Selepas beberapa hari, akhirnya Siti Sarah Raissuddin tampil memberikan reaksi terhadap komen pelbagai yang diterima saat membuat persembahan menerusi lagu Semakin di Pentas Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) Ahad lalu.

Isteri kepada Shuib yang juga merupakan komposer kepada lagu tersebut memberikan pandangan itu di Instagram miliknya.

“Assalammualaikum salam jumaat semua..Maaf dah berapa hari Sarah tak post ape2 selepas habis AJL disebabkan keadaan Sarah tak berapa mengizinkan.

“Firstly Sarah nak ucapkan Jutaan terima kasih diatas sokongan pd Sarah dan Lagu Semakin hinggalah melayakkan lagu ditempatkan difinal.. Terharu sgt sbb ini pertama kali Sarah berada dipentas AJL,” tulisnya.

IKLAN

Pada masa sama, dia dan team Semakin juga telah cuba memberikan yang terbaik dari segala aspek.

Bagaimanapun, dia mengakui keadaannya yang tidak berapa sihat hingga menyebabkan persembahannya dikatakan kurang menyengat.

“Sarah dan team telah pon cuba utk buat yg terbaik,dr semua aspek,,,Tp nasib tak berapa baik, mlm final Sarah tak sihat,tekak jadi perit(mgkn over practice) dan ramai yg cakap mlm tu nyanyian tidak berapa baik dan agak menjerit jerit sbb Sarah cuba utk buat yg terbaik walaupon dlm keadaan yg tak sihat.

IKLAN

“Tentang arrengement Sarah dan management telah pon decide sejak awal lagi utk new arrengement dan mgkn ini kesilapan dr pihak kami sbb ramai yg suka arrengement asal …Tp niat hanya satu utk memberikan yg terbaik utk semua.

“Insyaallah jika ada peluang lagi di AJL sarah dan team akan perbaiki lagi… skrg Sarah masih lagi tak sihat dan doakan Sarah cepat sihat utk smbung balik aktiviti Sarah,” kongsinya yang turut memberi dedikasi serta ucapan terima kasih buat semua yang terlibat dalam menjayakan persembahan tersebut.

IKLAN

Sarah turut memuat naik sepoting video persembahan sehari sebelum pertandingan sebenar berlangsung.

View this post on Instagram

Assalammualaikum salam jumaat semua..Maaf dah berapa hari Sarah tak post ape2 selepas habis AJL disebabkan keadaan Sarah tak berapa mengizinkan…Firstly Sarah nak ucapkan Jutaan terima kasih diatas sokongan pd Sarah dan Lagu Semakin hinggalah melayakkan lagu ditempatkan difinal.. Terharu sgt sbb ini pertama kali Sarah berada dipentas AJL..Sarah dan team telah pon cuba utk buat yg terbaik,dr semua aspek,,,Tp nasib tak berapa baik,mlm final Sarah tak sihat,tekak jadi perit(mgkn over practice) dan ramai yg cakap mlm tu nyanyian tidak berapa baik dan agak menjerit jerit sbb Sarah cuba utk buat yg terbaik walaupon dlm keadaan yg tak sihat…Tentang arrengement Sarah dan management telah pon decide sejak awal lagi utk new arrengement dan mgkn ini kesilapan dr pihak kami sbb ramai yg suka arrengement asal ?…Tp niat hanya satu utk memberikan yg terbaik utk semua… Insyaallah jika ada peluang lagi di AJL sarah dan team akan perbaiki lagi… skrg Sarah masih lagi tak sihat dan doakan Sarah cepat sihat utk smbung balik aktiviti Sarah… Ucapan terima kasih management Sarah @indigitalmusic ,Team yg terlibat , @hearty.sarah yg sentiasa support Sarah walau dlm ape keadaan pon,, pd daddy @shuibsepahtu yg sentiasa ada utk ibu,keluarga dan peminat2 SARAH.. Ini adalah version sehari sebelum Live ,,, AJL IS THE BEST MOMENT SELAMA SARAH BERADA DLM INDUSTRI.. TAHNIAH PD SEMUA PEMENANG … ???

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on

“Ini adalah version sehari sebelum Live,,, AJL IS THE BEST MOMENT SELAMA SARAH BERADA DLM INDUSTRI.. TAHNIAH PD SEMUA PEMENANG,” tulis Sarah panjang lebar.

Foto: Instagram Muzik-Muzik, Sarah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI