Pelakon, Bell Ngasri tidak dapat menahan rasa berang terhadap persembahan pelawak Singapura, Jocelyn Chia yang memperlekehkan Malaysia termasuk menjadikan tragedi kehilangan pesawat MH370 sebagai bahan jenaka.

Menurut Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri, wanita berkenaan terlalu mencuba untuk menjadi kelakar sehingga tidak memikirkan bahan jenaka yang ingin dipersembahkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bell Ngasri (@bellngasriofficial)

“Kesian Ah Soo ni. Hidup tertekan sangat dekat sana ke atau mungkin nakkan populariti Singapura atau salah amik barang ke? Sampai tak tahu beza mana lawak, mana yang menghina.

“Termasuk jugalah yang duduk gelakkan tu. Kesian, hidup dalam tertekan. Jadi tak lawak pun kena gelak juga,” tulisnya.

Rasa berang itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama 17 Puasa itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

“Ini Pernghinaan Daripada Orang Yang Sangat Hina,” – Isu Jocelyn Chia, Bell Ngasri Pun Tak Dapat Tahan Marah!

IKLAN

Malah, Bell turut menyifatkan Jocelyn seperti tiada maruah kerana tanpa segan silu mempersendakan tragedi MH370 yang menjadi detik hitam buat keluarga mangsa.

“Nak perli atau berlawak tu biar berakal. Bukan guna ayat carutan macam orang yang tak mempunyai maruah sebegini. Ini bukanlah lawak stand up comedy tapi lebih kepada penghinaan daripada seorang yang saya rasakan sangat hina.

“Ada pula yang menyokong “pelawak” ni dengan apa yang dipaparkan. Langsung tak menjaga sensitiviti dan perasaan orang yang kehilangan ahli keluarga akibat kehilangan MH370.

“Ini bukan lawak. Ini try hard nak jadi kelakar. Kasihan,” kongsinya lagi.

IKLAN

“Ini Pernghinaan Daripada Orang Yang Sangat Hina,” – Isu Jocelyn Chia, Bell Ngasri Pun Tak Dapat Tahan Marah!

Terdahulu, kerajaan Singapura telah memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berikutan tindakan melampau Jocelyn.

Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon, berkata beliau amat terkejut dengan komen menyinggung yang dibuat oleh Jocelyn dalam satu persembahan komedi berdiri, baru-baru ini.

IKLAN

“Kerajaan Singapura tidak boleh menerima sebarang kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau mengguris hati perasaan orang lain,” katanya.

Beliau turut menegaskan, Jocelyn tidak lagi memegang kewarganegaraan Singapura dan kata-kata atau tindakannya sama sekali tidak mencerminkan pandangan negara itu.

“Saya dengan ikhlas memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas kata-kata yang menyakitkan daripada dia,” kata Vanu Gopala dalam satu kenyataan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Bell Ngasri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI