilkan kelainan berbanding persalinan terdahulu.
Amirul Safwan menambah, konsep rekaan busana itu mengambil inspirasi daripada pakaian tradisi Puteri Perak yang dipadankan dengan sentuhan serta elemen ‘Miss World’, menggunakan material songket tempatan dengan perincian manik jahitan tangan.
“Paling penting potongan yang kami siapakan sesuai dengan pergerakan Siti Nurhaliza yang perlu bergerak dengan tarian dan aksi di pentas,” katanya.
Persiapan busana berkenaan mengambil masa hampir sebulan, dengan seluruh pasukan Bianca Bella bekerja tanpa henti sehingga ke hari konsert.
Tekanan tersebut diakui besar, lebih-lebih lagi apabila busana itu dipilih untuk segmen penutup, segmen paling dinanti dan paling diingati oleh peminat.
“Ini konsert 30 tahun perjalanan seni TokTi. Persoalan ‘boleh ke kami buat?’ sentiasa bermain di fikiran. Ada malam kami langsung tak lena tidur memikirkannya,” katanya lagi.
Bagaimanapun, segala kegusaran terlerai apabila persalinan songket itu menerima pujian sewaktu raptai penuh.
Lebih manis, suami Siti iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa turut memuji sendiri busana tersebut, menyifatkan material, rekaan dan perinciannya tampak sangat mewah serta menyerlah di atas pentas gergasi berkenaan.
Amirul Safwan menambah, kemuncak sebenar tiba pada malam konsert apabila Siti Nurhaliza menyarungkan persalinan songket hijau itu pada segmen penutup dan melakukan aksi lompat keluar ke atas pentas, satu momen spontan yang menjadi bualan hangat peminat serta tular di media sosial.
Baginya, busana tersebut bukan sahaja mengiringi detik penamat konsert, malah menjadi saksi kepada satu momen ikonik dalam sejarah kerjaya Biduanita Negara.
“Melihat rekaan kami dipakai pada detik penutup dan merakam momen itu secara langsung di hadapan puluhan ribu penonton adalah sesuatu yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata.
“Malah saya dan pasukan yang terdiri daripada 10 orang semuanya masih terasa bagaikan mimpi idola yang kami lihat ketika masih budak hingusan kini menyarung baju yang kami siapkan dan kami menjadi sebahagian dari episod kerjaya seni penyanyi nombor satu negara,” katanya.
Bianca Bella turut berkongsi satu kisah bermakna yang menggambarkan keperibadian Siti Nurhaliza di sebalik kemegahan pentas.
Menurut mereka, penyanyi Menamakanmu Cinta itu sendiri pernah menawarkan untuk membawa mesin jahit dari rumah bagi memudahkan sebarang kerja alterasi pada hari konsert.
“Tak mudah seorang Biduanita Negara sanggup bawa mesin jahit sendiri ke belakang pentas. Itulah sebabnya beliau disayangi semua,” ceritanya.
Untuk rekod, butik Bianca Bella ditubuhkan pada tahun 2022 dan beroperasi sepenuhnya di Duyung, Melaka.
Nama mereka mula menjadi perhatian selepas menghasilkan persalinan merah untuk Siti Nurhaliza sempena Tahun Melawat Melaka 2024 menerusi persembahan Senandung Anak Melaka dan Kurik Kundi.
Momen tersebut menjadi tular dan membuka pintu kepada pelbagai tawaran lain, termasuk busana songket untuk Konsert Legacy 30 serta beberapa video muzik.
Kini, Bianca Bella sedang merancang untuk memperkenalkan koleksi songket moden khas untuk bakal pengantin, selain koleksi RTW nikah yang masih dalam peringkat perancangan.
Harapan mereka agar setiap rekaan yang dihasilkan untuk Siti Nurhaliza terus diterima baik oleh peminat, selain merealisasikan impian membuka cawangan di luar Melaka suatu hari nanti.
“Kami berterima kasih kepada TokTi, Kak Rozi dan seluruh pasukan Bianca Bella. Ini bukan sekadar projek, ini adalah satu sejarah yang akan kami kenang sepanjang hidup,” katanya.
Amirul Safwan turut berkongsi pengalaman dan momen menyiapkan busana tersebut menerusi hantaran di media sosial akaun Bianca Bella yang menerima reaksi positif daripada peminat serta pelanggan.
Dalam perkongsian itu, dia meluahkan rasa terharu meskipun masih menganggap diri mereka bertatih dalam industri fesyen, namun kepercayaan yang diberikan Siti Nurhaliza disifatkan sebagai satu penghargaan besar buat jenama tersebut.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan penulis lagu, Aisha Retno tidak menyangka muzik video lagu raya terbaharunya, Jodoh Lebaran menerima sambutan luar biasa apabila berjaya meraih lapan juta tontonan dalam tempoh dua minggu ia dilancarkan di YouTube.