Ads

Isteri Dijangka Bakal Bersalin Anak Ketiga Dua Bulan Lagi, Ini Harapan Nabil Ahmad Soal Rezeki Zuriat

Pengacara dan penerbit, Nabil Ahmad mengakui dia berharap agar mudah-mudahan anak ketiga yang bakal dilahirkan isterinya, Zira Ayub nanti seorang bayi lelaki.

Pendedahan tersebut dibuat pengacara program MeleTOP itu kepada MH memandangkan dia sudah pun mempunyai dua cahaya mata perempuan, Zira iaitu Naera Mikayla dan Leyla Medyna.

“Kalau nak diikutkan, Zira bakal bersalin April depan. Doa-doakan semoga semuanya dipermudahkan. Kalau ditanya mengenai jantina anak, sudah tentulah saya inginkan anak lelaki sebab kami sudah mempunyai dua permata hati perempuan. Kalau ada rezeki.

Ads

“Apapun, kami tetapi terbuka. Memadai andai bayi yang dilahirkan sihat sempurna, insyaAllah,” kata Nabil.

Ads

Ditanya mengenai keluarganya lagi, Nabil merancang untuk memiliki empat orang cahaya mata.

Ads

“Kalau boleh kami nak empat orang anak, tapi kalau ada rezeki lain selepas ini saya okay saja. Sebab adik beradik saya pun seramai tujuh beradik. Zira pun lima beradik. Semuanya bergantung pada rezeki,” terangnya lagi.

Foto: Instagram Nabil Zira

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Astro Jelaskan Konsep Kilauan Emas Selebtiti & Respon Isu Ketiadaan Hadiah...

Susulan kritikan segelintir pihak berhubung isu ketiadaan hadiah berbentuk wang tunai buat para pemenang program realiti Kilauan Emas Selebriti (KES), Astro tampil memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.